Wednesday, July 25, 2018

Little Caliphs (Taipan, Senawang) Sports Day, Center Court (Stadium Paroi), 21 Julai 2018 (Sabtu), 8.00 pagi - 1.00 tengah hari

Kalau tahun lepas Hanan bersports day di sini, tahun ini giliran adiknya Hanim pula bersports day di sini. Tatapi rakaman yang sempat dirakam.

Hanim bergambar dengan banner program.

Hanim dipakaikan reben oleh teachernya.

Abah pergi mencari Capati Beseri.

Ada yang kesedihan sewaktu ditinggal pergi...

Ahli Green Team kaki nangis. Di sebelah kiri, kanan dan tengah.

Kawad akan bermula.

Green Team sedang berkawad.

Green Team yang turut disertai Hanim di dalam acara lari berhalangan.

Hanim sedang berjalan di atas titi dengan bimbingan guru.

Hanim bergambar dengan rakan.

Menanti berlangsungnya sesi penyampaian hadiah.

Hanim menerima hadiah bagi pihak ahli2 kumpulannya.

Pehhh, nombor 2 untuk acara lastik tin secara berkumpulan.

Umi turut memenangi acara yang disertainya.

Saturday, July 21, 2018

Cerita Sikit Lagi Pasai Raya Tahun Ni...

Ahhh, tiba2 terjumpa pulak screen capture status whatsapp dalam telefon ni.
Dulu2 orang kongsi cerita (status), suka, duka, pagi ni mentekedarah menatang apa di kedai mamak, pagi ni lupa pakai spender, masalah peribadi, masalah rumah tangga di Facebook. 
Tetapi dengan adanya whatsapp, orang mula kongsi status kat situ.
Contacts yang membaca/melihat status pun kadang2 tergaru2 kepala kepada siapa status ditujukan?
Tak kurang juga yang membuat kesimpulan, ohhh, ini bininya gaduh dengan lakinya kot, pasai tu share status yang pelik2.
Gunakanlah teknologi dengan bijak, takut2 benda2 yang wujud untuk kemudahan mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri (dan orang lain). 

Ini ziarah kubur Wan Man pada hari2 terakhir bulan posa.

Bergambar di tepi bendang arwah Tok Wan di tengah hari raya pertama.

Ini berenti rehat di Starbucks sebelum tol Juru. Ini hari Sabtu (raya kedua), dalam perjalanan pulang ke Seremban.

Hanim mencabut rumput di pusara Atuk Ali. Ini di Masjid Tanah pada hari Ahad (raya ketiga).

Ini AJK doa bidan terjun namanya. Nasib baik boleh google doa di telefon. Bacaan doa sebelum sepupu Mawar yang akan diakad nikah pada petang raya ketiga tu bertolak ke masjid. 

Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin. Sepupu Mawar ialah wanita berbaju putih yang di sebelah Hanan tu. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Penjara Sungai Udang. Hanan sampai2 saja terus cakap, "Hanan pernah datang sini dulu masa Little Haj." Tahun ini Insya Allah giliran Hanim pula.

Budak2 dan pasir pantai berpisah tiada.


Friday, July 20, 2018

Catatan Lewat: Raya Puasa Tahun Ini

Tahun ini beraya puasa di Pendang.
Sangat istimewa raya tahun ini.
Semua adik-beradik ada termasuk keluarga Mama Zuriah.
Moga raya di tahun mendatang kita semua dapat bertemu sebegini lagi.

Tuk dan cucu-cucunya

Tuk + cucu + anak + menantu

Tuk + kami berempat

Kami berempat

Dua-dua Tuk + anak + menantu + cucu

Tuesday, May 1, 2018

Kuala Terengganu - NSCMH - Sg Congkak

Dalam dua minggu ni banyak ke sana sini. Dari perihal membawa budak2 PPKI ke Kuala Terengganu untuk lawatan penanda aras di SMK Bukit Besar (dan juga mak bapak budak2 PPKI yang turut tumpang berjalan) hinggalah meneman Mawar mengikuti perkhemahan perdana badan beruniform sekolahnya di Sungai Congkak.

Dari perihal membawa budak2 PPKI ke Kuala Terengganu untuk lawatan penanda aras di SMK Bukit Besar yang mak bapak depa juga turut ikut tu, ini merupakan kali kedua aku ke sekolah berkenaan. Kali pertama ialah semasa di SMK Pendeta Za'ba. Kesian juga sekolah yang selalu menjadi tumpuan pelawat ni. Kata salah seorang gurunya, ini merupakan lawatan kali keenam pada tahun ini. Bak kata akak Trivago, "Saya faham tu!" Mana tak fahamnya, dulu di SMPK Buta Setapak, boleh kata tiap2 minggu ada saja pelawat melawat ke sekolah. Tengah mengajar tiba2 kena panggil buat tayangan multimedia di bilik gerakan. Itu belum kira kena bertugas jaga booth pameran jabatan di hujung2 minggu. Memang habih hujung minggu kita. Jumaat pagi/petang setup booth. Sabtu pagi sampai ke petang (kadang2 sampai malam) jaga pameran. Ahad jaga pameran lagi, petangnya kemas dan tutup booth. Isnin kerja. Jadi kalau sekarang ni hari Sabtu kena hadir ldp atau ada program sekolah tu, aku tak kisah sangat pasai pernah kena lagi teruk dulu.

