Saturday, January 29, 2011

Mc Donalds

Dulu time aku mengaji di USM 1997-2002, Mc Donald merupakan salah satu destinasi yang aku pergi untuk aku reward diri aku bila selesai study dan exam. Aku paling suka order happy meal tapi ikut la jugak apa jenis hadiah dia untuk buat collection. Kalau nak kenyang baik makan nasik tetapi makan Mc Donald ni kira sesali-sekala saja la.
Di Mc Donald Sungai Dua tu juga menjadi tempat sebahagian daripada tempat untuk student USM studi (dating). Best apa, ada aircond dan agak sunyi pada waktu2 tertentu. Ada juga kalangan student USM yang buat part time kat situ. Ye la harap duit biasiswa atau pinjaman mana la nak cukup kena usaha lebih sikit. Ada member aku buat part time kerja pizza hut. Malam2 siap bawak balik sup cendawan atau kalau lebih best ada pizza lebih untuk makan dengan kawan2.
Mc Donald dulu tak ada bubur nasik, tak ada posperiti buger tapi la ni dah ada. Tapi harapnya tak akan offer burger daging burung unta yang aku makan rasa macam makan tanah kat Benteng, Melaka hari tu.
Mc Donald tak boleh makan hari2 nanti boleh obesiti, orang la kata. Ye la kira saja la berapa kalori air coke tu kalau nak tau. Sekali-sekala boleh la. Kalau di Seremban ni selalunya aku pi Mc Donald Dataran Senawang atau Jaya Jusco Seremban Dua. Paling tak best makan Mc Donald ada la sekali kat Senawang apabila roti burgernya tak bergoreng. Hampeh sungguh. Tapi takpa, air coke boleh tambah free bila habis macam makan Burger King dulu2.
Mc Donald juga ada tawarkan kemudahan wifi di premisnya tapi aku bukanla jenis yang suka duduk lama2 main internet kat tempat open, leceh orang asyik memandang apa kita bukak kat skrin tu. Kalau ada JAWS pulak mungkin nanti orang siap pasang telinga dengar apa kita baca. He he he...
Ada juga kenangan lucu makan Mc Donald ni, waktu tu di Mc Donald Giant dekat Taman Melawati tengah makan burger sambil baca buku tiba2 terlanggar air coke sendiri habih tumpah atas lantai terus aku lari. Nasib baik makan kat tempat terlindung sikit dari kaunternya.
Tahun lepas masa bulan posa aku dan mawar pergi Mc Donald PJ Town pukul 3 pagi pasai teringin nak makan Big Mac. Ha ha ha, nak makan time buka posa tak kuasa ahhh beratur ramai2.
I'm Lovin It!

Kalau aku brek dah tentu mamat tu mati

Malang tidak berbau tetapi mayat anda tidak begitu.

