Sunday, December 19, 2010

Jumpa di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC!

Kelmarin dulu tengah lepak2 sambil mengurus ladang, dusun dan bandar di internet, aku menerima satu panggilan 03888*****. Sah call dari putrajaya. Hati rasa cuak nak angkat, sapa lagi nak panggil pi meeting cuti2 ni? Cuti ni dah 3 kali meeting dan akan ada lagi meeting pada minggu akan datang.

Bila dijawab rupanya pegawai bahagian buku teks. Ada jemputan yang perlu dihadiri semasa Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010, PWTC pada 22 hingga 26 Disember nanti. Maklumlah, nanti orang tanya pasai buku yang ditulis, penulis kena ada untuk melayan para pengunjung.

Lama dah tak jaga pameran ni, dulu masa di smpk setapak kerap juga dipanggil jadi petugas pameran jabatan pendidikan khas (sekarang bahagian pendidikan khas). Merata juga sampai, Mid Valley, PWTC, PICC dan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Masa jaga pameran ni sebenarnya tak lah sesibuk mana. Yang penatnya masa nak setup dan kemas. Yang boringnya cuti hujung minggu habis la. Setup petang jumaat, kemas petang ahad, isnin masuk kerja.

Oh, lupa nak cakap, masa paling kalut ialah bila VIP melawat booth kita. Sementara nak sampai VIP, tak senang duduk dibuatnya. Ada juga terjadi bila mana VIP haram tak singgah pun booth kita. Sungguh frust bila setup penat2 menteri tak singgah pun bertanya khabar...

Sapa2 nak beli buku KAIMaL Tahun 1, siapkan RM20. Kalau saya ada time berkunjung tu boleh la minta autograf. Ha, ha, ha, rasa macam kartunis dan novelis la pulak!

Mesyuarat Regency KL Jln Raja Alang

11 Disember 2010

Meeting lagi di kl. Kali ni di Regency KL Jln Raja Alang. Kali ni dari bilik meeting boleh nampak orang meniaga sayur, ayam, ulam, daging sepanjang malam. Tapi sungguh cacat pemandangan orang buang sampah dari tingkap rumah kedai.

Pendang ke Simpang Pulai ke Cameron Highland ke Tapah ke Seremban

6 Disember 2010.

Masa nak balik seremban, aku bersama mawar dan nurain telah singgah di cameron highland. Keluar di tol simpang pulai, ternyata proton exora mampu kerabat selekoh2 tajam sepanjang laluan berliku di cameron highland ni. Indeed, banyak exora yang berselisih dengan kami. Alza pun ada.

Ramai juga orang yang melawat cameron highland bersempena dengan cuti umum pada hari selasa. Singgah sebentar di kea farm untuk membeli sayuran dan bunga. Harga taklah semurah mana tapi seronok mencari2 yang termurah.

Masa berhenti di berinchang untuk makan tengah hari kelihatan semua hotel memang full. Bila terpandang hotel regency di situ teringat pulak kursus ldp yang diikuti masa berkhidmat di SMPK Setapak dulu. Dalam satu sesi ceramah bersama Dr Rubiah K Hamzah masih lagi aku teringat betapa teruknya pengetua kena, kaunselor kena, cikgu2 kena, staf2 sokongan kena bambu sampai menangis2 dalam ceramah oleh dr tersebut. Detailnya tak leh cerita tapi aku memang menahan ketawa dalam hati bila tengok semua orang kena dalam ceramah tersebut. Ha, ha, ha!

Selesai makan, isi minyak penuh2 dan menuju ke Tapah. Tiba di Lata Iskandar berhenti sebentar untuk bergambar sebelum menuju balik ke seremban. Peh, penat betul drive.

Jalan2 di Perlis

1 Disember 2010.

Balik pendang hari tu aku bawa mawar, mak dan nurain pi padang besar. Apalagi cari baju baru la. Kat sini ada satu kedai baju untuk orang berbadan dinosaur yang menjadi pilihan aku. Sambar la baju dan seluar 3 4 helai. Nasib baik ada RM500 bantuan gomen bagi untuk belanja hujung tahun.

