Saturday, January 29, 2011

Kalau aku brek dah tentu mamat tu mati

Malang tidak berbau tetapi mayat anda tidak begitu.

Jumaat, 14 Januari aku drive Wira aku ke Masjid Pasir Putih Batu 8 Labu. Kalau la masjid tu tak jauh aku naik motor saja. Tapi tu la kerana tak ada masjid nak semayang jumaat di area ni kena pi masjid yang jauhnya hampir 5 km dari rumah tu. Nak pi masjid dekat pasar besar seremban tu tak lagi tak kuasa kerana trafik yang sibuk waktu tengah hari.
Sampai saja kawasan masjid, aku memperlahankan kenderaan kerana belok ke kanan untuk parking. Sudah menjadi kelaziman di hari jumaat memang ramai jemaah di masjid ini dan jemaah parking penuh di kiri dan kanan jalan.
Kalau ikut cikgu sekolah memandu aku dulu sebelum membelok ke kanan kita kena jeling cermin pandang belakang. Sungguh mengejutkan apabila yang terlihat ialah ada objek yang meluru laju dari tengah belakang kereta aku.
Refleks yang terpantas ialah aku mengelak ke kiri supaya mamat motor tu dapat pergi ke kanan. Berdentum, tak lepas dan mamat beryamaha lc135 tu langgar sebelah kanan kereta aku. Jatuh berguling nasib baik tak jatuh parit atau kena langgar kenderaan lain.
Jemaah yang ada cepat2 menolong mamat tersebut. Tengok gaya muda lagi mungkin belum 20 tahun pun umurnya. Dengan baju t shirt putih dan seluar trek pun dia rushing nak balik rumah mandi dan pi semayang jumaat. Tengok macam tak ada kecederaan yang serius cuma duk pegang tapak tangan kanannya. Nak bawa ke hospital tak mau pulak.
Nak jadi cerita tengah sibuk2 tu muncul pulak makciknya yang tinggal di rumah berhampiran menengok eksiden dan kebetulan lagi berhenti pulak anak makcik tersebut dengan motor menolong mamat yang eksiden tu.
Setakat ini tak ada yang marah aku kerana kemalangan tu, jadi aku yakin memang aku tak salah kerana lampu (signal) aku dah bagi sebelum nak membelok dan kederasan mamat tu bawak motor di depan masjid pada hari jumaat yang mulia yang menyebabkan kemalangan tersebut. Gilalah bawak laju depan masjid. Yang bestnya makcik tu cakap, "Tak yah lah encik report polis. Kito settle kito kito yo lah."
Walaupun cedera eksiden mamat tersebut telah dihantar pulang oleh sepupunya. Tapi aku sempat ambik nombor telefon dan motor mamat tersebut. Aku pulak semayang jumaat dulu sebelum balik.
Sampai rumah, isteri aku memang terkejut habis la. Petang tu aku call budak tu untuk settle kemalangan, ye la dia yang langgar dia la kena bayar kan? Bila call kakaknya yang angkat, dah bawa pergi hospital. Aku bagi tempoh sejam untuk dia call balik. Aku try call punya call tak berangkat, takut la pulak, jangan jangan dah mati, habuan untuk penghuni bawah tanah.
Maka aku pun pi la report di Balai Polis Trafik Nilai.
Keta aku sekarang lepak kat bengkel. Nasib baik ada honda wave 125 yang setia dan gagah.
Oh ya, sampai hari ni tak tau la apa nasib mamat tu. Cuba la call dia kat nombor ni 019-6875474 (Fitri) atau kalau terserempak motorsikal yamaha lc135 putih plat NBH783 itu la orangnya kot. Mungkin dia bawa motor tak ada lesen atau lesen mati atau motor pinjam atau road tax motor mati atau dia sendiri dah mati (mana tau internal injury). Kalau setakat seribu nak repair keta aku tak kisah tapi kalau dah mati kepada keluarganya aku nak minta maaf (walaupun aku tak salah) kalau buat kenduri arwah panggil la aku datang rumah. Setakat pisang satu tandan aku boleh sedekahkan.

No comments:

Post a Comment