Monday, May 30, 2011

Sedih melihatkan ssess.bravehost.com

Dulu semasa perasmian pusat sumber smpk setapak, aku telah diminta menyediakan satu laman web untuk ditambah sebagai sebahagian daripada gimik perasmian pusat sumber.
Dengan penuh jerih payah aku membangunkan sebuah laman web maka terhasillah sebuah laman web beralamat di ssess.bravehost.com yang diturut dirasmikan oleh menteri pelajaran ketika itu iaitu dato seri hishamuddin tun hussein pada 9 ogos 2005.
Banyak info yang ditambah sedikit demi sedikit dengan menggunakan talian schoolnet yang selalu terganggu servicenya apabila modem lingkup disambar kilat.
Apabila melangkah pergi dari smpk, walaupun ada usaha aku untuk melatih seseorang untuk mengendalikan laman web tersebut nampaknya laman web tersebut telah tiada siapa lagi yang menguruskannya kini.
Tetapi aku akur dengan pelbagai lagi khidmat di internet yang lebih canggih seperti twitter, yahoo groups dan facebook tiada lagi tempat untuk web yang statik dan kering seperti ssess.bravehost.com.
Tetapi kenangan mempunyai laman web yang dibangunkan aku sendiri dan dirasmikan oleh menteri pelajaran aku terus aku ingati sampai bila2.

No comments:

Post a Comment