Lepas pusing2 kompleks tu kami pekena pulut ayam dengan ayaq kelapa. Bukan main sedap lagi. Aroi tin tin (sangat sedap dalam bahasa thai). Selesai makan cari kerepek labu dengan gajus goreng buat bekal masa driving.

Pasti ramai yang tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak teringat satu scene nyanyian lagu di Gua Kelam, hah ke situ la kami tuju setelah selesai shopping di padang besar. Terngiang2 lirik, "Oh angin malam, oh angin malam" dalam cerita sepanjang nak sampai ke situ.

Tapi sebaik tiba kelam seribu kali kelam, gua kelam tidaklah boleh dikunjungi kerana keretapi untuk masuk ke dalamnya telah rosak. Nak berjalan sendiri dalam gua tak boleh pulak kerana perlu mengupah guide RM20 satu kepala. Kali 4 dah RM80, baik makan lagi kenyang. Maka kami menuju pula galeri gua kelam nak tengok gambar dan info berkenaan gua kelam tetapi berkunci rapat pintu galeri. Hmmm, cuti apanya, aku dah mai hari rabu dah ni.

Setelah bergambar lebih kurang di air terjun titi gantung yang berhampiran, agenda seterusnya ialah makan laksa kuala perlis di restoren nelayan yang lokasinya berhampiran kompleks kastam diraja malaysia kuala perlis. Makan laksanya yang memang terbest sehingga kini dan juga cucuq udang dan rojak (pasembur). Makan laksa kuala perlis ni kira salah satu agenda wajib aku kalau balik pendang. Masa mengaji di maktab perguruan perlis dulu, hujung minggu mesti mai.

Sekitar Alor Belat...

3 Disember 2010.

Balik dari Kamdar Alor Setar singgah sebentar di Alor Belat melepas rindu tengok kampung. Tiada lagi rumah arwah tuk dan wan, yang ada hanya tapak rumah. Singgah di rumah sepupu yang membuat rumahnya berhampiran.

Temuduga Nurain di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan

15 Disember 2010

Hari ni pi MRSM Gemencheh. Adik aku yang kecik sekali Nurain ada temuduga nak masuk tingkatan 1 di sini. MRSM ni jadi pilihan ada option baru Ulul Albab (bunyi macam cerita P Ramlee, Ahmad Albab) iaitu belajar Arab, Hafazan Al-Quran bermula dari tingkatan 1 di samping tumpuan matapelajaran Sains.

Aku dulu pun berpeluang belajar di MRSM jugak. Batch kelima Program Khas Pendidikan (PKP) MRSM Taiping (MARESMART). Masuk tahun 1995. Nombor matrik 95206. Tinggal di asrama mengaji dengan orang2 yang pandai. Sebelum duduk asrama MRSM pernah duduk mengaji setahun di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid. Bila compare kemudahan, di MARESMART memang jauh lebih baik kemudahannya.

Dua tahun di MARESMART aku berpeluang mengenali macam2 manusia. Anak orang2 kaya dengan peelnya, anak orang2 sederhana (macam aku) dan juga anak orang2 yang susah. Dengan bayaran yuran bulanan sebanyak RM30, apa yang diperolehi sangat tak ternilai. Makan minum sangatlah best, dari sarapan pagi sampai la ke minum malam semuanya ok.

Cikgu-cikgunya pulak memang best, seingat aku tak ada yang mengular macam aku tengok bila aku sendiri kerja sebagai cikgu baru tau ada rupanya spesis cikgu yang mengular di sekolah. Spesis2 tu kalau jadi cikgu MRSM, pengetua boleh jadi mohon pencen awal.

Time aku mengarang ni aku kat area makmal sains MRSM Gemencheh ni. Ada dua tiga orang parent mundar-mandir kat sini. Yang lelakinya ramai yang pakai ketayap, bawak Al-Quran kecik, agaknya baca Yasin masa anak nak temuduga kot. Aku nak berFarmville tak boleh la pulak, maxis ada gprs saja. Tak guna bayaq broadband mahal2 kalau tak ada wdcma.

Nurain selesai temuduga menjelang tengah hari. Kemudian kami balik ke kampung dulu iaitu Kampung Sungai Ayer Jerneh. Rumah peninggalan arwah datuk dan nenek kini dijaga oleh pakcikku bersama keluarganya. Pakcikku dan isterinya kebetulan baru balik motong getah turut mengusahakan kantin SK Sungai Ayer Jernih yang terletak sebelah rumah saja.

Dulu masa aku kecik2, time cuti sekolah ni memang penuh rumah ni dengan anak cucu yang balik memeriahkan suasana. Mandi di sungai kecil yang telah kering setelah empangan dibuat, bermain pasir di laman rumah, masak dengan kayu api, la ni tinggal kenangan saja la.

Tengah hari tu makcik masak ayam hutan masak lemak kunyit. Sedap bukan main pasal dagin ayam hutan ni dia padat. Sambil makan2 bertukar2 cerita tentang harga maman yang mahal, kegagalan pembekal netbook 1Malaysia memasang MS Office untuk anaknya, harga barang yang melambung, rintihan golongan marhaen...

Petang tu dalam pukul 4 kami pun balik ke Seremban. Terima kasih semua.

Makan kenduri di Felda Tun Ghafar Baba, Bukit Percha, Melaka + Melawat nenek di Padang Kemunting + Makan seafood di Pangkalan Balak

28 November 2010

Makan kenduri di Felda Tun Ghafar Baba, Bukit Percha, Melaka + Melawat nenek di Padang Kemunting + Makan seafood di Pangkalan Balak
Time cuti sekolah ramai orang mengambil peluang untuk membina masjid baru. Sepupu lelaki isteri aku pun tak melepaskan peluang untuk berkawin pada cuti sekolah ni. Bertolak awai dari Seremban, kami berdua menunggu seketika di Plaza Tol Ayer Keroh sebelum abang ipaq aku tiba bersama mak, kak yati dan 3 orang anak buah aku (bujang nenek, he he he..).

Pakcik Aris yang merupakan adik kepada arwah ayah Mawar menyambut ketibaan kami dengan gembira. Majlis yang dibuat secara sederhana amat meriah dengan kehadiran tetamu dikejutkan tiba-tiba oleh hujan yang turun agak lebat, nasib baik keta belum basuh lagi.
Sungguh nakal2 budak area felda ni kerana dari jauh lagi abang ipaq aku dah nampak budak2 menghampiri kereta 'mengkidnap' penutup tayar yang diperbuat dari logam. Nak dimarah nanti takut diguris pulak keta lagi besaq modal nak merepair Proton Perdana tu.

Setelah hujan berenti maka bermulalah perarakan pengantin untuk bersanding. Kami tak adalah tunggu nak menepung tawar kerana mak ajak kami melawat nenek Mawar di Padang Kemunting. Perjalanan ke sana lebih kurang 45 minit. Salah seorang bujang nenek (anak buah) iaitu Ikhwan yang berusia hampir 3 tahun telah berpindah masuk kereta aku. Anak buah aku yang sorang ni lasak. Melompat-lompat dalam kereta. Ha, ha, ha, nanti anak aku tak tau la pulak macam mana nanti. Oleh sebab masa kenduri tadi dia tak makan sangat dan susu botol pun tak sempat minum habih semua jajan hadiah kenduri dia makan. Dah kenyang mula dia start mamai dan tertidur.

Rombongan kereta Perdana (abang ipaq), Alza (adik ipaq) dan Wira (aku) akhirnya tiba di rumah nenek Mawar yang bernama Jemaah (betui nama tu bukan main2). Rumah nenek menghadap ke laut. Sebelah rumah dia tu ada tapak camping pengakap yang selalu digunakan untuk camping pengakap pada masa2 tertentu. Rumah nenek ni ada banyak bela haiwan peliharaan seperti ayam, merak, itik, burung merbuk, kucin, pendek kata sangat meriah. Belakang rumah dia pulak ada surau yang dia bina untuk memudahkan sesiapa yang bertandang untuk solat dan rehat. Surau dia buat tu aku rasa boleh memuatkan 150 jemaah tak termasuk tingkat atas yang masih dalam kerja-kerja pembinaan.

Setelah bersalaman dan berbual dengan nenek tibalah masanya untuk bujang-bujang nenek mandi laut dan main pasir. Dak An masa turun keta dah siap pakai baju mandi. Kami pun duduklah di tepi pantai sambil melayan kerenah anak-anak buah.

Sebilangan rakyat Malaysia SANGAT BODOH. Ketika mula-mula sampai di pantai ada sekumpulan remaja Melayu perempuan sedang mengemas khemah dan barangan mereka yang lain ke dalam kereta Kancil mereka. Aktiviti budak2 tu tak lah aku pedulikan kerana takut disalah erti sebagai gatal atau mengintai mereka. Dalam sibuk2 melayan bujang-bujang nenek main pasir, tak sedar budak2 tadi telah lama berlalu dengan timbunan sampah yang ditinggalkan di tempat mereka berkhemah tadi walaupun ada tong sampah yang disediakan. Tak hairanlah macam2 wabak yang pelik melanda kita kerana pengotornya sebilangan orang kita yang sepatutnya mencintai kebersihan yang dituntut oleh ajaran agama kita. Dulu pergi mandi air terjun dekat Bukit Putus, pampers budak pun ditinggal atas batu walaupun tong sampah ada merata2. Nak kata orang buta, mustahil sebab orang buta kalau nak buang pun sampah pun akan mencari tong sampah.

Setelah bersalaman dengan nenek kami pun menuju pula ke Pangkalan Balak, makan seafood yang Kak Yati belanja (terima kasih!). Banyak sungguh yang diorder, ikan pari bakar, ikan kembung bakar, kupang goreng, sotong celup tepung (bukan main liat nak mengunyahnya, sampai hari ni rahang kiri sakit), tomyam, otak2. Tapi sebelum makan tu teman Dak An tengok nelayan pasang enjin bot yang jenis sangkut tu.

Lepas makan dan salam2 kami pun berangkat pulang menuju ke haluan masing2. Alza (some says Toyota Passo Sette, sette in Italian means seven) ke Kelang, Perdana (some says Mitsubishi Eterna) ke Petaling Jaya dan Wira (some says Mitsubishi Evo II @ III) ke Bukit Galena.

Meeting hari tu di Crystal Crown Kuala Lumpur

Sapa kata time cuti sekolah cikgu2 semua bercuti? Ada yang jaga periksa, ada yang ikut kontigen sukan dan ada yang dipanggil bermeeting. Hari tu aku meeting selama beberapa hari dengan satu bahagian kpm. Patut yang meeting kena ada 15 orang tapi yang datang ada la 5 orang. Yang lain2 yang tak dapat datang tu macam2 cerita yang tak perlu dijelaskan di sini.

Agak susah cari hotel ni dalam gps aku, tak naik nama Crystal Crown Hotel tu, Brem Mall pun tak naik, nasib baik nama jalan naik itu pun nama jalan yang berhampiran dengan hotel.

Masa register kena depositkan RM20 untuk ambik key card. Apa punya hotel, tak pernah jumpa hotel macam ni walaupun dah 6 tahun kursus dan mesyuarat merata-rata di Malaysia ni. Dah tu bagi sekeping saja pulak tu untuk dikongsi bersama room mate. Kalau room mate tak dak pi mana2 tak boleh la masuk bilik. Kat kata Cikgu Zakaria (besiwaja.blogspot.com) ada yang dia pergi Malaysia Barat siap bagi key card sebagai souvenier lagi selepas check out. Lagi bodoh, masa aku nak check out hari last tu walaupun belum pukul 12 tengah hari lagi (11.45 pagi), bilik dah diblok tak boleh nak masuk dan kena turun ke reception untuk aktifkan key card balik.

Bilik masuk ke bilik pada hari pertama, semua kemudahan dalam bilik kira ok lah. Walaubagaimanapun, sungguh malang apabila tak ada getah untuk cebuk di dalam tandasnya. Tahanlah air satu tab mandi untuk digunakan masa cebuk. Nasib baik ada gayung, kalau tidak masuk basuh dalam tab mandi la jawabnya.

Tentang makan dan minum di kafeterianya semua nampak cantik tapi kekurangan yang paling besar sekali ialah tak ada sinki untuk basuh tangan. Namun begitu waitress yang lain kira ok lah kerana turut prihatin terhadap sebilangan ahli mesyuarat kami yang OKU penglihatan. Makanan yang dihidangkan boleh dikatakan sedap2 jugak kerana ada asam pedas ekor, kambing bakar dan lain-lain.