Kali ni bila pi rombongan ke Terengganu agak lucu sikit kerana banyak mak bapak budak yang ikut sama rombongan. Dah berbelas tahun bawa budak pi rombongan ini la kali pertama begitu ramai parent yang ikut. Bagi aku tak mencapai matlamat asal program untuk mendidik bebudak untuk berdikari. Bila ada pengiring dari kalangan parent, ada budak yang mengada2 juga. Ada satu tu siap menangis, nak beli juga jersi bola yang beratus2 ringgit harganya.

Parent juga ada yang buat hal. Ada yang beli mee segera berpaket2 disuruhnya budak2 masak sendiri. Malam tu budak2 berperang masak mee segera, berkecah dapur, sampai ke tengah malam cikgu kena menunggu untuk berkemas. Lagi yang mengada2 tambah panas ialah parent2 dan rakan2 sekerja yang tak pergi pula kejap2 mesej suruh beli itu dan ini. Tak boleh fikir sikit di kepala otak tu bahawa kita dah sibuk menguruskan budak2, sibuk pulak mengorder itu ini.

Masjid Kristal buat masa ini ditutup untuk kerja2 penyelenggaraan.

Sehari sebelum ke Terengganu, Hanan demam. Sekolah menelefon. Bila diambil di sekolah memang nampak tak bermaya dan panas. Bila dibawa ke hospital terus dimasukkan ubat ke punggung. Maka sepanjang rombongan ke Terengganu tu memang tak senang hati. Pada hari kedua rombongan yang bersamaan hari ketiga Hanan demam, Mawar telah membawa Hanan ke hospital dan Hanan pun kena warded. Bila keadaan sedemikian, bila ditanya ketua rombongan sama ada nak balik segera atau tidak, tak ada la aku minta balik awal kerana esoknya dah nak balik.

Malam tu bila dah sampai di Seremban aku terus ke hospital. Tengok Hanan masih demam lagi. Ubat demam, mandi, antibiotik antara ikhtiar dilakukan untuk menurunkan demam. Tahun ni, ini kali kedua Hanan demam teruk. Dari ujian darah menunjukkan akibat virus. Mungkin di sekolah, supermarket, udara sekeliling, kita tak tau. Terima saja ketentuan Allah. Syukur hari Ahad, Hanan dah boleh balik tapi hari Isnin tu aku ambik CRK yang pertama kali untuk tahun ni bagi menjaga Hanan.

 Hanan tengah tengok tv.

Pada hari Jumaat baru2 ni pula kami ke Sungai Congkak. Mawar menjadi penyelaras perkhemahan perdana sekolahnya. Perkhemahan tidur dalam bilik2 dorm je, bukan pacak khemah. Tapi thrillnya tetap ada. Tracking, masak pakai kayu api, orientering. OK la tu. Cikgu2 pula boleh tidur dalam bilik2 chalet beraircond. Hi hi hi!

Sungai Congkak ni kira best la juga. Sungainya jernih, cetek dan sesuai untuk budak2 bermandi-manda. Ada banyak anak ikan untuk disauk jika suka. 

Maxis kena take action. Line anda koman kat tempat aku menginap ni, kem yang paling hampir sekali dengan Taman Rekreasi Sungai Congkak. Jangan bagi alasan kawasan terpencil kerana Celcom 4G di sini. Bila beli data harian Celcom 2GB RM3 tu, siap boleh tengok TV Unifi lagi di tab Samsung aku tu. 

Pada 29 hb April, rakan2 sekerja Mawar mengadakan majlis meraikan hari lahir Mawar ke 40 tahun. Potong kek di tepi sungai tau. Terima kasih kepada semua yang meraikannya. Untuk aku, Hanan dan Hanim pula, kami mengadakan majlis yang sama di rumah pada Cuti Hari Buruh.

 Kalau dah jumpa ayaq...

 Kalau nak tau, Hanan la paling susah nak suruh posing untuk ambik gambaq.

 Nampak tak, dah tengok ke arah lain.

 Leceh nak ambik gambaq sendiri. Belum cukup duit nak beli drone.

 Hanan cuba tangkap anak ikan pakai cawan plastik.

 Percaya tak ini merupakan rakaman kamera telefon Samsung J5? Jenuh pi dekat cakcibor tu perlahan2 untuk snap gambarnya. Ini dah sedekat yang mungkin tanpa zoom. Jarak dengannya ada la dalam 10 cm.

 Sewa pangkin kat kanan dengan tapak pasang khemah tu RM20 untuk sehari suntuk.

 Water stryder.

 Sambutan hari lahir Mawar oleh rakan2 sekerja.

 Hanan dan tangguk yang dipinjam dari kawannya.

