Tuesday, December 20, 2016

Makan Siput Buluh Di Bagan Lalang

Hari ni pada 27 November 2016, kami telah ke Pantai Bagan Lalang. Nak berjumpa dengan Irfan yang nak main pasir di situ :) . Semasa bermain pasir kebetulan berjumpa pula dengan keluarga Auni (Along Anuar dan Along Lina). Aku tak ada la main pasir atau mandi laut, cuma celup2 kaki meneman bebudak main.
Malamnya kami makan seafood di salah sebuah restoren yang berhampiran. Meraikan hari lahir nenek. Kek harijadi tak ada, takut cair sebelum sempat makan.

 Irfan dan Hanan bermain air (dan pasir).

 Hanim dan baldi kecilnya sedia untuk bermain pasir.

Monday, December 19, 2016

MARESMART 406/1995 506/1996

Pada satu peringkat kehidupan aku dulu aku pernah bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA, Taiping. Ia merupakan satu peringkat kehidupan yang mencabar. Di kelilingi oleh ramai cerdik -pandai dengan bermacam peel serta berbagai latar belakang.
Setelah tamat SPM, tak ramai yang aku jumpa kembali. Kalau jumpa pun mungkin ada yang buat2 tak kenal (tapi bukan classmate aku la). Awal cuti sekolah baru ini satu mini reunion telah diusahakan oleh beberapa rakan sekelas aku di sebuah kedai cupcake di IOI Mall Putrajaya. Wah, dah macam2 ditempuhi kami semua dalam tempoh 20 tahun ni. Ada yang jadi doktor (doktor perubatan ada, doktor phd pun ada), jurutera di pelantar minyak, PTD, pemilik syarikat minyak dan gas, jurutera Apple di US (jadi aku tak heran dah kome pakai handphone, laptop Apple tu, kawan aku yang design tuh!!!) dan cikgu (aku la tu).
Satu reunion yang lebih proper sedang dirancang. Insya Allah akan dilaksanakan nanti.

 Dari kiri duduk errr tak payah bagitau la. Biar kami2 saja yang tau.

Hanan dan robot kawalannya. Oh, mana nak beli satu ni? Boleh pusing2 taman tiap2 petang.

Monday, November 21, 2016

Jangan lupa bawa cetakan slip gaji kalau pi berjalan!!!

Seperti biasa bila ada cuti yang panjang sikit ada la peluang nak bercuti di hotel pada hari biasa. Jangan mimpi la nak bermalam pada hari cuti umum serta Sabtu, Ahad. Manusia ramai datang dari mana pun tak tau.
Destinasi pilihan pada kali ini ialah Hotel Thistle, Port Dickson pada hari Isnin cuti panjang Deepavali yang lalu. Check in tengah hari Isnin, check out tengah hari Selasa. Tak ada tempah2, main datang saja. Mula2 masa Mawar pi di kaunter, petugas tu cakap RM400 lebih. Kemudian baru saja dia nak patah balik ke kereta, petugas tu cakap lagi kalau akak kerja gomen boleh dapat diskaun RM300 lebih. Slip gaji yang nak dijadikan bukti kerja gomen boleh print di sini.
Wah, bagus la servis kat Hotel Thistle ni siap boleh print slip gaji buat bukti. Bukan macam satu hotel di Melaka tu, kena buat tempahan berminggu-minggu sebelum datang. Ini walk-in terus boleh guna.
Oleh kerana datang sebelum masa check-in iaitu pukul 2.00 petang, maka dari jam 12 lebih tu sampai la ke masa nak check-in, kami habihkan masa di pantai dan kolam hotel. Pantai Hotel Thistle ni private maka tak ada la heboh dengan orang2 luar. Cuma yang tak berapa berkenan ialah ada warung todi (arak) di pantai dan kolam hotel.
Di hotel ni ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Ada spa (tak ada aku pi cari pasal di situ), jin errr gimnasium, padang golf, arked game, karaoke, bilik LEGO dan pelbagai lagi permainan out door.
Breakfast pun boleh tahan, memang pelbagai pilihan makanan pelbagai kebudayaan Malaysia ada untuk dirasa. Sayangnya bila dah berusia ni tak daya dah nak makan banyak2 seperti dulu.
Cakap banyak tak guna, tengok la gambar2 di bawah.

 Main pasir aktiviti wajib di pantai.

 Anak dara ni tak boleh lepa, berani lari ke gigi air sorang2.

 Umi turut join main pasir.

 Ada orang dah tak sabar nak bawa itik ke air.

 Meniup buih sabun.

 Jam sekarang 1.00 tengah hari. Habih kena sunburn ni.

 Makan aiskrim untuk menyejukkan badan.

 Dah sampai ke kolam.

 Bukan dilarang makan di kolam ka?

 Pemandangan dari beranda bilik penginapan.

 Dah pengsan dua2 orang.

 Masih lagi makan bekal yang dibawa dari rumah.

 Ni gimnasiumnya. Rugi tak bawa kasut sukan.

 Ni padang golfnya. Tertinggal pula beg golf kat rumah.

 Di hadapan hotel. Nampak tu Grand Livina putih parking tempat OKU tu? Den punya la tu.

 Bagi Hanan ini la LEGO Landnya.

Breakfastnya mewah.

Lain kali boleh datang lagi kat sini cuma jangan lupa bawa cetakan slip gaji.

Mini Konsert Little Caliph Senawang

Pada pagi hari Sabtu cuti Deepavali, bertempat di Dewan Theatrette (betui ka eja?) Wisma Negeri, Seremban telah berlangsung Mini Konsert Little Caliph Senawang dengan joint venture beberapa lagi Little Caliph. Tahun ni Hanan hanya turut serta dalam mini konsert saja, tahun depan baru ihtifal (graduasi).
Wah, heboh nak konsert kali ni. Jubah siap tempah. Nasib baik la makcik tu nak buat. Ketayap beli di KM Plaza. Asal bahagia keh keh keh!

 Hanan buat peace!

 Yang ni pun bakal masuk Little Caliph juga nanti Insya Allah.

 Makan roti sambil tunggu giliran persembahan.

 Tak boleh pi mana. Hanan nangis nak ikut.

 Ooo, ini rupanya persembahannya.

 Hanan duduk hujung kanan sekali di atas pentas.

 Abah curi snap gambar kelas Hanan.

Habih juga akhirnya.

Shell Out Omak Den & Rambut Baru Hanan

Malam tu kami berempat ke Shell Out Omak Den yang mana lokasinya berhampiran dengan Hospital Salam, Senawang. Senang saja nak cari. Masa sampai trafik light dari Senawang, masuk kanan. Jumpa trafik light berikutnya, jangan belok ke kiri ke Kipmart tetapi belok ke kanan. Jalan terus je nampaknya la signboard besar Shell Out Omak Den tu. Oh, sebelum saya terlupa, datang selepas jam 6.00 petang. Kalau datang awal lagi kedai belum buka.
Bagi yang tak pernah makan shell out ni, konsepnya senangnya saja. Makanan laut seperti ketam, udang, kerang, sedikit sayur-sayuran dimasak ala paprik dan dihidang atas kertas mahjung. Lepas tu bagi tiap-tiap orang akan dapat semangkuk nasi, pun dituangkan atas kertas mahjung.
Makan kat sini kira best la tapi slack sikit kerana dua benda. Pertama, tak ada sudu dan garfu untuk pelanggan.Untuk makluman tuan kedai, ada pelanggan yang memang makan menggunakan sudu dan garfu atas pelbagai alasan salah satunya mungkin alergik pada tangan makanan hasil laut. Kedua, bilangan pilihan air yang terhad. Tak dapat nak minum milo ais malam tu. Hmmm...

 Yum, yum, yum!

 Kenyang susu jadi tak berapa nak makan.