Tentang internet pula hotel ni mengenakan caj RM20 sehari. Huh, hotel2 yang dibina selepas zaman Abrahah cuba menyerang Kaabah saja yang kenakan caj tu. Hari tu masa meeting di sebuah hotel yang jauh lebih ekslusif free saja penggunaan internetnya dan diberi 

Thursday, November 18, 2010

Menghargai pengorbanan

Tahun ni tak sempat la pulak nak balik beraya haji di pendang. Takpalah, hari tu dah balik masa raya posa dah, jadi la. Maklumlah cuti pun pendek selasa dan rabu saja. Nak beli tiket kapal terbang pun duit royalti buku tak dapat lagi, editor kata kononnya tahun depan baru dapat, maka berayalah dengan apa yang ada.

Tahun ni aku beraya di rumah mak di pj. Bestnya rumah mak aku ni surau depan rumah saja. Suraunya nama Surau Al Hukumiah kot kalau tak salah. Kalau nak dengaq ceramah tak payah pi surau, dari rumah boleh dengaq dah. Sebelum bang (azan) subuh dan tiap2 bang ada pasang kaset bacaan al-Quran. Ada subuh sekali tu lama sungguh dia pasang kaset tu dan aku ingat lambat lagi subuh maka terlepas la waktu subuh pagi tu kerana dia pasang kaset tu pasai ada orang meninggal kat taman tu. Ye la bila aku tengok luaq tingkap dah terang benderang dah.

Tahun ni mawar, mak dan aku buat ketupat palas. Orang melaka selalunya buat ketupat yang anyam dengan daun nyok (kelapa) tu, tapi pasai mawar dah belajaq buat ketupat tu dari mak aku masa raya posa hari tu maka raya kali ni eksperimen la buat ketupat palas. Daun palas yang dibeli kurang berkualiti maka terpaksa la beli tambah lagi. Budak yang jual daun palas tu pun rasanya tau jual saja daun tu pasai suruh dia anyam tak reti pulak dia. Ketupat palas ni ghenyah (leceh) sikit nak buat, pasai tu la sedap. Tak macam ketupat nasi peket adabi tu campak masuk dalam ayaq, rebuih teruih siap boleh potong makan.

Ghenyah nak buat ketupat palaih ni mula2 kita kena buka daun dia dulu dan anyam dia jadi bentuk segitiga tu dulu. Sementara tu kita masak pulut dengan santan sehingga separuh masak. Bila dah separuh masak, buka balik daun palaih tu dan kita masukkan ke dalam daun dan lilit balik. Kena balut kemas2 dan tak boleh ada lubang nanti pulut keluaq masa merebus ketupat. Dah rebus ketupat sampai kering baru la boleh makan.

Tahun ni jugak mak dan mawar buat kuah kacang, rendang dagin, sambal ayam, kuah lodeh, pendek kata semuanya sedap2 cuma aku saja yang sakit perut hari raya tu. Cerita tentang sakit perut, malam raya tu lepas semayang isyak aku ikut rombongan / lawatan takbir raya dan doa selamat dari rumah ke rumah sekitar taman rumah mak aku tu. Ada la dalam 6 ka 7 rumah kot kalau tak silap sekali dengan rumah mak aku yang turut dilawati malam itu.

Teringat sekali dulu masa aku kecik2 pernah sekali aku ikut atuk Hamid (belah mak) di Kampung Sungai Ayer Jernih, Gemencheh pun melawat macam ni la malam raya tu. Sambung balik pasai lawatan di taman rumah mak aku ni, macam2 aku makan. Lemang, nasi impit, sate, ayam goreng, agaq2, nuget, sosej, sup tulang, macam2. Tak la makan banyak2, makan sikit2 mengambil hati tuan rumah. Dan bila balik rumah tragedi pun bermula sampai ke cerah. Nasib baik time nak pi semayang raya perut tak meragam lagi. Tapi bila semayang cerita bersambung semula. Aiyeee...

