Friday, January 25, 2019

Jalan2 Di Cameron Highland (catatan lewat) Bahagian 2

Hari makin gelap. Wah, hotel mana jadi pilihan untuk malam ini? Kali ni pi CH aku tak booking.com dulu pun. Kira pi ni tawakal sajalah. Yang mula2 kami jumpa dalam suasana senja tu ialah Nova Highlands and Resort. Tapi bila Mawar turun tanya receptiont, dah penuh rupanya malam tu. Ada satu apartment tu pulak tengah kemas. Lagi satu jam baru siap kemas.

Jadi kami teruskan lagi pencarian 'sarang' malam tu ke Taman Sedia. Kami pilih The Ros Chalet. Ni kira kali ketiga kami ke sini. Kami bernasib baik ada lagi bilik kosong malam tu. Chalet ni diusahakan oleh orang kita. Tempat yang bersih dan mempunyai kemudahan yang agak baik. Geng surau boleh solat jemaah di surau yang kebetulan betul2 bersebelahan dengan chalet ni.

Resit bayaran chalet.

Dah sibuk memunggah hiasan di luar chalet.

Ada ruang BBQ tapi kena berurusan la dulu dengan tuan punya chalet.

Setelah solat kami pun keluar untuk makan malam. Kami tuju ke Tanah Rata. Kebetulan ada sebuah restoren yang nampak macam ramai pelanggan di dalamnya maka kami pun memilih restoren tersebut. Malam tu order nasi goreng, mee goreng, kerang bakar. Alhamdulillah sedap dan servisnya pun pantas. Harga adalah berpatutan.

Makan malam di Restoren Bunda, Tanah Rata.

Siap berbaju tebal. Tapi malam ni memang sejuk.

Jalan2 Di Cameron Highland (catatan lewat) Bahagian 1

Oh ini tak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada keesokan hari (26 Januari 2019) tetapi hanya merupakan catatan lewat sewaktu kami berempat pulang dari Pendang semasa cuti sekolah bulan 12 yang lalu.

Kami bertolak pulang dari Pendang pada 11 Disember 2018, hari Selasa. Ni kira kira hari yang baik untuk melawat Cameron Highland semasa cuti sekolah. Selalunya orang yang bukan kerja cikgu, yang bercuti Sabtu dan Ahad biasanya depa akan ambil cuti untuk jalan2 pada hari Jumaat atau/dan Isnin. Jarang ada yang ambik Selasa atau Khamis tu kecuali depa betul2 nak abihkan cuti tahun. Yang cuti Jumaat dan Sabtu pula lazimnya ambik cuti hari Khamis atau dan Ahad. Jadi kami cikgu2 selalunya waktu cuti sekolah akan cuba untuk berjalan pada hari Selasa dan Rabu semasa cuti sekolah panjang.

Waktu naik dari Simpang Pulai kiranya dah petang. Dalam pukul 3 atau 4 petang. Sebelum naik CH, aku isi dulu X-Trail di Petronas Simpang Pulai. Petang tu stesen minyak tu ada sediakan minum petang percuma untuk para pelanggan. Ada kuih burger Malaysia, donut dan teh o. Jadi la buat alas perut.

Oh, ya bersebelahan dengan stesen minyak ini ada seorang oku pertuturan/pendengaran buka stall apam balik. Nama stallnya Mr Apam Balik. Macam mana dia nak ambik order? Senang saja, dia ada sediakan satu papan menu apam balik yang dia sediakan. Tunjuk saja gambar yang kita berkenan. Tunjukkan jumlah jari untuk bilangan yang kita nak.

Pilihan apam balik adalah pelbagai. Ada yang biasa kita makan tu iaitu ada planta, gula, kacang tanah. Lagi ada pilihan nak masukkan coklat, kaya. Tapi paling best boleh masukkan pula sebiji telur ayam. Jadi aku pun order yang biasa dan yang ada telur ayam tu. Boleh tahan juga rasanya.


Sepanjang perjalanan naik CH kali ni agak menggerunkan juga kerana berkabus tebal dek kerana cuaca yang lembap. Yang berani bawa laju adalah lori2 pikap sayur yang memang ini merupakan jalan depa lalu hari2.

Kalau ke CH kami selalu singgah di Avant Chocolate. Bukan nak beli coklatnya tetapi ni kira mini tour dah untuk CH ni. Setakat nak beli strawberi, sayur dah ada dah kat sini. Selain daripada itu ada kafe yang kita boleh minum dan makan. Ada juga kebun strawberi, bunga-bungaan untuk kita lawati. Free je nak masuk ke sini. Nak ke tandas je bayar 20 ka 50 sen. Ok la tu, tandasnya pun bersih.

Boleh bagi makan arnab. Hanan Hanim nak bela rabbit kat rumah? Ooo toksah cari pasai la. Abah dah pernah bela satu reban besar sebelum ngaji KPLI dulu. Kalau bela bukan untuk jual atau makan toksah la. Kuat makan rabbit ni.

Hanim menghulurkan jerami.

Wangi bau bunga lavender.

Ada photo booth.

Windmill pun ada.

Hanim dan Mawar.

Hanim memang suka bergambar.

Best!

Lori pikap yang ditamatkan perkhidmatan meneruskan bakti untuk para pengunjung bergambar.

Di samping bunga2 kuning.

Benda2 kayu kat belakang tu sekali tengok macam jamban pun ada.

Haaa, akhirnya dapat makan aiskrim lavender. Sedap juga tau!