 Hanim pun cuba nak tangkap ikan.

Ini pula sambutan hari lahir Mawar di rumah.

Dan kepada Mawar, tiada hadiah yang mampu abang berikan kecuali perkongsian sepotong nasihat daripada ayat Al-Quran seperti di bawah...

Al-Qur'an Menyebut Umur 40 Tahun
Allah memberi perhatian khusus tentang angka 40 ini:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri).”
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)


Thursday, March 22, 2018

Kenduri Kesyukuran Nurain memperoleh 4 A STPM 2017

Tahniah kepada adik den, Nurain binti Dato' Haji Abd Rahman kerana memperoleh 4 A dalam STPM 2017. Semoga menjadi batu loncatan untuk lebih berjaya di dalam kehidupan di masa akan datang.

Bersempena dengan kejayaannya, suatu kenduri kesyukuran telah diadakan pada tengah hari Sabtu pertama minggu cuti persekolahan baru2 ini di kampung mak saya iaitu di Kampung Sungai Jernih, Gemencheh. Kenduri ni la tempatnya berkumpul sanak-saudara jauh dan dekat. Nak tunggu raya belum tentu dapat berjumpa dengan semua saudara sementelah ada yang balik ke kampung ibu bapa mengikut giliran raya masing2 saban tahun.

Petang tu pula selepas Asar, telah diadakan BBQ kambing dan ikan keli untuk ahli2 keluarga terdekat. Nasib baik mula BBQ petang, pukul 6 petang hujan turun dengan lebat hingga ke lepas Maghrib. Tak apa, hujan tu rahmat dari Allah.

Dipaparkan beberapa foto untuk tatapan kembali di masa hadapan.

 Di gedohok (istilah orang Kedah untuk tempat masak). Mengacau orang-orang yang mengacau rendang maman daging. Dari kanan: Rizal, Nurul dan Pak Busu Khairul. Ini tengah keringkan santan lagi ni.

 Enam kilo maman masuk kuali. Kalau den dah bubuh serai dah tu. 5 6 batang tak kurang.

 Budak2 macam biasa, sibuk main basikal (dan pasir).

 Habih bunga raya tuan rumah dikerjakan.

In ten years from now, I wonder what you all will think of this picture?

Wednesday, March 21, 2018

Selamat Hari Lahir Ke 39

Satu Februari 2018 hari tu genap la umur aku 39 tahun. Kalau kalendar Islam mungkin dah 40 tahun. Terima kasih kepada Umi, Hanan dan Hanim. I love you all!



D'Qnut Chalet And Restaurant

Beberapa hari sebelum buka sekolah hari tu, kami berempat bersama keluarga Pak Andak telah berkunjung ke D'Qnut Chalet, Kuala Sungai Baru, Melaka. Lokasi tempat ni adalah bersebelahan dengan Chalet Umang-Umang. Konsep D'Qnut ialah kontena2 lama diberi nafas baru dengan cat baru di luarnya. Di bahagian dalam pula dinding kontena didindingi dengan papan lapis.

Ada penyaman udara, bilik air pun ok. Katil (chalet yang kami sewa) diperbuat daripada kayu palet. Tilam, cadar dan bantal memuaskan sahaja.

Bagi yang malas untuk keluar boleh tempah makan malam dan sarapan pagi daripada pihak chalet. Bagi aku pula, walaupun jalan tanah merah keluar ke jalan besar agak menakutkan kalau drive sorang malam2, banyak pilihan boleh didapati seperti kedai2 makan, gerai burger yang dibuka pada waktu malam sepanjang jalan menuju ke Pangkalan Balak. Malam tu aku beli burger di sebuah gerai berdekatan dengan Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Tentang sarapan pagi pula, besoknya kami makan di sebuah gerai yang berdekatan dengan gerai burger yang aku beli pada sebelah malam sebelumnya. Roti canai dan nasi lemaknya best. Nak cari senang saja, belok kanan ke Pangkalan Balak dari jalan keluar chalet. Jalan terus sehingga nampak sederet rumah kedai di sebelah kanan. Belok ke kanan. Ada sebuah warung. Itulah warungnya. Kalau anda dah mula nampak ALAM di sebelah kanan, dah terlepas la tu :) .

Ok di bawah dipaparkan gambar yang dirakam sepanjang kunjungan kami di Q'Nut tanpa menurut kronologi.

Memunggah barang masuk ke dalam chalet. Pokok hijau beracun tu tak sesuai ditanam sebenarnya di tempat awam walaupun nampak cantik.
 
 Atas tu chalet juga. Kerana ada budak2, sewa yang bawah je la.

 Hanim tertidur di buaian di tepi pantai.

 Pemandangan laut di kala senja.

 Ada reban arnab dan burung merak.

 Tanah kosong ni boleh dijadikan tapak perkhemahan.

 Ini main buaian pula.

 Menaiki jambatan tali.

 Laju2 buaiku laju.

 Pakat buai Abah.

 Boleh main pasir dari pagi ke petang.

 Mandi dengan apungan pelampung.

Nak buat rumah.