Kononnya kecoh 3-4 hari ni apabila sekumpulan mahasiswa berdemonstrasi di dataran merdeka kerana nak menuntut pendidikan tinggi percuma. Tentang dipengaruhi mana2 parti politik tak nak la aku campur kerana sebagai penjawat awam kena bersifat berkecuali dan menyokong mana2 kerajaan yang memerintah.
Aku dulu mengaji U pun berhutang juga. Batch terakhir yang mendapat pinjaman boleh ubah JPA. Kalau dapat kepujian kelas satu pinjaman ditukar kepada biasiswa. Kalau kelas dua ke bawah boleh dapat diskaun bayaran balik dan kalau extend pengajian macam aku kena la bayar penuh.
Aku kira nasib baik juga walaupun kena bayar balik penuh bayaran (dekat rm15000) tetapi bayar sikit2 bulan2 sebanyak rm200 dan tidak dikenakan bunga cuma kena servis cas rm2 tiap2 kali bayar di pejabat pos.
Aku mula bayar pinjaman bila mula2 dapat elaun belajar kpli dulu. Bayar sikit2 sampai la habih tahun lepas. Orang yang berniat nak bayar hutang Insya Allah akan dimudahkan urusannya.
Bila ada pihak nak meminta agar ada pendidikan percuma untuk pengajian peringkat tinggi aku pikir ada pro dan kontranya. Sememangnya pengajian peringkat universiti memerlukan belanja yang tinggi zaman sekarang. Antaranya ialah untuk mengisi prepaid telefon untuk telefon girlfriend. Kah, kah, kah melawak saja. Tidak dinafikan bagi aku yang mengikuti kursus sains komputer dulu kita memerlukan duit untuk membeli komputer dan printer. Tentang software maaf cakap, terpaksa pakai yang pirate (tak boleh tulih nama os dan lain2 nya, nanti kena saman pulak).
Time tu komputer tak la semurah sekarang. Bila ada komputer kawan2 pun tumpang pakai sama nak buat assignment dan tak kurang jugak nak tumpang main game, tengok vcd (macam2 cerita), print gambaq girlfriend dan dengaq lagu cinta luka, “kau terluka, aku keciwa.”
Selain beli komputer kena juga beli buku, tak ada yang harga 2-3 ringgit macam buku mewarna kanak2 tadika tu, paling murah pun 50-60 ringgit yang backpaper edition (kertas paling koman) dan ada subjek tu pulak tiap2 sem kena beli buku yang edisi baru. Pensyarah ada dapat duit kopi dari penerbit pasai suruh student beli buku tu tak berani la aku tuduh kat sini.
Tentang makan ada aku baca dalam paper tu student masak maggi makan hari2. Sarapan, makan tengah hari, makan malam dan makan tengah malam. Ada member aku beli nasi tengah hari, makan setengah pada waktu tengah hari dan petang nanti makan bakinya. Ada yang lagi kesian kawan2 beli makan, kawan2 tinggal nasi sorang sikit maka itulah yang dia makan, alah macam iklan budak india makan nasi goreng yang kawan2 dia letak nasi sorang satu sudu tu.
Aku pulak Alhamdulillah makan cukup walaupun banyak tanggungan arwah abah waktu tu. Aku makan selalunya aku branch terus waktu pagi, makan lagi waktu petang. Tengah malam ada la biskut atau mee segera tapi tak makan selalu. Duit poket rm50 seminggu abah kirim bsn tiap2 minggu.
Aku juga berpeluang pakai moto masa ngaji walaupun hanya c70. Dengan c70 tu la aku pusing2 kampus dari dewan kuliah ke dewan kuliah, library, school. Moto tu jimat minyak pasai enjinnya kecik, bukan nak racing dalam kampus tu. Ada member dapat duit pinjaman terus beli moto sports, lepas tu mula la makan maggi hari2 nak bela moto.
Tapi semua kesusahan tu termasuk kesusahan bila mengaji balik jadi oku kerana eksiden, mengajar aku menghargai setiap sen yang aku dapat dan belanjakan masa mengaji U dulu.
Jadi isunya adakah dengan memberi pendidikan tinggi percuma untuk semua akan memotivasi siswazah kita lebih cemerlang? Ramai kawan2 aku yang kandas semasa mengaji. Banyak yang berpunca kerana tak mengaji bersungguh2 dan main2 waktu mengaji walaupun tahu semasa belajar U tiada yang percuma lagi seperti di sekolah.
Mentaliti itu nak percuma dan ini nak percuma dah membarah dalam masyarakat kita pada pendapat aku. Tengok saja kat sekolah sudahlah. Buku teks yang dapat percuma tu selalu kena tinggal dan hilang. Tinggal di rumah kerana budak malas bawak buku atau tinggal dalam meja waktu balik. Hujung tahun bila nak kumpul balik dah cacat sana sini dan berconteng. Aku dulu kerana slip gaji abah duit nampak lebih sikit saja kena reject waktu nak pohon pinjaman spbt. Kena buat rayuan baru dapat. Bila masuk mrsm tak dak spbt dah, kena la keluarkan duit sendiri beli buku teks.
Kepada adik2, seharusnya masa tidak dibuang begitu saja duduk di tengah2 dataran merdeka menuntut benda yang bukan2 dan sia2.
No comments:
Post a Comment