Jumaat, 14 Januari aku drive Wira aku ke Masjid Pasir Putih Batu 8 Labu. Kalau la masjid tu tak jauh aku naik motor saja. Tapi tu la kerana tak ada masjid nak semayang jumaat di area ni kena pi masjid yang jauhnya hampir 5 km dari rumah tu. Nak pi masjid dekat pasar besar seremban tu tak lagi tak kuasa kerana trafik yang sibuk waktu tengah hari.
Sampai saja kawasan masjid, aku memperlahankan kenderaan kerana belok ke kanan untuk parking. Sudah menjadi kelaziman di hari jumaat memang ramai jemaah di masjid ini dan jemaah parking penuh di kiri dan kanan jalan.
Kalau ikut cikgu sekolah memandu aku dulu sebelum membelok ke kanan kita kena jeling cermin pandang belakang. Sungguh mengejutkan apabila yang terlihat ialah ada objek yang meluru laju dari tengah belakang kereta aku.
Refleks yang terpantas ialah aku mengelak ke kiri supaya mamat motor tu dapat pergi ke kanan. Berdentum, tak lepas dan mamat beryamaha lc135 tu langgar sebelah kanan kereta aku. Jatuh berguling nasib baik tak jatuh parit atau kena langgar kenderaan lain.
Jemaah yang ada cepat2 menolong mamat tersebut. Tengok gaya muda lagi mungkin belum 20 tahun pun umurnya. Dengan baju t shirt putih dan seluar trek pun dia rushing nak balik rumah mandi dan pi semayang jumaat. Tengok macam tak ada kecederaan yang serius cuma duk pegang tapak tangan kanannya. Nak bawa ke hospital tak mau pulak.
Nak jadi cerita tengah sibuk2 tu muncul pulak makciknya yang tinggal di rumah berhampiran menengok eksiden dan kebetulan lagi berhenti pulak anak makcik tersebut dengan motor menolong mamat yang eksiden tu.
Setakat ini tak ada yang marah aku kerana kemalangan tu, jadi aku yakin memang aku tak salah kerana lampu (signal) aku dah bagi sebelum nak membelok dan kederasan mamat tu bawak motor di depan masjid pada hari jumaat yang mulia yang menyebabkan kemalangan tersebut. Gilalah bawak laju depan masjid. Yang bestnya makcik tu cakap, "Tak yah lah encik report polis. Kito settle kito kito yo lah."
Walaupun cedera eksiden mamat tersebut telah dihantar pulang oleh sepupunya. Tapi aku sempat ambik nombor telefon dan motor mamat tersebut. Aku pulak semayang jumaat dulu sebelum balik.
Sampai rumah, isteri aku memang terkejut habis la. Petang tu aku call budak tu untuk settle kemalangan, ye la dia yang langgar dia la kena bayar kan? Bila call kakaknya yang angkat, dah bawa pergi hospital. Aku bagi tempoh sejam untuk dia call balik. Aku try call punya call tak berangkat, takut la pulak, jangan jangan dah mati, habuan untuk penghuni bawah tanah.
Maka aku pun pi la report di Balai Polis Trafik Nilai.
Keta aku sekarang lepak kat bengkel. Nasib baik ada honda wave 125 yang setia dan gagah.
Oh ya, sampai hari ni tak tau la apa nasib mamat tu. Cuba la call dia kat nombor ni 019-6875474 (Fitri) atau kalau terserempak motorsikal yamaha lc135 putih plat NBH783 itu la orangnya kot. Mungkin dia bawa motor tak ada lesen atau lesen mati atau motor pinjam atau road tax motor mati atau dia sendiri dah mati (mana tau internal injury). Kalau setakat seribu nak repair keta aku tak kisah tapi kalau dah mati kepada keluarganya aku nak minta maaf (walaupun aku tak salah) kalau buat kenduri arwah panggil la aku datang rumah. Setakat pisang satu tandan aku boleh sedekahkan.

Merendah diri

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini aku terlibat dengan penulisan buku teks Kemahiran Asas Tahun Satu sebagai penulis dan penilai untuk buku Tahun Dua di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk merendah diri menyatakan bahawa aku sebenarnya bukanlah mahir sangat dan ingin memohon maaf di atas segala kekurangan. Secara kebetulan semasa kurikulum (dokumen standard) mula digubal aku telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya dengan beberapa rakan dari SMPK Setapak dan beberapa sekolah lagi dari seluruh negara. Kalau tak salah mesorat pertamanya di BPKurikulum, Putrajaya tahun 2008.

Dengan pengetahuan yang sangat sedikit tentang ICT untuk individu masalah penglihatan yang dipelajari daripada Cikgu Zakaria (besiwaja.blogspot.com), Kak Siti Nur Shuhada, Mr Lim Wah Heng, Cikgu Jais dan Cikgu Rizal Tan, aku cuba buat yang terbaik untuk murid2 masalah penglihatan. Mungkin part bahagian ICT yang aku buat dengan kawan2 ada kelemahan tapi Insya Allah ruang untuk penambahbaikkan akan sentiasa diusahakan.

