Monday, April 16, 2012

tak sesejuk dulu

Pagi Rabu baru ni sewaktu orang lain masih sibuk bergumpal di dalam selimut kerana cuti pertabalan kdymm spbydpa, aku dah bangun pagi2 lagi untuk pi sekolah, ada lawatan sambil belajar (shopping strawberi, bantal peluk strawberi, strawberi kering, kaktus, bunga canna lily,
bergambar kat ladang teh set shooting ombak rindu) opps, PEMBELAJARAN LUAR STESEN di cameron highland bersama dengan bebudak ppki aku.
Ha ha ha! Apa boleh buat, masa kertas kerja dibuat cuti pertabalan masih belum digazet lagi maka terpaksa la jugak mengikut perancangan yang terlebih dahulu. Kali ni selection untuk ke cameron highland lebih strict lagi. Yang 'kentut' (berak) dalam seluar tidak lagi dibawa dan ditinggalkan di sekolah. Yang 'mengandung' (muntah) pun kena tinggal kat sekolah. Ada la dua orang yang muntah, jadi dua orang itu mungkin akan dipangkah keluar daripada 'pembelajaran luar stesen' di masa akan datang.
Kami berjalan tepat jam 8.00 pagi, tidak lagi teraniaya seperti tahun lepas menunggu bas yang tak kunjung tiba. Sarapan pagi tajaan mc donald iaitu hash brown, sosej mc muffin, kopi dan masa balik khamis ada tajaan daripada kfc pula iatu ayam goreng 2 ketul. Terima kasih
dari kami naa.
Hari pertama kami melawat mardi dan tempat teh bharat plantation, set di mana aaron aziz minum teh dengan tunangnya dalam ombak rindu. Sibuk sungguh cikgu yang menjaga murid2 satu group tu mengambil gambar murid jagaannya untuk ditunjuk sebagai bukti anaknya melawat cameron highland. Kah, kah, kah! Parent pun kekadang pun pelik2 jugak. Ada yang satu tu masa kami dah sampai di sekolah dah la datang collect anak lambat, ucap terima kasih kat cikgu yang menunggu anaknya pun tidak. Elok la, tahun depan anaknya pun dah graduate, tak yah bawak pi jalan2 lagi.
Malam tu kami tidur di apartment brij inn di tanah rata. Nasib baik bawak kipas dari rumah, jarang ada kipas di hotel atau apartment di sini. Bukan nak sejuk tetapi rimas udara tak bergerak dan badan tak kering lepas mandi. Lantai jugak lecah bila budak2 keluar masuk bilik
air.
Dulu pengalaman pertama mai sini bersama bebudak buta sakit bahu seminggu bila bawa budak berjalan jadi keretapi panjang (bawa budak dalam rantaian panjang). Time tu tak ada pendedahan orientasi mobiliti iaitu yang mengikut patutnya pegang di lengan bukannya letak tangan atas bahu.
Bawa bebudak ld ni lain sikit tapi pasai bawa bebudak yang ok jadi tak banyak masalah, cuma malam tu cikgu roslan dekat pukui 2 pagi baru lena pasai bebudak bersembang. Pukui 3.30 pagi aku pulak terjaga dan marah bebudak yang bukak lampu dan masih bersembang. Lepas kena amaran keras baru la bebudak lena tapi aku pulak tak leh lena sampai cerah.
Pagi khamis kami berjalan ke strawberry farm, s corner, kea farm dan tempat set aaron aziz minum teh dengan tunangnya sekali lagi (kelmarin ada cikgu kata tak sempat bergambar kat situ katanya). Masa datang ikut simpang pulai dan masa balik kami ikut tapah. Sampai
sekolah lebih kurang jam 6 petang.
Dari segi tahap kesejukkan, rasanya dah tak sesejuk aku datang tahun 2005 dulu walaupun time aku datang kali ni hujan lebat turun petang rabu tu. Pembangunan tempat penginapan dah merata-rata.

No comments:

Post a Comment