Wednesday, January 16, 2019

Jalan2 Ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Isnin, 14 Januari 2019, Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Pusat Sains Negara merupakan destinasi yang kami tuju pada hari cuti di Negeri Sembilan pada hari ini. Pada hari Ahad kami tidur di rumah nenek Hanan Hanim (di Petaling Jaya). Dari rumah nenek kami bertolak jam 11.00 pagi dan tiba dalam masa 30 minit. Ha ha ha! Kalau mai hari minggu mungkin tak ada parking, tapi datang hari ini memang banyak parking kosong. Pagi tu aku parking di parking OKU. Betul2 depan pintu masuk. Mak guard bertugas siap bertanya, "Itu kereta encik kah?" Baru nak keluarkan kad OKU, "Tak apa encik, encik boleh parking kat situ."

Parking free saja di sini. Waktu nak bayar tiket, hanya Mawar dan Hanan saja kena bayar tiket. Dewasa RM 8, kanak2 7 tahun ke atas RM 4. Hanim free, aku ada kad OKU pun free. Alhamdulillah.

Ada dua kali aku masa aku servis di SMPK (Buta) Setapak yang aku sampai di sini. Kedua2nya tahun 2005, tahun aku mula posting. Lepas dua kali pergi ke situ tak pernah datang berkunjung ke sini lagi. Ni kira kunjungan setelah berbelas tahun tak datang la ni.

Kunjungan pertama ialah membawa murid2 buta sekolah aku ke sini, kebetulan time tu mengajar subjek Sains tingkatan 5. Peh, memang sakit bahu la. Naya cikgu baru tak dak pendedahan cara betul bawa murid buta dengan betul, tapak tangan budak yang patutnya dipimpin di lengan, diletaknya atas bahu kita. Bila dah jadi penulis KAIMAL baru tahu kita dah kena akal dengan budak2 rupanya.

Bila bawa ke situ meraba2 la depa setiap exhibit yang ada di situ. Tapi bawa depa ni bestnya inkuiri depa tinggi. Benda ni warna apa? Ringan atau berat? Panjang atau pendek? Wah, ada bunyi la benda ni cikgu!

Kali kedua datang ialah ganti Tuan Pengetua ke taklimat pertandingan robotik. Surat suruh pengetua attend. Dia tak boleh. Pass ke PK1. Tak boleh. Pass ke PK HEM, PK Koku, Ketua Bidang, Ketua Panitia, semua tak boleh. Jadi inilah orangnya yang wakil pengetua pi pagi tu iaitu cikgu Sains yang baru posting :) . Masa duduk dengar taklimat memang tengok kiri, kanan, depan, belakang semua ghoman pentadbir wajahnya. "Engkau PK sekolah mana? Tak pernah tengok pun sebelum ni?" "Saya ganti Tuan Pengetua saya." "Ooo macam tu. Aku GPK SMK xxx."

Ha ha ha! Kudapan lepas taklimat boleh dikatakan mewah juga la hari tu. Maklum la, taklimat untuk pentadbir2. Perut pun masih muda lagi, makan2 tahan sampai ke malam :)

Berbalik kepada kunjungan hari ni, dah lama Hanan dan Hanim nak datang. Ada tertengok iklan dalam tv dan juga Youtube. Dari bawa anak2 ke taman2 tema tu, apa kata sesekali ke tempat sebegini, boleh menanam minat dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Di hadapan pintu masuk.

Melihat hidupan akuatik.

Jangan celup tangan.

Tiket masuk.

Ikan patin kat belakang tu.

Nak pegang.

Best!

Ni ikan air tawar saja. Nak tengok jaws kena la pi Aquaria KLCC.

Science Show pukul 12.00 tengah hari. Hari ni ada 3 eksperimen berkaitan api/haba.

Ada playground kanak2 la, dulu tak ada.

Mawar turut berpeluang melakukan eksperimen berkaitan pengembangan dan pengecutan belon (aplikasi haba).
 
Hanan menuangkan sejenis cecair kepada sejenis bahan kimia. Lepas tu tiba2 berasap dan terbakar.

Hanim bermain crane.

Roket nak ke angkasa lepas.

Nak tengok pameran di tingkat atas pula.

Ada kapal selam siap dengan periskop.

Tala lampu ke panel suria, kipas kapal terbang kecil tu akan berpusing.

Ini apa tah namanya? Tapi kalau letak tangan, cahaya tu akan mengenai tangan kita.

Hanim menggunakan pam angin untuk melancarkan roket.

Bila kayuh basikal tu, muzik akan berbunyi. Konsep penjanaan tenaga.

Hanan pun cuba kayuh juga kerana nak dengar lagu.

Hanan asyik dengan pancaran cahaya yang terhasil.

Ni gambar dari tingkat 4. Ni aku nak pi solat di suraunya.

On my left brain there is nothing right. On my right brain there is nothing left.

Cantikkan view dari atas n?

Melalui maze cermin.

Jangan berlari, takut2 terlanggar cermin cedera parah kita.

Ni Science Show pukul 3.00 petang.

Kalau hari Sabtu, Ahad toksah mimpi la dapat duduk kerusi depan ni. Manusia ramai.

Hanan berpeluang naik lagi ke pentas. Kali ni eksperiman berkaitan ketumpatan.

No comments:

Post a Comment