Saturday, January 29, 2011

Sebilangan manusia memang tak pernah ambil serius benda2 dalam kehidupan

Dalam kekalutan mengemaskini data Sistem Maklumat Murid (SMM) budak2 aku minggu ini tak sangka kau terjumpa satu borang murid yang agak aneh akan maklumat yang diisinya.
Daripada aku kecik sampai besar tak pernah terjumpa lagi ada orang yang hendak menjadi power rangers. Kat mana la nak apply jadi power rangers?
Bila dikongsikan dengan penyelaras dan kaunselor ppki nih ketawa besar diaorang. Tunjuk kat rakan2 setugas yang lain pun ketawa besar semuanya.
Agak malang rasanya apabila ibu bapa atau penjaga mengisi jawapan/maklumat sedemikian di dalam borang anaknya. Ia menggambarkan betapa rendahnya tahap pemikiran penjaga berkenaan.
Amat mustahil untuk anaknya mengisi sendiri borang tersebut kerana murid berkenaan sepatah haram tak tahu menulis. Untuk memikirkan abang atau kakaknya yang mengisikan maklumat tersebut juga mustahil kerana tiada maklumat anak2 yang lain diisikan. Ibu bapanya juga mempunyai pekerjaan yang baik dan ada nombor cukai pendapatan.
Dengan tugasan2 yang melambak sebagai cikgu, terima kasih kerana ada yang sudi menghiburkan aku.

No comments:

Post a Comment