Semenjak bertukar ke sekolah baru di bawah program ld sedikit demi sedikit kemahiran untuk p&p murid bermasalah penglihatan kian luntur. Aku cuma mengajar matematik dan pjk. Mula-mula rasa agak kecewa jugak kerana ada isi pelajaran yang diajar minggu ini akan dilupai pada hari esok atau paling lama pun satu bulan sahaja tidak seperti mengajar ICTL untuk murid buta yang boleh dilihat perkembangannya. Mana tak bangga, murid yang buta matanya dari tak kenal keyboard boleh buka komputer, tutup komputer, buka ms word siap boleh buat table dan paste picture. Oppp, part pakai internet kena tanya Cikgu Zakaria.

Jika ada program integrasi bermasalah penglihatan dibuka di sini (Seremban) mungkin boleh aku sertai. For the time being i just can wait.

Sebilangan manusia memang tak pernah ambil serius benda2 dalam kehidupan

Dalam kekalutan mengemaskini data Sistem Maklumat Murid (SMM) budak2 aku minggu ini tak sangka kau terjumpa satu borang murid yang agak aneh akan maklumat yang diisinya.
Daripada aku kecik sampai besar tak pernah terjumpa lagi ada orang yang hendak menjadi power rangers. Kat mana la nak apply jadi power rangers?
Bila dikongsikan dengan penyelaras dan kaunselor ppki nih ketawa besar diaorang. Tunjuk kat rakan2 setugas yang lain pun ketawa besar semuanya.
Agak malang rasanya apabila ibu bapa atau penjaga mengisi jawapan/maklumat sedemikian di dalam borang anaknya. Ia menggambarkan betapa rendahnya tahap pemikiran penjaga berkenaan.
Amat mustahil untuk anaknya mengisi sendiri borang tersebut kerana murid berkenaan sepatah haram tak tahu menulis. Untuk memikirkan abang atau kakaknya yang mengisikan maklumat tersebut juga mustahil kerana tiada maklumat anak2 yang lain diisikan. Ibu bapanya juga mempunyai pekerjaan yang baik dan ada nombor cukai pendapatan.
Dengan tugasan2 yang melambak sebagai cikgu, terima kasih kerana ada yang sudi menghiburkan aku.

Friday, January 14, 2011

Sibuk di kala buka sekolah

Wah, dah dua minggu kita sekolah. Agak sibuk sikit la dalam dua minggu ni. Jalan pun jam masa nak pi sekolah pagi2 pasai dalam dua minggu ni mak bapak rasanya masih menunggu anak di luar kelas kot hari2, tak nak anak nangis. Kali ni dengan penyelaras yang baru dah diberi kepercayaan untuk membuat jadual waktu kelas ppki pulak (dengan pertolongan dia la).

Aku tak pernah buat jadual waktu sebelum ni dan penyelaras yang berikan sistemnya, ASC Time Tables (demo version, dah siap generate salin balik dengan tangan). Orang lain buat jadual waktu pi kursus dulu atau ada manual rujukan, aku buat jadual waktu sambil buat jadual waktu sambil belajar. Walaupun susah pada mulanya tapi puas hati bila dapat hasilnya kerana tak ada lagi sampai 7 waktu sehari (bertentangan dengan pekeliling tu), tak dak sambung subjek sama dengan kelas yang sama pada waktu sebelum dan selepas rehat (matematik 1 masa sebelum rehat 1 masa selepas rehat) dan takdak 3 masa straight kelas dengan subjek sama. Gila aah tiga masa matematik straight, budak pun geleng kepala pening.

Susahnya buat jadual waktu sekolah aku ni ada satu cikgu tak nak mengajar kelas lain, dia nak duduk dalam kelas satu tu saja. Buka mini program pendidikan khas dalam program pendidikan khas. Ha ha ha, hujung tahun ni botak la kepala penyelaras aku tu.

Settle buat jadual waktu, sambung update sistem pendidikan khas dan sistem maklumat murid pulak. Huh, ramai tu nak update dekat 60 orang sekali budak baru. Majoriti penjaga memang bagi maklumat yang lengkap siap ada yang taip balik borang dengan komputer, print bagi kat sekolah. Tapi ada satu dua yang b*ng*ng tu isi borang tak lengkap dan paling koman borang tak pun bagi balik. Entah la, mungkin penjaga pun LD jugak kot?