Bagi sebilangan besar mereka (penjawat awam) yang telah mengisi e-filing untuk pemakluman cukai bagi tahun 2013 mungkin telah mendapat kembali tuntutan wang potongan cukai bulanan ansuran bulanan mereka. Tidak kurang juga yang saya percaya tidak membuat pengisian e-filing berkenaan selaras dengan pengumuman bajet 2014 tahun lalu iaitu sesiapa yang berpuas hati dengan bayaran cukai yang dikenakan.
Pada akhir tahun lepas selaras dengan kesedaran menunaikan salah satu Rukun Islam dengan lebih mudah iaitu menunaikan zakat, saya dan isteri telah membuat bayaran zakat secara tunai bagi tahun kewangan 2013 di salah sebuah cawangan Pusat Pungutan Zakat Negeri Sembilan (PPZNS). Kami juga mengambil kesempatan meminta PPZNS memotong secara bulanan zakat pendapatan kami mulai tahun 2014 yang kemudiannya telah pun mulai dipotong sejak bulan Mac 2014 kerana seperti yang kita maklum proses perubahan pada slip gaji dibuat setiap tiga bulan.
Dengan pemotongan secara automatik pada slip gaji maka akan berkuranganlah juga pembayaran cukai berjadual (PCB) pada slip gaji kerana potongan zakat akan mendapat pelepasan cukai. Sebagai contoh kalau PCB kita RM150 tiap2 bulan dan potongan zakat juga RM150, maka LHDN takkan dapatlah duit kita. Bagi saya yang PCB RM180 (uiii banyak tu, baru naik bulan tiga hari tu ikut kadar gaji tahun 2014) dan potongan automatik zakat RM120 (kadar gaji bulanan tahun 2013), LHDN hanya dapat RM60 duit saya. Namun, hujung tahun ni kena pergi lagi ke PPZNS untuk membuat pelarasan pembayaran zakat 2014 (bayar zakat ikut penambahan gaji tahun 2014) serta membuat makluman penambahan pemotongan automatik zakat untuk tahun hadapan pula (2015). Kalau ada rezeki dapat kalendar 2015 macam dapat kalendar 2014 masa pergi bayar zakat tahun 2013 hari tu. Kalau nak tahu, selain kalender 2013 saya dan isteri turut menerima kad Zakad iaitu suatu kemudahan kad diskaun untuk pembelian di kedai-kedai peniaga yang menyertai program kad Zakad tersebut di bawah kendalian PPZNS. Antara peniaga yang terlibat ialah bengkel, kedai andaman, klinik, restoren dan yang saya dah guna beberapa kali ialah di Marrybrown cawangan Center Point (restoren makanan segera). Kalau beli lebih RM10 dapat la diskaun 10 peratus, ok la tu.
Berbalik kepada e-filing pula, isi punya isi untuk tahun 2013 akhirnya LHDN perlu bayar balik semua PCB saya yang telah dipotong secara bulanan pada tahun 2013. Waktu isi memang jujur, tak berani menipu kerana memang pernah saya dengar ada orang kena penalti kerana menipu. Antara yang saya claim pelepasan ialah rawatan ibu bapa, OKU (RM3000 kalau tak silap), insuran hayat dan bayaran zakat. Itu saja. Untuk pembelian buku, anak (Hanan) dan yang lain-lain semua saya bagi kepada isteri.
Selesai isi saya pun submit (akhir Mac 2014). Dua minggu kemudian duit pun dapat. Bukan main cepat. Tetapi jangan seronok dulu kawan, pertengahan Mei tiba2 datang satu surat dari LHDN yang menyatakan mereka ingin membuat semakan khas. Dalam surat tu LHDN minta kita mengemukakan semua resit/dokumen sokongan pelepasan yang saya tuntut. Senang bah itu, kerana semua dokumen memang ada dalam simpanan dan dah diposkan. Cuma satu nak tanya, belanja pos untuk mengemukakan semua resit/dokumen sokongan pelepasan tu boleh tuntut untuk pelepasan cukai 2014 tak masa isi e-filing tahun depan? He, he, he!
Screen capture 3 Jun 2014 Utusan Online bertajuk "LHDN arah majikan potong gaji." Harap2 majikan bijak buat potongan.