Jalan2 di melaka

6 november hari tu aku, mawar, adik ipar aku (lelawati), suaminya (nazrul) dan mak aku sempat melancong ke bandaraya melaka. Saja jalan2 setelah melawat nenek mawar yang tak berapa sihat. Pusing2 kat kota a formosa yang hari tu memang padat parkingnya.
Parking petang tu kat tempat parking rumah urut. 10 hinggit 2 jam. Memang untung kedai tu, tak nampak pun orang mengurut di dalamnya tetapi parking penuh. Orang yang melancong punya la ramai, nak naik boat river cruise orang beratur punya panjang macam boleh naik free.
Waktu jalan2 pulak alunan lagu dari beca macam2 ada. Dangdut, 60an, rock, lagu raya saja yang tak pasang.
Malam tu sebelum bermalam di Hotel Formosa, makan di medan makan di pantai klebang yang pantainya dah tak ada kerana ditebus guna pantainya. Lain kali tak nak makan lagi di gerai tu. Nasi gorengnya tawar, tomyam campurnya rasa macam kuah mee bandung dan burger burung untanya rasa macam makan tanah. Tukang masak masak berjam2 baru dapat makan. Sampainya hati kenakan tourist, makan maggi lagi sedap.

Thursday, November 11, 2010

Mesyuarat di Hotel Regency di kala Kedah banjir

Masa banjir tengah sakan di Kedah hari tu aku menghadiri suatu mesorat di Hotel Regency, Aloq Setaq. Walaupun beranak di Aloq Setaq inilah kali pertama aku mesorat di sana.
Aku drive dari Seremban. Nak naik flight penyelaras mesorat kata tak dak budget. Nak naik bas memang aku tak selera. Nak car pool baik tak payah kalau drive sorang2 yang lain membuta (tidur la, takdak kena mengena dengan oku penglihatan). Tengah malam (2 pagi) tu aku drive pelan2 dari Seremban. Kesian isteri selalu kena tinggal bila pi mesorat.
Masa drive trafik kira ok saja. Berenti banyak kali jugak, kencin, basuh muka, minum, tidoq. Hujan mula turun dari seberang perai sampai la ke pendang.
Dalam pukui 7 sampai la rumah family aku di pendang. Ada mak dan abah, nurain dah pi sekolah dah. Lena2, rehat2 dulu sebelum pi amik nurain balik sekolah pada tengah harinya.
Dalam pukui 2.30 dalam hujan2 sampai la aku di Hotel Regency. Parking pulak penuh, kena la pusin2 cari parking dalam hujan. Sampai di bilik mesorat nampaknya banyak yang dah ada kecuali pegawai2 penyelaras mesorat yang sampai lambat sikit kerana terlepas flight. Sungguh lawak..
Dalam sibuk2 mesorat sempat juga meronda pekan rabu beli beras pulut hitam dan kuih2 untuk orang tersayang.
Pagi khamis bila dah abih mesorat aku pun drive la balik petaling jaya kerana kebetulan isteri balik ke rumah mak sempena cuti deepavali.
Tentang Hotel Regency yang best tentang makannya ialah ada keli bakaq dan ais kacang. Lain kali boleh makan lagi. Bufetnya juga agak murah RM25 sorang.

Wednesday, November 10, 2010

Hari ni meeting di putrajaya

Hari ni aku meeting di putrajaya. Emel ni aku compose dari tel nokia c3 ku. La ni aku duduk di kafe berdekatan blok e12. Suasana sungguh riuh dengan orang yang bersembang. Jam dah 8:30. Agaknya yang bersembang lama2 ni masuk opis pukui 9 kot? Ahhh, kat sekolah pun sama, ramai yang suka bersembang lama2 sampai kelas terabai.

Monday, October 11, 2010

Habih juga raya akhirnya...

Malam sabtu hari tu aku dan mawar telah berpeluang mengikuti majlis sambutan hari raya plus moon cake festival anjuran persatuan penduduk taman bukit galena fasa 4. Majlis itu yang bermula pada pukul 7 petang diserikan oleh nyanyian karaoke lagu2 mandarin, tamil dan melayu, 1malaysia la katakan.