 Hanan yang ambik gambar ni.

 Sedap!

 Apa la gambar yang dirakam Hanan.

 Batman Begins.

Bagi yang dah cuba Shell Out Omak Den, apa kata cuba makan di Shell Out Medan Selera Taman Sri Mawar, Senawang pula. Kalau turun saja dari Lebuh Raya PLUS Senawang, jalan terus saja lepas tiga kali traffic light akan nampak satu medan makan sebelah kiri. Tapi yang ini pun beroperasi selepas jam 6.00 petang juga.
Advantage yang kat sini berbanding yang di Omak Den ialah pilihan air lebih banyak, ada sudu dan garfu, akak gerai tu lebih peramah dan paling best sekali ada tambahan udang butter serta boleh order makanan lain seperti spagetti, sayur campur. Nyam, nyam! 
Kalau yang ikut join makan sekali tak nak makan shell out, ada alternatif untuk order makanan lain di gerai-gerai bersebelahan. Rugi kalau tak cuba. Soto dan laksa di gerai sebelahnya pun boleh tahan best. 

Pada keesokkan harinya tibalah masanya untuk memotong rambut Hanan. Nak potong rambut di rumah kedai berdekatan rumah kami, tuan kedai pi entah ke mana. Berkeretalah ke Pekan Labu. Ada satu kedai gunting dibuka. Maka kali ni potonglah pisau nombor dua.

Tak takut lagi digunting rambut.
 
 Rilek je gunting rambut. Dulu nak potong puas kena pujuk dengan beli jajan, air milo kotak.

Di AEON Seremban 2 dengan rambut baru. 

Monday, November 7, 2016

Lampu Eco Idling Honda PCX Tak Menyala

Dalam minggu lepas semasa aku dalam perjalanan nak ke sekolah tiba-tiba lampu Eco Idling PCX aku (yang bersimbol A hijau tu) tak menyala. Puas juga duk main buka tutup buka tutup suis tu. Bila diaktifkan lampu A tu akan aktif sekejap beberapa saat tetapi lepas tu padam.

Jadi apabila berhenti di lampu isyarat kerana tak boleh diaktifkan maka enjin pun tak ada la mati seperti biasa. Bila buka di suatu forum di internet tahu la aku itu tanda baterinya dah nak king kong (habis).
Selain dari tak boleh pakai Eco Idling, bila tekan alarm, lampu kelip2 signal kuning tu menyala tetapi bunyi tit! tit! tak ada.

Aku ada pergi ke ke Kedai Maxima kat Senawang tempat aku beli PCX untuk sahkan status bateri yang hampir king kong tu, mekanik tu cakap, "Abang pakai dulu la ini skuter. Itu Eco Idling jangan pakai dulu. Nanti mau servis tukar sekali."

Bagi hangpa yang nak tau harga bateri tu, kat Kedai Maxima ni RM137 sekali upah dan gst. Aku ingat nak buka sendiri saja nanti lepas tu pi cari kat kedai spare part.

Selagi jalan kita pakai je dulu. Skuter ni 5000 km pun belum...

Friday, October 7, 2016

Transportation

Semasa cuti tiga hari sempena Maal Hijrah baru2 ini kami berempat menaiki komuter KTM bertiket 2 hala dari Stesen Senawang ke Stesen Seremban. Aih dekat saja? Hanan sibuk menyebut nak naik tren yang diajar cikgunya di Tadika Little Caliph.
Ada juga disebut nak naik kereta kabel. Tapi kereta kabel ada dua saja yang aku tau di Malaysia ni, satu di Genting dan satu lagi di Gunung Mat Cincang. Tak tau yang mana satu nak naik dalam tahun ini. Ada satu jemputan reunion oleh Mantra Five (group MRSM Taiping Batch tahun 1995) di Awana Genting dan satu lagi rombongan Cik Kiah ke Langkawi. Dua2 tu merupakan lokasi yang ada kereta kabel. Dua2 di hujung tahun ini. Fikir2 dulu...
Berbalik kepada Stesen Komuter Senawang, ada dua jalan masuk ke tempat tu. Satu ialah di antara kedai kereta Toyota dan Nissan manakala satu lagi ialah di tepi Kedai Tayar Dunlop Senawang yang menjadi sebutan lawak saduran MBB berkaitan gula seperti link di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=AiM4IsB4800 


Setelah siap parking kereta (ada banyak tetapi hari kerja tak tau la macam mana, ini pergi hari Sabtu), kami pun ke kaunter tiket. Ada dua pilihan, sama ada ke Stesen Sungai Gadut atau ke Stesen Seremban. Petugas tiket siap menerangkan kalau ke Sungai Gadut tak ada apa2 dan lama pula nak menunggu tren kembali ke Senawang. Jadi baik naik ke Seremban, kalau terlepas tren berikutnya ada Seremban Prima untuk dilawati.

Semasa menaiki tren seperti yang dijangka, kedua2 putera dan puteri kami suka sungguh melihat pemandangan di luar. Penumpang pula tak ramai, jadi boleh kedua2 mereka bergerak bebas. Bila sampai di Stesen Seremban kami berempat menunggu lebih kurang 20 minit sebelum menaiki tren kembali ke Stesen Senawang. Nanti bila Hanan pi sekolah jangan lupa cakap kat teacher Hanan dah naik tren tau.

 Hanan dan tanda peacenya.

 Komuter ni kalau naik waktu puncak macam2 bau ada tapi hari ni best, kosong je.

 Hanan melihat peta laluan komuter di Stesen Seremban.

 Dah sampai kembali di Stesen Senawang.

Sunday, October 2, 2016

Kembara Dekat Honda PCX 150: Rumah ke D'Kok Eco Camp Kampung Talang

Pada 24 September 2016 (Sabtu) yang lalu aku telah berpeluang untuk berkembara dekat ke D'Kok Eco Camp Kampung Talang (D'Kok). D'Kok terletak di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Aku pi ke situ kerana menjalankan tugas untuk berbakti kepada negara errr, selaku guru pengiring kepada bebudak sekolah aku yang berkhemah di sana.

Kalau ikutkan kena pergi awai lagi pada petang Jumaat hari sebelumnya tetapi memandangkan ada belas ehsan untuk anak2 aku yang Umi mereka menjadi penyelaras perkhemahan sekolahnya juga pada hari Jumaat dan Sabtu maka, "OK la, Cikgu Lan datang hari Sabtu nanti." Anak2 terpaksa dilepaskan mengikut Uwannya ke Rawang (Sungai Buaya) bagi menghadiri kenduri kahwin pada pagi Sabtu. Kalau dua2 bawa pi camping tak terkejar pulak nanti.

Bila pi sorang2 saja maka ini la peluang untuk aku try bawa PCX naik jalan yang berbukit. Alah, kalau setakat naik bukit, hari2 memang naik jalan berbukit apa? Pagi2 nak pi sekolah memang jalan naik dari Family Store Taman Bukit Galena sampai la ke SMK Puteri tu memang berbukit juga. Tak ada masalah pun. Tinggal lagi ada hari berani memotong kat double lane tu, ada hari ada rasa sikit takut dan cool saja.

Sampai hari ni PCX masih belum 5000 km pun lagi. Kelmarin pun baru 4450 km saja. Dah setahun setengah rasanya. Kalau jual boleh tarik tinggi sikit harga pasai mileage rendah. Kih kih kih!

Berbalik kepada perjalanan ke D'Kok, aku sempat menyinggah bergambar berhampiran jambatan kedua tertinggi di Malaysia. Boleh buka link di bawah. Saja nak promote blog sekolah aku di kalangan hangpa semua.


http://ppkismkpz.blogspot.my/2016/09/perkhemahan-pengakap-dan-jati-ppki_25.html

Dari rumah aku ke D'Kok tu rasanya tak sampai sejam boleh sampai ikut jalan baru Seremban - Kuala Pilah. Jalan lama yang melalui Bukit Putus tu tak berani la aku nak ikut. Itu aku pulangkan cabaran tu kepada otai2 yang lebih berani.

Membawa PCX ikut jalan baru ke D'Kok agak mudah. Boleh bawa dengan selesa, no rushing, naik bukit selaju 90 km sejam (belum pulas minyak sampai habih). Ada juga skuter Yamaha LC naik dua orang yang memotong aku. Itu nampak perah abih la tu. Tapi tak ada la aku nak kejar. Itu mungkin jalan dia hari2 dah tu jadi dia berani la nak bawa laju kat area2 yang dia konfiden. Aku ni takut naik bukit, turun bukit, lubang kat mana kita tak tau pasai itu jalan yang asing bagi kita.

Menuruni jalan berbukit di Ulu Bendul pun ok saja. Brek depan dan belakang masih menggigit dengan baik. Oh ya, sapa kat sini bila pagi2 bawa PCX brek ada bunyi siul2 sikit? Mungkin pasai sejuk ka?
Aku tak ada la berenti ambil gambar kat Ulu Bendul tu pagi ni. Aku berenti bergambar di Ulu Bendul sewaktu balik pada tengah hari Ahad. Boleh tengok di link di bawah.

http://ppkismkpz.blogspot.my/2016/09/perkhemahan-pengakap-dan-jati-ppki_78.html

Nak sampai ke D'Kok tak ada laluan yang sukar walaupun jalan selepas Masjid Kampung Talang Tengah adalah hanya muat sebuah kenderaan sahaja kerana jalannya adalah bertar. Bagi aku yang telah mengikuti program di D'Kok, aku mencadangkan organisasi anda mengadakan program seperti team building dan seumpamanya di sini. Cuma bab masuk kembara dalam hutan (jungle tracking) kena ukur baju kat badan sendiri dulu. Ni ada yang demam, sakit kaki, keradangan otot, macam2.

Untuk maklumat lanjut boleh baca lebih lanjut di blog ppkismkpz.blogspot.my 

Saturday, October 1, 2016

Aktiviti Cuti Pertengahan Penggal Dua 2016 (Catatan Lewat)

Huaaargh lama tak berblog. Penat bercuti kih kih kih! Cuti kali ini kami berempat hanya beraya sekitar dekat-dekat area rumah saja. Tak ada naik ke Kedah atau turun ke Johor dan juga tidak mencari pasal pergi ke pantai timur (huuu, dengar cerita 16 jam baru sampai Kota Bharu pun ada dari Kuala Lumpur).
Tahun ni rumah kami menang lagi untuk Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Taman Bukit Galena Fasa 4. Dapat tempat kedua. Hilang pula gambar yang dihantar oleh KRT. Gambar yang dirakam AJK KRT tak pula dihantar ke Whatsapp saya. Tak apa la, kami je yang dapat rasa duit hadiah RM200 tu. Kira balik modal dan dapat juga sedikit keuntungan untuk usaha yang dilaburkan.

Pada hari Sabtu kami berempat telah turut join sama program Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh KRT Taman Bukit Galena Fasa 4. Dapat juga merasa main tanglung free. Ada la dalam 50+ penduduk yang join program malam tu. OK la, ada juga disediakan jamuan ringan untuk para peserta.

 Hanim excited nak pegang lilin kat dalam tanglung tu.

Seperti yang aku cakap tadi, raya haji tahun ini di rumah mak di PJ. Malam raya tahun ini tak meriah macam tahun-tahun lepas. Hanya satu rumah sahaja yang membuat jemputan kenduri takbir iaitu rumah Imam Hambali. Pada paginya aku dan Hanan menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Hukumiah. Hanan dah boleh ikut pergi solat dah sekarang ni. Dah boleh duduk diam-diam masa khutbah, siap nak baring atas riba lagi.
Lepas solat kami menyaksikan aktiviti korban di surau berkenaan. Lembu ada la 6 ekor kalau tak salah dan kambing pula ada 6 ekor juga. Salah seorang anak buah aku berusia dua tahun menangis apabila nak dibawa pulang, "Nak tengok anjing." Kih kih kih!
Dalam pukul sebelas pagi kami ke Klang ke rumah Mak Lang Lela Hanan yang rumahnya terletak berhampiran dengan SMK Bukit Tinggi. Setelah beraya di rumah Mak Lang, kami semua ke Pantai Kelanang. Tak sangka setelah melalui jalan-jalan kecil ada sebuah pantai yang tersorok lengkap dengan pelbagai kemudahan asas seperti medan makan, taman permainan, tempat letak kereta (percuma) dan tandas awam (percuma). Bagi yang nak berkhemah, ini mungkin satu port yang sesuai pada pendapat aku la.

 Hanan berspender tora di Pantai Kelanang.

Pada hari kedua raya haji, kami bertolak balik ke Seremban tetapi ada la checkpoint2nya. Asalnya nak bawa mak sama tetapi katanya nak berehat di rumah sahaja. Ada saudara juga yang nak datang beraya di rumah katanya. Jadi pagi itu kami ke Farm In The City. Jangan tanya macam mana nak pi ke sana. Aku pun tekan di Waze saja. Yang buat pening kepala ada dua Waze dibuka, satu di tab aku dan satu satu lagi di telefon Mawar. Dua2 suruh ikut jalan yang lain. Kadang2 benda gps ni jadi tak guna kerana nak jimat satu atau dua kilometer sahaja dia akan suruh kita ikut jalan yang pelik2. Lalu belakang kedai la, lalu dalam hutan la, yang mana boleh buat kita fikir dua tiga kali nak ikut atau tidak.
Maka dalam tak sampai sejam sampai la di Farm In The City (FITC). Ini merupakan salah satu destinasi yang gagal dijalankan kunjungannya oleh PPKI SMKPZ nak pi beberapa bulan lalu kerana sebilangan besar murid telah menarik diri pada saat2 akhir. Kah kah kah! Ramai yang buat muka sedih tapi aku tau itu semua lakonan saja tu.
 
Ada sudut bergambar. Ini kat luar FITC. Boleh posing ambil gambar berapa ratus keping pun boleh, tak payah bayar.
 
 Kalau nak naik menatang ni kat Tesco Seremban lagi banyak.

 Memberi ikan makan. Memang kenyanglah ikan kat sini. Semua gemuk2 belaka.

 Nampak tak ikan yang banyak tu?

 Birthday Boy dengan burung di bahunya.Kebetulan tarikh FITC ialah 13 September. Minat kat burung sama macam arwah Dato'.

 Ini bagi makan arnab dan hamster. Sekali tengok macam nak bela sendiri di rumahkan? Kat luar tu ada aktiviti tangkap ikan dalam longkang dengan sauk.

 Oh bestnya dikerumuni beburung (?). Kena fire juga la tahinya kat baju. Kih kih kih!

 Sijil kehadiran. Ini bagus ni. Boleh masuk dalam rekod ESPLG.

Bagi aku memang berbaloi la melawat ke FITC ni. Bagi yang bawa budak2 kecik yang cepat boring, ini kira best la pasai kita boleh berinteraksi dengan pelbagai binatang. Ada juga boleh pegang ayam, itik, ular, salamander dan kura2 yang para pengunjung boleh alami. Hanan sorang saja yang pegang ular sawa tu, kami tiga tak berani.
Daripada FITC kami ke Restoren Salam Noodles. Di sini kami telah berpeluang merasa mee tarik yang dikatakan dibuat segar dengan menggunakan tangan. Tak tau la betul ke tidak pasal tak boleh masuk tengok di dapurnya tu. Aku order mee daging manakala mawar pula mee ayam. Hanan sibuk ambik order. Kat sini nak makan kita kena tulis order dulu atas kertas, bawa pi kaunter, bayar, baru la dapat makan. Air pula ada pelbagai pilihan air kita boleh ambil sendiri. Ada air berkarbonat, sirap, teh dan air suam. Milo tak ada. Nescafe tak ada. Memang specialitynya mee sahaja, pasal tu boleh dapat makan cepat. 
Cuma satu aku nak komen, kalau kuah sup tu panas berasap mungkin lagi sedap. Kalau ayam pula kalau tak pakai isi ayam tetapi ada tulang2 sikit mungkin lagi best. Cuka gelap tu sesuatu yang baru bagi aku.
  
 Main order2 tetapi apa yang nak diorder semua dah abih...

Hari ketiga raya haji kami berjalan lagi. Kali ini ke Putrajaya. Hanan nak naik yacht. Mana ada yacht kat putrajaya tu, yacht kat laut ada la. Di Putrajaya kami telah naik buggy. Wah, tak tau pun ada tour tu sebelum ni. Dengan bayaran hanya 5 ringgit seorang kami berpeluang pusing2 taman2 yang ada dekat area Tasik Putrajaya tu. Selesai naik buggy, kami naik bot Dondang Sayang pula.

 Orang mengantuk dipakaikan life jacket...

Dah abih naik bot kami pergi makan di Umai Cafe Putrajaya. Bila pelayan bawa menu, "Sori la encik. Hari ni banyak yang tak ada. Tukang masak cuti raya." Keh keh keh! Maka kami pun order la nasi lemak. Ooo, sedap juga. Lepas tu order cucur udang, roti jala. Semuanya sedap2. Nampak kat dapur tu yang masaknya semua makcik2 orang kita, bukan bangla atau nepal. Harganya adalah standard dan memang nampak ramai orang datang makan. 

Hari Sabtu kami ke Kampung Rembang Panas, Kuala Pilah. To be exact, SK Kampung Rembang Panas bagi menghadiri majlis perkahwinan Teacher Syuhada yang merupakan cikgu kelas Hanan di Tadika Little Caliph. Kami doakan semoga Teacher Syuhada hidup berbahagia bersama pasangan pilihannya sehingga ke Jannah.
 
Hanan bergambar bersama teachernya.

Bulan September banyak berlaku sejarah penting dalam hidup aku. Aku accident bulan ni tahun 1999. Abah meninggal bulan ni tahun 2011. Hanan lahir bulan ni (mengelat, beranak awal. patut bulan 11) tahun 2011. Hanim lahir bulan ni (pun sama mengelat, beranak awal. patut bulan 11 jugak) tahun 2014. Tapi itu semua takdir yang kita kena terima. Tak ada takdir buruk atau takdir baik. Itu semua dah tertulis. Redha saja la.

Maka bagi meraikan hari lahir putera dan puteri kami, satu majlis ringkas telah diadakan. Buat dengan pak2 menakan, mak2 menakan, nenek dan sepupu2 yang mana sempat hadir di rumah kami pada hari Sabtu minggu raya haji tu. Agak kalut juga nak sampai ke rumah kerana pada tengah hari telah ke kenduri kahwin di Kuala Pilah. Nasib baik jalan tak jem.
Petang tu, kami ada beli kek aiskrim di Bakers Cottage Seremban. Jamuannya nasi putih, cendawan masak lemak and of course ada barbeque ayam, udang, ikan, sotong, ubi, jagung dan kambing. Terima kasih kepada semua yang hadir. Tahun depan Insya Allah kita buat lebih meriah. Kita sunatkan (khatan) Hanan, kita buat kambing golek pula. 
 
 Ini kek harijadi Hanan yang Tuk order di Pendang.

Ini pula kek harijadi Hanim yang Tuk order di Pendang.

 Pakcik steady je bakar ikan.

 Bergambar dengan banner yang Umi depa buat.

Potong jangan tak potong.

Abah dan Umi doakan hangpa berdua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Taala.