Wednesday, December 13, 2017

Jalan2 Di Johor Bahru Bahagian 2

Di hari kedua jalan2 di JB perkara pertama yang perlu kita lakukan setelah bangun dan solat Subuh ialah makan pagi di kafe hotel. Penting untuk makan secukupnya kerana pagi ini kita memerlukan tenaga beraktiviti di Sanrio Hello Kitty.

 Makanan di Hotel Millesime memang sedap2 belaka. Keep up the good job. Mungkin akan menginap di sini lagi pada masa akan datang.

Setelah siap berkemas maka kami pun check out dari hotel. Lazimnya kami akan tunggu sampai hujung masa check out baru keluar tetapi kerana nak berkejar ke Hello Kitty dan kemudian nak check in Hotel Lego pula, maka kami pun check out Hotel Millesime lebih kurang jam 9.30 pagi.

Perjalanan ke Sanrio Hello Kitty Town tak lama. Berpandukan suara Waze Altimet (boleh download voice dia) ada la dalam 20 minit. Parking di bawah bangunannya. Dulu datang kita kena ambik tiket parking tetapi kali ini masuk macam tu saja. Hmmm, dah jimat duit parking sikit.

 Snap dulu gambar sebelum meninggalkan tempat parkir. Senang nak cari SUV nanti.

 Snap juga gambar pintu lif mana kita keluar.

Mungkin datang awal maka kami tak payah beratur panjang untuk beli tiket. Berapa tah harga tiket tak ingat tetapi kalau tunjuk My Kad dan My Kid ada la diskaun untuk warganegara Malaysia. Ha, ha, ha! Sori tak ada diskaun untuk OKU. Oh ya, kami hanya beli tiket untuk ke Hello Kitty, yang Thomas kepala keretapi tu tak. Kalau beli gabungan kedua-dua tiket boleh dapat harga lebih murah.

 Bergambar di picture frame.

 Selalunya ada saja cameraman nak ambil gambar, sibuk di dalam kot.

 Akhirnya dapat juga bergambar dengan Hello Kitty. Dah berminggu bising tak larat dengaq dah.

 Hanim dah menyorok.

 Bergambar di pintu masuk. Ada penyambut tetamu di kaunter belakang tu kalau anda blur cara nak melakukan kunjungan di sini.

Di sini kita akan diberikan satu keping kad aktiviti. Ada empat (ka lima? ontah la) aktiviti yang boleh kita lakukan hanya sekali sahaja. Sebelum mengikuti aktiviti, petugas di stesen akan cop di kad aktiviti kita menanda kita dah buat aktiviti tu.

Aktiviti 1: Melekat stiker di beg kertas (boleh buat sekali sahaja). Aku cadangkan hangpa semua buat aktiviti ni dulu kalau boleh. Nanti barang2 yang diperoleh dari aktiviti2 lain boleh simpan dalam beg ni.

 Hanim menampal stiker di beg.

 Bergaya dengan beg yang dah siap ditampal stiker.

 Hanan sedang menampal stiker di beg kedua (yang Abah punya). Perhatikan ada contoh yang dah siap dalam bekas plastik tu.

 Dalam 15 minit boleh siap aktiviti ni.

Aktiviti 2: Bergambar dengan kostum Hello Kitty (boleh buat sekali sahaja). Pilih kostum yang dikehendaki dan bergambar dengan background hijau. Nanti ada manipulasi background yang kita boleh pilih di kaunter perkhidmatan gambar Pic Air. Harga 4 keping gambar yang dah siap dekat2 seratus ringgit. Lagi gambar2 yang kita beli tu boleh dimuat turun dari site Pic Air. Jangan hilangkan resit yang dia bagi sudah la. Ada kod di situ. Tak beli gambar, tak dapat la muat turun salinan digital. 

 Hanan pilih Badtz Maru, Hanim pilih Hello Kitty.

 Kenapa 5th Anniversary? Ooo, lima tahun mereka buka di Malaysia kot?

 Kalau lepa sikit mungkin Hanan dah naik basikal tu.

Aktiviti 3: Menghias kukis (boleh buat sekali sahaja). Depa bagi biskut kosong. Guna sirap sebagai pelekat untuk tampal sugar rice, cip coklat dan lain2 lagi sampai puas hati. Boleh dimakan setelah siap. Tak nak makan boleh bungkus dan simpan dalam beg kertas Aktiviti 1 tadi. I wish at least ada ayaq kosong di sini. No water provided. Jangan tercekik semasa makan biskut. Takkan bayaq tiket mahai2 tak boleh bagi ayaq mineral atau ayaq bertapis kot?

 Tauke, teh o ais satu, lemon ais satu, Milo ais satu, Nescafe ais satu!

 Mana ayaq tak sampai lagi?

 Adik nak Milo ais ni.

 Air yang diorder tak sampai hingga ke sudah.

Aktiviti 4: Menaiki cawan berpusing. Yang ni nak naik berapa kali pun boleh. 

 Hanan terpegun dengan lampu disko kat atas tu.

 Iklan U Mobile di stereng. Ada yang kalau kita pusing stereng tu, cawan yang kita duduk ni turut berpusing. Ada juga yang tidak (isu penyelenggaraan kot?).

Aktiviti 5: Playground bola getah/span. Yang ni boleh main tanpa had.

 Mula2 kumpul bola di dalam beg dan bawa ke pelantar tembakan.

 Semua sibuk masukkan bola ke dalam pelancar. 

 Bubuh banyak2.

 Masukkan bola dengan tangan kanan, tangan kiri tekan butang tembak. Even a three year kid can do it.

 Yang ni lain sikit, boleh tengok bola terapung.

Aktiviti 6: Mewarna butang (boleh buat sekali sahaja). Mula2 kita warnakan butang lukisan Hello Kitty dengan pena magik lepas tu akan dilaminate oleh petugas. Boleh dipakai selepas siap atau disimpan dalam beg kertas.

 Hanan melihat contoh yang dah siap.

 Hanim turut tekun mewarna.

Hanan melihat butang yang sudah siap dilaminate.

No comments:

Post a Comment