Aku dan mawar walaubagaimanapun pi lambat sikit iaitu dalam pukul 8 malam setelah siap solat maghrib. Buruk sungguh habit orang2 malaysia (tak leh sebut nama kaum nanti kata aku racist pulak). VIP tengah sibuk berucap di depan dia sibuk beratur panjang dan makan terlebih dahulu sambil bersembang2. Ada yang memotong barisan untuk mengambil makanan. Time gotong-royong denggi dulu aku rasa tak sampai 10 peratus kehadiran orang yang datang untuk majlis makan2 nih.

Ada yang lagi BODOH (atau PALING BODOH!!!) bawak pulak anjing peliharaan masuk majlis! Dah berpuluh tahun merdeka tak reti2 menghormati perasaan orang lain. Aku cukup marah bila nak bukak pagar rumah samada baru nak pi kerja atau balik kerja tiba2 berketul2 taik anjing bersepah depan pagar.
Nanti ada duit aku nak pasang CCTV, baru boleh report majlis perbandaran seremban atau bunuh saja anjing tu.

Saturday, September 4, 2010

Raya datang lagi!

Alhamdullilah, beberapa hari lagi raya la kita. Kelmarin merupakan hari terakhir persekolahan bagi N9. Budak2 pun tak ramai ke sekolah cuma ada di kalangan client yang tak mai sekolah sejak Isnin tiba2 datang pula pada hari Jumaat untuk claim duit raya sebelum balik sekolah dari cikgu. Hmmm, eksperimen klasik anjing Pavlov ternyata terbukti.
Datang hari last sekolah masa bulan posa = Dapat duit raya dari cikgu.

Dalam pada itu terasa kasihan pula kepada parent sesetengah murid OKU di N9 ini yang masih belum masuk elaun khas anaknya kerana berlaku keciciran peringkat pentadbiran kononnyalah yang saya dengar. Nampaknya terpaksalah parent dahulukan duit poket sendiri lagi untuk raya ni. Untuk makluman, elaun murid OKU masuk langsam bagi setahun. Kasihannya dah bulan 9 duit tak masuk lagi. Kalau parent kaya raya ada volvo 2 3 biji, rumah 2 3 biji, kerja bank yang dapat bonus 3 4 bulan gaji tak apalah tetapi bagi yang miskin, menoreh getah, buruh, kena VSS nampak gayanya tak berbaju raya barulah tambahan lagi ada yang baju, kasut, seluar sekolah dah reput dan berlubang. Harap2 hari baik bulan baik ni mana tahu Isnin esok ni duit elaun masuk dan boleh parent mengeluarkan duit elaun oku tu untuk membeli kelengkapan raya dan sekolah murid oku berkenaan.

Raya tahun saya dan isteri bersederhana saja. Baju baru ada la beli sepasang dua. Kuih raya buat sendiri saja. Pelita raya pakai pelita tahun lepas yang masih lagi elok cuma minyak diesel diisi bagi menggantikan minyak tanah. Mahal sungguh minyak tanah, satu liter RM4. Walaupun asap pembakaran minyak diesel hitam legam berjelaga ia tetap meriah.

Terima kasih kepada PM kita kerana memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500. Bolehlah kita manfaatkan sebaiknya bantuan tersebut.

Di sini saya dan isteri mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.

Monday, August 23, 2010

Tun Siti tak menyibuk

Petikan dari web Malaysiakini

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 10
12:17pm

Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi 'menteri tambahan'. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: "Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan".

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Benci pemimpin 'pasal bini dia'

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap 'busy body' bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.

Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin 'pasal bini dia'. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Wednesday, August 18, 2010

Kalau kerja cikgu agaknya berapa ratus tahun kerja baru boleh beli rumah ni...

--- On Wed, 8/18/10, iProperty.com Malaysia <newsletter@iproperty.com> wrote:

From: iProperty.com Malaysia <newsletter@iproperty.com>
Subject: <ADV>Vistamas – Bungalows at Cheras Hartamas
To: serikinda@yahoo.com
Date: Wednesday, August 18, 2010, 6:55 AM

Capital Land

This EDM is sent by iProperty.com Malaysia on behalf of Capital Land
If you can't see this message please use this link.

iProperty.com Malaysia | 45-6 The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur 59200, Malaysia
If you do not want to receive further communication from iProperty.com Malaysia, please click here to unsubscribe