Saturday, April 21, 2012

Mesyuarat di pulau langkawi

Setelah kali terakhir datang ke langkawi kerana mesyuarat dengan bpkurikulum pada tahun 2009, aku datang lagi bermesyuarat dengan bpkurikulum mulai isnin 16 mac yang lalu. Time aku tulis blog ni jam dah 3.35 petang hari khamis dan aku sedang tunggu flight air asia aku yang bakal berlepas jam 4.30 petang nanti.

Waktu bertolak dari lcct petang isnin hari tu macam2 yang berlaku. Salah seorang member kami tak dapat naik flight kerana terlewat tiba. Waktu dia tiba para penumpang baru beratur nak naik flight dari dewan berlepas. Hairannya flight kami bertolak agak lambat jugak. Tak patut juga rasanya dia dihalang naik kerana para penumpang masih baru beratur untuk naik flight, belum tutup pintu lagi. Bagi air asia yang terlambat hari tu, pramugari bolehlah pulak sekadar mengumumkan, “kami meminta maaf di atas kelewatan penerbangan hari ini.”

Kebetulan hari tu member aku cikgu zakaria telah check in lebih awal dan duduk di gate perlepasan, di saf yang depan sekali. Bila nampak dia duduk sorang2 aku pun temankan dia. Dia tempah dan duduk seat 1a katanya. Aku pula dapat seat nombor 20 lebih, tak ada beza bagi aku duduk mana2, janji sampai. Bila masa para penumpang dipanggil beratur untuk naik flight kami didatangi oleh seorang pegawai perhubungan pelanggan air asia, dia bertanya kat aku, “encik ni kawan dia (cikgu zakaria) ka?” Aku jawab ya dan berkata kami duduk di kerusi berlainan. “Tak apalah encik, saya tukar seat encik kepada 1b supaya encik boleh duduk sebelah encik ni ya.”

Maka aku pun tolonglah bawa cikgu zakaria naik flight. Dah banyak kali naik flight ini la kali pertama naik flight duduk seat depan sekali. Masa nak berlepas dan landing sungguh segan nak pandang mata ke depan nanti dituduh nak mengorat pramugari2 yang duduk bertentangan menghadap kami. Member sebelah pulak mulut berkumat-kamit berdoa masa nak berlepas dan landing. Pak ya lain kali beli tiket seat row kedua.

Setibanya di langkawi kami berkongsi pula sewa van dengan cikgu suzana dan beberapa orang kawan lain.

Tiba hotel grand continental kami makan2 dulu sebelum check in bilik. Tentang benda2 dalam mesorat tak leh la cerita kat sini.

Aku shopping ceklat kat supermarket teoh seong huat kat hotel langkasuka sebelah tu saja. Beli la sikit untuk ‘rasuah’ cikgu2 yang merelief kelas aku tu.

Datang dengan lugage 10 kilo balik tambah 2 kilo saja. Rugi jugak tak pakai lagi 3 kilo tapi tak laratlah nak tanggung beg berat2.

Langkawi, nanti aku datang lagi dengan hanan dan mawar, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment