Monday, December 18, 2017

Jalan2 Di Johor Bahru Bahagian 5

Kerana Hanim batuk2 pada malam tu, depa bertiga tidur di katil besar (aircond setting tak sejuk). Oh ya, lupa nak bagitau ada aircond berasingan bagi kedua2 bilik yang kita boleh setting. Abah pula tidur di tingkat atas katil dua tingkat. Susah juga nak tidur sebenarnya bila ada gambar tengkorak di sana sini. Bagi penakut macam aku ni, lain kali kena kumpul duit lebih sikit untuk menginap di bilik bertema Kingdom atau Adventure.

Pagi pun tiba. Masa untuk sarapan. Hotel ni menetapkan tiga slot untuk kita bersarapan bermula daripada pukul 7 pagi hinggalah ke pukul 11 pagi. Tapi toksah risau, anda turun slot mana pun kalau dah namanya musim cuti, anda tetap kena beratur di ruang menunggu untuk makan di ruang hadapan restorennya. Time kami turun tu memang penuh orang makan. Sementara menunggu giliran untuk meja makan kita, di ruang menunggu ni ada fresh oren dan muffin untuk kita makan terlebih dahulu. Tunggu2 dalam 15 minit akhirnya pelayan pun datang dan menempatkan kami di meja yang kosong.

Nampak tak kat tengah atas tu? Itu orang2 yang beratur untuk breakfast. Hanan tetap dengan nasi lemaknya, Hanim pula mesti nak bihun.

Kad akses bilik jangan hilang.

Ambik banyak mana pun makanan, kena habiskan. Sayang rezeki Allah. Selalunya aku ambik sikit2 semua benda yang ada untuk rasa.

Sambil makan, sambil tabbing.

Orang2 di meja keliling dah banyak berlalu. Kami makan2 sehingga lebih setengah jam.

Breakfast ada banyak pilihan. Let me recall, kami makan kuetiau sup, nasi lemak, bihun goreng, roti bakar, yogurt, buah, pan cake, daging salai slice, murtabak. Ada yang lagi yang kami tak ambik seperti jagung, bubur nasi. Simpan untuk orang lain juga. Bab air ada teh, kopi, susu, jus oren, jus nanas serta teh tarik. Teh tarik memang ditarik oleh pelayan hotel. Alhamdulillah, kita masih boleh makan dengan mewah jadi jangan membazir.

Setelah breakfast, jom kita ke kolam renang. Ada dua kolam renang, satu untuk dewasa dan satu untuk kanak2. Ada dua petugas kecemasan yang berkawal sepanjang masa. Selepas mengambil gambar mereka bertiga di bawah ni, saya turut mandi.

Ada Lego getah juga yang kita boleh buat pelampung.

Budak2 dan kolam renang tak dapat dipisahkan.

Uuu, best!

Setelah menghampiri jam 11.15 pagi, kami pun check out. Lambat 15 minit. Call bell boy untuk ambik barang2. Beg dan barang disimpan dahulu di suatu bilik di lobi. Bell boy beri satu kad untuk rujukan kita ambik beg kemudian. Kerana kami tak ada tunggakan apa2 bayaran kepada hotel, kami boleh express check out iaitu drop saja kad2 akses bilik kami di kotak2 yang disediakan oleh pihak hotel. 

Kerana hari masih awal, kita beri ruang kepada kanak2 untuk bermain Lego dulu di lobi hotel. He he he!

Umi membuat pedang untuk Hanan dan Hanim.

Memilih warna Lego yang bersesuaian.

Kena himpun duit beli dron berkamera untuk masa akan datang. Biar drone snapkan. Tak payah suruh orang atau bawa tripod ke sana sini lagi. Swafoto henfon will be the thing of past.

Masih tekun membuat pedang.

Hanan berlari keluar dari istana.

Hanim ingin berkawan.

Hanan mengintai model Lego di dalam cermin. Oh ya, depannya tu kaunter check in dan check out.

Tripod telah berjasa selama hampir 10 tahun.

Umi bermain pedang bersama Hanim.

Setelah beberapa ketika, kami pun meninggalkan hotel. Dengan menggunakan Waze, kami ke Kedai Murtabak Majid Special Cheese No 1, Taman Kurnia. Abah makan sorang2 kerana Umi menunggu anak2 yang dah lena. Beli juga sekeping yang frozen untuk mereka rasa di rumah nanti. Kenapa tak beli banyak? Satu keping pun RM20. Abah makan rasa sedap, yang lain makan belum tentu kata sedap. Tapi bila goreng di rumah esoknya yang lain2 kata sedap. OK, lain kali kita beli 10 macam yang selalu dijawab Hanim.

Sedap tetapi tak sesedap Murtabak Singapore Special di Jalan Sungai Chat.

Ada dua errr tiga benda yang tak jumpa/makan dalam trip kali ni. Ada sikit kecewa/ralat. Pertama ialah Murtabak Singapore Special di Jalan Sungai Chat. Terkejut melihat kedai tersebut dah tak ada lagi bila tiba di situ. Dah jadi tanah kosong. Waze pula gagal membantu. Bila tanya kat penjual nasi ayam bakar kat gerai di Taman Kurnia, dah pindah. Mungkin ada orang JB boleh beritahu di ruangan komen?

Kedua tak sempat makan ABC Special yang ada coklat Hershey di Kampung Majidee. Ketiga tak sempat makan Yong Tau Fu juga di Kampung Majidee. 

Akan datang Insya Allah kita ke JB lagi. Kali ni nak menginap di Puteri Harbour pulak. Teringin nak naik jet ski atau kapal layar bersama keluarga. Kenalah kita menyimpan dari sekarang.

No comments:

Post a Comment