Saturday, June 16, 2012
Hutang bukan untuk dibawa mati
Sewaktu balik ke pendang masa cuti pertengahan penggal yang lalu ada satu pagi tu aku pi beli breakfast sorang2. Ada satu gerai yang bertulis “nasi lemak highway” yang lokasinya berhampiran dengan exit lebuhraya pendang. Kata orang sedap nasi lemaknya, jadi aku pun pi lah nak beli pagi tu.
Sewaktu beli nasi lemak tu waktu kira dah sayup dah, nasi lemak pun dah tak banyak dan kuih-muih pun ada la sikit2 lagi. Kira makcik yang nak meniaga tu kira nak tutup gerai dah la tu, sedap kot nasi lemak dia maka habih awai nasik lemak dan kuih2 dia. Makcik gerai tu rasanya umur dah dekat 60 dah kot.
Jadi aku pun ambik la nasik lemak beberapa bungkus dan kuih untuk dimasukkan ke dalam plastik. Tengah2 duk masukkan kuih terjatuh la sebiji kuih ke tanah. Aku kemudian bagitau la makcik tu aku akan bayar harga kuih yang jatuh tu. Tau makcik tu kata apa? “Tak payah la chek bayaq, yang tu bukan rezeki kita.”
Walau pun aku bertegas nak bayaq, makcik tu tetap tak mahu. Bila aku dah bayaq duit dan start drive kereta maka aku pun berfikir sendirian, makcik jual nasi lemak tepi jalan yang berpendidikan dan berpendapatan tak seberapa boleh redha dan sedar dengan apa yang hak dan bukan haknya.
Cerita di atas aku bawa bagi memperingatkan kepada mereka yang mewarisi harta si mati bahawa apa yang kita warisi tu bukan hak kita sepenuhnya (ni bukan rujuk kat sapa2 secara khusus). Ada hak2 si mati yang perlu kita tunaikan seperti membayar balik hutang2 si mati. Walaupun selepas bayar balik hutang mungkin kita tak ada apa2 lagi di tangan itu lebih baik untuk si mati. Malah kalau tak cukup harta peninggalan untuk bayar hutang, waris2 si mati harus cuba untuk menyelesaikan hutang si mati.
Ada saudara kami yang marah bila kami membayar balik hutang kepada kawan arwah abah kami. “Buat apa bayar, orang tu kan dah halalkan hutang.” Nilai yang dihalalkan bukan kecil, mungkin orang tersebut telah menghimpun lama duit tu dengan hajat nak pi haji ka, beli tanah ka, beli kereta baru ka atau apa saja yang menjadi niat orang tersebut mengumpul duit. Maka dengan harta peninggalan haruslah dibayar balik macam cerita bayar balik duit pinjaman ptptn tu (rujuk entri blog sebelum ini).
Aku siang tadi telah melangsaikan hutang arwah abah yang tertunggak sekian lama yang rasanya aku sorang saja ingat sejak abah meninggal. Hutang beli komputer berbelas tahun yang lalu. Bila ditanya kepada orang yang berhutang tu dia sendiri dah lupa akan hutang tersebut. Nasib baik dia ada simpan rekod. Maka terbayarlah hutang tersebut dengan menggunakan bahagian duit insuran nyawa abah namakan untuk aku. Nasib baik orang yang bagi hutang tu tak kenakan bunga, kalau tidak entah berapa ribu nak bayar.
Kepada yang berhutang bayarlah seberapa yang mampu. Jangan lari dari hutang, kesian kat orang yang kita pinjam tu. Jangan jadi macam cerita do re mi, tipu mati untuk dapatkan duit untuk bayar hutang. Aku sampai sekarang tak tau sapa yang mati dulu, do atau minah? Ha ha ha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment