Wednesday, December 13, 2017

Jalan2 Di Johor Bahru Bahagian 1

I do not know why but Johor Bahru is an interesting place to visit event though we have gone there twice already. Kalau beberapa tahun dulu kami ke Johor Bahru untuk melawat Thomas Town tetapi pada kali ini kami nak melawat San Rio Hello Kitty dan menginap di Hotel Lego pula.

Dalam bahagian yang pertama ni mula2 aku nak ceritakan terlebih dahulu persediaan nak ke sana. Ye yang pertama sekali terpenting dan nombor satu ialah menempah penginapan. Dulu pernah cuba walk-in sahaja untuk penginapan di Hotel Lego tapi terbantut apabila tinggal bilik yang beribu-ribu lemon sahaja harganya, maka kena la tempah online.

Hari pertama aku menempah penginapan di Hotel Millesime. Aku tak tempah masuk Hotel Lego takut apa2 berlaku dan kena check in lewat Hotel Lego. Rugi weh kalau masuk lambat kerana bayaran nak menginap bapak mahal.


Tempahan Hotel Millesime dilakukan secara online di booking.com. Alhamdulillah ini kali kedua menempah bilik. Tanpa perlu maklumat kad kredit dan benda2 lain yang sulit buat kita pikir 3 4 kali nak tempah takut2 kena tipu. Bayaran dibuat semasa check in untuk Hotel Millesime ni. Aku pilih hotel ni kerana lokasinya terletak tengah2 di antara Hotel Lego dan Bandar Johor Bahru. Kenapa? Kerana aku nak Zoo Johor dulu pada hari pertama dan Sanrio Hello Kitty pada pagi hari kedua.

Untuk tempahan Hotel Lego pula, aku menggunakan kad kredit melalui site rasminya di www.legoland.com.my. Time kami nak menginap bilik Pirate Theme (biasa punya tu) pada 30 November 2017 harganya ialah RM1000 lebih. Baru check tadi di sitenya (13 Disember 2017) tinggal bilik yang RM1500 lebih sahaja, kot2 ada sapa2 yang mengidam. Ha ha ha!

Mahal mana pun kalau orang nak menginap, tetap akan menginap. Tambahan lagi harga bilik pula berubah2 mengikut hari. Ini bukan harga ayam daging yang dikawal kerajaan tetapi berdasarkan permintaan dan tawaran pasaran. Kuasa membeli kita pula tak sekuat jiran kita iaitu rakyat Singapura sebagai contohnya yang satu dolarnya bernilai hampir tiga ringgit. Jadi apalah sangat 300 dolar untuk penginapan satu malam di Hotel Lego. Cerita mudahnya apalah sangat nilai 300 dolar bagi rakyat Singapura yang bergaji 3000 dolar berbanding 1000 ringgit bagi kita (rakyat Malaysia) yang bergaji 3000 ringgit. Itulah fakta yang harus diakui kita. Unless ada pula dasar nak mengenakan sewa hotel yang tinggi untuk rakyat asing berbanding rakyat tempatan. Toksah sembang bab tu la, yang aku tau semua yang menginap di Johor pun kena tambahan kadar RM10 semalam untuk penginapan hotel mulai bulan lepas.

Maka kami pun bergerak ke JB. Dalam Waze tunjuk tak sampai 300 km. Jalan punya jalan errr pandu punya pandu teringat pula cerita rakan guru aku tentang Kari Kambing 40 Hari & Nasi Arab yang dikhabarkan sedap di Yong Peng (ka Batu Pahat? entah la, nak makan kena Exit Yong Peng Selatan).
Bila tiba jam 12.00 tengah hari di kedai memang ramai orang tengah makan. Self service, semua kena ambik sendiri. Nak makan pula, kita boleh pilih sama ada duduk bersila di pelantar macam yang boleh dilihat di dalam dua gambar di bawah atau makan di meja makan standard.


Selain makan dalam pinggan, boleh juga makan dalam talam seperti yang boleh dilihat di bucu kanan bawah gambar di atas.

 Meja standard berwarna biru dengan empat kerusi plastik berwarna kuning.

Sesampainya di JB pada jam 2.00 petang, kami mengambil keputusan untuk check in hotel (Hotel Millesime) dulu. Manalah tahu nanti takut2 bilik akan direlease kepada orang lain pula kerana tempahan online yang dilakukan tidak mengeluarkan satu sen pun wang pendahuluan seperti Hotel Lego yang terus dicaskan ke akaun kad kredit semasa tempahan dibuat.

Hotel Millesime ni terletak di Jalan Persiaran Afiat. Sebelahnya ialah Hospital Columbia. Kedai makan nampaknya tak ada di sebelah hotel ni tapi ada nampak yang dalam proses nak dibuka di bangunan antara hotel dan Hospital Columbia.

 Hanan menggunakan tetikus untuk mengoperasi TV Pintar (melihat Youtube).

Bila dah masuk ke bilik, kami sangat kagum dengan biliknya yang luas dan bersih. Aircond pun sejuk. Ada katil yang best. Muat empat orang kami. Bilik air luas, bersih lengkap dengan toiletteries (betul ka ejaan?). Ada peti ais kecil, ada kettle, ada gula kopi teh. Melebihi tanggapan kami bagi bilik yang berharga di bawah RM200 semalam. Macam tak mau keluar berjalan, dah selesa bila masuk bilik. 

Bilik hotel kemudian ditinggalkan seketika untuk ke Zoo Johor. Tiket dua ringgit je sorang. Kena la bayar sikit weh, kalau tak menatang2 dalam tu nak makan apa? Orang Negeri Sembilan kali kedua datang ke Zoo Johor kena hujan lagi. Masa mula2 sampai cuaca baik punya panas. Sampai dekat nak tengok badak air hujan pun turun. Lain kali kena bawa poncho sorang satu.

Melihat burung merak.

 Hanim melihat burung merak dengan lebih dekat.

 Badak air, haiwan yang membunuh lebih ramai manusia di Afrika berbanding buaya.

 Menunggu hujan teduh di pondok.

Setelah hujan reda sedikit, kami pun pergi melihat rusa. Ada pelantar khas di mana kita boleh memberi rusa makan. Kebetulan ada satu keluarga membeli berbungkus2 kacang untuk diberi kepada rusa2 berkenaan, mereka turut memberi kami sebungkus untuk diberi kepada rusa. Terima kasih daripada kami. 

 Hanim memberi makan kepada gajah2 yang berasal dari Santuari Gajah Kuala Gandah, Pahang.

 Hanan turut memberi gajah makan.

Berbanding lawata kami semasa dua tahun lalu, ada tarikan baharu iaitu pameran gajah. Kita boleh membeli tebu pada harga tiga ringgit seikat untuk diberi makan kepada gajah. Satu saja nasihat saya, jangan beri getah pengikat tebu kepada gajah dan jangan tabur getah pengikat tebu merata2 setelah memberinya makan. Semasa kecil saya pernah kematian burung enggang peliharaan kerana ia termakan getah yang ditabur merata2 oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kalau lembu mungkin dah dikejar kerana berbaju merah.

 Tanda2 kepenatan kanak2 yang tak tidur petang mula kelihatan.

 Bergambar bersama burung2 undan (pelikan?).

Suasana waktu malam daripada tingkap bilik hotel kami.

No comments:

Post a Comment