Friday, June 8, 2012
Canon EOS 600D dan kami
Iklan di tv yang menunjukkan dua orang mat salleh mengejar seekor feret untuk merakam gambarnya benar2 menarik perhatian aku untuk memiliki sebuah kamera yang yang baru.Yang paling menonjol ialah kamera dslr canon eos 600d dalam iklan tersebut. Arwah abah mempunyai minat yang sama ketika hidupnya dan memiliki sebuah kamera slr jenama chinon (ada aku simpan, mana tau nanti laku jadi barang antik beberapa puluh tahun akan datang, ha ha ha!) maka tak heranlah aku pun minat bidang fotografi jugak.
Maka setelah terbantut untuk membelinya sebagai hadiah harijadi mawar pada bulan 4 yang lalu kerana terpaksa bayar cukai pendapatan (gila kau, kena rm1500 tak bayar kena penalti pulak lagi naya) maka dengan kenaikkan gaji kakitangan awam telah membolehkan impian memiliki kamera yang tidak menyebabkan imej subjek yang dirakamnya tidak menjadi lebih gelap harus dimiliki. Ha ha ha!
Dengan membayar TUNAI sejumlah wang untuk memiliki kamera tersebut di tesco senawang ternyata alternatif lain iaitu canon yuna (1100D) dan 500D tidak menarik perhatian sementelah lagi canon yuna megapikselnya rendah manakala 500D pulak berat nak tanggung ke sana sini.
Ini bukan pengalaman pertama aku guna dslr. Masa di smpk setapak dulu aku pernah mengusung yang jenamanya aku tak ingat iaitu sekolah punya. Sungguh berat hingga terpaksa beli kamera kompak sendiri iaitu Olympus untuk buat kerja2 dokumentasi sekolah. Kat sini ada kawan2 aku kata tu 'kerja hina', sungguh kurang asam. Paling aku tak lupa kena buat rakaman minggu kerjaya peringkat kl. Aku nak ambik gambar untuk dokumentasi pun kena halau keluar dari bilik makmal.
Sejak Olympus jatuh ke tanah dan tak dapat digunakan lagi, kalau kena buat dokumentasi aku pakai Benq yang mawar punya. Kadang2 kamera telefon pun jadi. Alah, kalau takat nak tunjuk bumbung ppki bocor pakai kamera apa pun akan nampak meja cikgu2nya yang basah kena air yang turun dari siling.
Setelah ada kamera baru la semangat nak berjalan2 cuti sekolah ni. Minggu pertama balik pendang. Pergi padang besar cari baju baru. Balik alor belat melawat mak saudara dan sepupu. On the way balik singgah tidur semalam di cameron highland.
Gambar2 yang aku upload kat sini dah dikecikkan dari saiz asalnya iaitu 5.5 mb dengan menggunakan ms paint. Nak upload saiz asal kena la tunggu kerajaan bagi pengecualian cukai broadband rm1200 setahun, baru la boleh pakai internet dengan kuota lebih besar. Ha ha ha!
Berhenti di R&R Gurun, nasib baik ada tripod. Dulu2 tong sampah pun pernah jadi tripod.
Hanan diriba pak su asri. Pak su asri merupakan merupakan wireman terbilang alor belat. Kat rumah ni jenazah abah dimandikan raya keempat tahun lepas. Sob, sob sob...
Sedar2 dah nak timang cucu kelima tuk tahun ni. Harijadi tuk disambut awal tahun ni di pendang.
Kami rindu kat abah. Nampak tak butiran ayaq pun boleh ditangkap kamera ni. Gambar ni dirakam di masjid lahar budi. Untung sungguh abah, kubur dia sebelah dengan tuk dan wan.
Iklan payung. Ha ha ha! Dirakam tepi bendang dekat masjid lahar budi. Belakang tu gunung jerai.
Dalam perjalanan ke cameron highland. Berenti makan kek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment