Saturday, June 16, 2012

Makcik Lina berhijrah ke Riyadh


Pada isnin 11 jun baru ni, aku dan mawar menghantar makcik hanan ke klia. Crk kedua tahun ini digunakan untuk hari tersebut. Asalnya flight ke sana dirancang pada 1 jun (time cuti sekolah) tetapi kerana beberapa aspek teknikal yang tidak dapat dielakkan maka penerbangan ditunda ke 11 jun.
Lina yang sebelum ini terikat dengan kontrak biasiswa diploma jururawatnya bersama petronas telah berkhidmat di petronas medical center kl sehingga pertengahan tahun ini. Ada tawaran lebih awal termasuk dari angkatan tentera us untuk berkhidmat di timur tengah tetapi terpaksa ditolak bagi mengelakkan saman akibat menamatkan kontrak perkhidmatan lebih awal dengan petronas.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Difahamkan gaji yang ditawarkan ialah 4 kali ganda berbanding gaji sekarang dan kontrak perkhidmatan selama setahun. Kiranya nak posa tahun depan balik la ke sini.
Berhijrah la dik. Lebih baik hujan emas di negeri orang dari dihujani batu di tempat sendiri. Kami doakan semuanya selamat.



No comments:

Post a Comment