Bagi makan ikan pula.

Akhirnya berjumpa dengan pokok strawberi.

Gambar last sebelum meneruskan perjalanan.

Wednesday, January 16, 2019

Jalan2 Ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Isnin, 14 Januari 2019, Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Pusat Sains Negara merupakan destinasi yang kami tuju pada hari cuti di Negeri Sembilan pada hari ini. Pada hari Ahad kami tidur di rumah nenek Hanan Hanim (di Petaling Jaya). Dari rumah nenek kami bertolak jam 11.00 pagi dan tiba dalam masa 30 minit. Ha ha ha! Kalau mai hari minggu mungkin tak ada parking, tapi datang hari ini memang banyak parking kosong. Pagi tu aku parking di parking OKU. Betul2 depan pintu masuk. Mak guard bertugas siap bertanya, "Itu kereta encik kah?" Baru nak keluarkan kad OKU, "Tak apa encik, encik boleh parking kat situ."

Parking free saja di sini. Waktu nak bayar tiket, hanya Mawar dan Hanan saja kena bayar tiket. Dewasa RM 8, kanak2 7 tahun ke atas RM 4. Hanim free, aku ada kad OKU pun free. Alhamdulillah.

Ada dua kali aku masa aku servis di SMPK (Buta) Setapak yang aku sampai di sini. Kedua2nya tahun 2005, tahun aku mula posting. Lepas dua kali pergi ke situ tak pernah datang berkunjung ke sini lagi. Ni kira kunjungan setelah berbelas tahun tak datang la ni.

Kunjungan pertama ialah membawa murid2 buta sekolah aku ke sini, kebetulan time tu mengajar subjek Sains tingkatan 5. Peh, memang sakit bahu la. Naya cikgu baru tak dak pendedahan cara betul bawa murid buta dengan betul, tapak tangan budak yang patutnya dipimpin di lengan, diletaknya atas bahu kita. Bila dah jadi penulis KAIMAL baru tahu kita dah kena akal dengan budak2 rupanya.

Bila bawa ke situ meraba2 la depa setiap exhibit yang ada di situ. Tapi bawa depa ni bestnya inkuiri depa tinggi. Benda ni warna apa? Ringan atau berat? Panjang atau pendek? Wah, ada bunyi la benda ni cikgu!

Kali kedua datang ialah ganti Tuan Pengetua ke taklimat pertandingan robotik. Surat suruh pengetua attend. Dia tak boleh. Pass ke PK1. Tak boleh. Pass ke PK HEM, PK Koku, Ketua Bidang, Ketua Panitia, semua tak boleh. Jadi inilah orangnya yang wakil pengetua pi pagi tu iaitu cikgu Sains yang baru posting :) . Masa duduk dengar taklimat memang tengok kiri, kanan, depan, belakang semua ghoman pentadbir wajahnya. "Engkau PK sekolah mana? Tak pernah tengok pun sebelum ni?" "Saya ganti Tuan Pengetua saya." "Ooo macam tu. Aku GPK SMK xxx."

Ha ha ha! Kudapan lepas taklimat boleh dikatakan mewah juga la hari tu. Maklum la, taklimat untuk pentadbir2. Perut pun masih muda lagi, makan2 tahan sampai ke malam :)

Berbalik kepada kunjungan hari ni, dah lama Hanan dan Hanim nak datang. Ada tertengok iklan dalam tv dan juga Youtube. Dari bawa anak2 ke taman2 tema tu, apa kata sesekali ke tempat sebegini, boleh menanam minat dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Di hadapan pintu masuk.

Melihat hidupan akuatik.

Jangan celup tangan.

Tiket masuk.

Ikan patin kat belakang tu.

Nak pegang.

Best!

Ni ikan air tawar saja. Nak tengok jaws kena la pi Aquaria KLCC.

Science Show pukul 12.00 tengah hari. Hari ni ada 3 eksperimen berkaitan api/haba.

Ada playground kanak2 la, dulu tak ada.

Mawar turut berpeluang melakukan eksperimen berkaitan pengembangan dan pengecutan belon (aplikasi haba).
 
Hanan menuangkan sejenis cecair kepada sejenis bahan kimia. Lepas tu tiba2 berasap dan terbakar.

Hanim bermain crane.

Roket nak ke angkasa lepas.

Nak tengok pameran di tingkat atas pula.

Ada kapal selam siap dengan periskop.

Tala lampu ke panel suria, kipas kapal terbang kecil tu akan berpusing.

Ini apa tah namanya? Tapi kalau letak tangan, cahaya tu akan mengenai tangan kita.

Hanim menggunakan pam angin untuk melancarkan roket.

Bila kayuh basikal tu, muzik akan berbunyi. Konsep penjanaan tenaga.

Hanan pun cuba kayuh juga kerana nak dengar lagu.

Hanan asyik dengan pancaran cahaya yang terhasil.

Ni gambar dari tingkat 4. Ni aku nak pi solat di suraunya.

On my left brain there is nothing right. On my right brain there is nothing left.

Cantikkan view dari atas n?

Melalui maze cermin.

Jangan berlari, takut2 terlanggar cermin cedera parah kita.

Ni Science Show pukul 3.00 petang.

Kalau hari Sabtu, Ahad toksah mimpi la dapat duduk kerusi depan ni. Manusia ramai.

Hanan berpeluang naik lagi ke pentas. Kali ni eksperiman berkaitan ketumpatan.