Kami bertolak pulang dari Pendang pada 11 Disember 2018, hari Selasa. Ni kira kira hari yang baik untuk melawat Cameron Highland semasa cuti sekolah. Selalunya orang yang bukan kerja cikgu, yang bercuti Sabtu dan Ahad biasanya depa akan ambil cuti untuk jalan2 pada hari Jumaat atau/dan Isnin. Jarang ada yang ambik Selasa atau Khamis tu kecuali depa betul2 nak abihkan cuti tahun. Yang cuti Jumaat dan Sabtu pula lazimnya ambik cuti hari Khamis atau dan Ahad. Jadi kami cikgu2 selalunya waktu cuti sekolah akan cuba untuk berjalan pada hari Selasa dan Rabu semasa cuti sekolah panjang.
Waktu naik dari Simpang Pulai kiranya dah petang. Dalam pukul 3 atau 4 petang. Sebelum naik CH, aku isi dulu X-Trail di Petronas Simpang Pulai. Petang tu stesen minyak tu ada sediakan minum petang percuma untuk para pelanggan. Ada kuih burger Malaysia, donut dan teh o. Jadi la buat alas perut.
Oh, ya bersebelahan dengan stesen minyak ini ada seorang oku pertuturan/pendengaran buka stall apam balik. Nama stallnya Mr Apam Balik. Macam mana dia nak ambik order? Senang saja, dia ada sediakan satu papan menu apam balik yang dia sediakan. Tunjuk saja gambar yang kita berkenan. Tunjukkan jumlah jari untuk bilangan yang kita nak.
Pilihan apam balik adalah pelbagai. Ada yang biasa kita makan tu iaitu ada planta, gula, kacang tanah. Lagi ada pilihan nak masukkan coklat, kaya. Tapi paling best boleh masukkan pula sebiji telur ayam. Jadi aku pun order yang biasa dan yang ada telur ayam tu. Boleh tahan juga rasanya.
Sepanjang perjalanan naik CH kali ni agak menggerunkan juga kerana berkabus tebal dek kerana cuaca yang lembap. Yang berani bawa laju adalah lori2 pikap sayur yang memang ini merupakan jalan depa lalu hari2.
Kalau ke CH kami selalu singgah di Avant Chocolate. Bukan nak beli coklatnya tetapi ni kira mini tour dah untuk CH ni. Setakat nak beli strawberi, sayur dah ada dah kat sini. Selain daripada itu ada kafe yang kita boleh minum dan makan. Ada juga kebun strawberi, bunga-bungaan untuk kita lawati. Free je nak masuk ke sini. Nak ke tandas je bayar 20 ka 50 sen. Ok la tu, tandasnya pun bersih.
Boleh bagi makan arnab. Hanan Hanim nak bela rabbit kat rumah? Ooo toksah cari pasai la. Abah dah pernah bela satu reban besar sebelum ngaji KPLI dulu. Kalau bela bukan untuk jual atau makan toksah la. Kuat makan rabbit ni.
Hanim menghulurkan jerami.
Wangi bau bunga lavender.
Ada photo booth.
Windmill pun ada.
Hanim dan Mawar.
Hanim memang suka bergambar.
Best!
Lori pikap yang ditamatkan perkhidmatan meneruskan bakti untuk para pengunjung bergambar.
Di samping bunga2 kuning.
Benda2 kayu kat belakang tu sekali tengok macam jamban pun ada.
Haaa, akhirnya dapat makan aiskrim lavender. Sedap juga tau!
Bagi makan ikan pula.
Akhirnya berjumpa dengan pokok strawberi.
Gambar last sebelum meneruskan perjalanan.
No comments:
Post a Comment