Thursday, March 22, 2018

Kenduri Kesyukuran Nurain memperoleh 4 A STPM 2017

Tahniah kepada adik den, Nurain binti Dato' Haji Abd Rahman kerana memperoleh 4 A dalam STPM 2017. Semoga menjadi batu loncatan untuk lebih berjaya di dalam kehidupan di masa akan datang.

Bersempena dengan kejayaannya, suatu kenduri kesyukuran telah diadakan pada tengah hari Sabtu pertama minggu cuti persekolahan baru2 ini di kampung mak saya iaitu di Kampung Sungai Jernih, Gemencheh. Kenduri ni la tempatnya berkumpul sanak-saudara jauh dan dekat. Nak tunggu raya belum tentu dapat berjumpa dengan semua saudara sementelah ada yang balik ke kampung ibu bapa mengikut giliran raya masing2 saban tahun.

Petang tu pula selepas Asar, telah diadakan BBQ kambing dan ikan keli untuk ahli2 keluarga terdekat. Nasib baik mula BBQ petang, pukul 6 petang hujan turun dengan lebat hingga ke lepas Maghrib. Tak apa, hujan tu rahmat dari Allah.

Dipaparkan beberapa foto untuk tatapan kembali di masa hadapan.

 Di gedohok (istilah orang Kedah untuk tempat masak). Mengacau orang-orang yang mengacau rendang maman daging. Dari kanan: Rizal, Nurul dan Pak Busu Khairul. Ini tengah keringkan santan lagi ni.

 Enam kilo maman masuk kuali. Kalau den dah bubuh serai dah tu. 5 6 batang tak kurang.

 Budak2 macam biasa, sibuk main basikal (dan pasir).

 Habih bunga raya tuan rumah dikerjakan.

In ten years from now, I wonder what you all will think of this picture?

Wednesday, March 21, 2018

Selamat Hari Lahir Ke 39

Satu Februari 2018 hari tu genap la umur aku 39 tahun. Kalau kalendar Islam mungkin dah 40 tahun. Terima kasih kepada Umi, Hanan dan Hanim. I love you all!



D'Qnut Chalet And Restaurant

Beberapa hari sebelum buka sekolah hari tu, kami berempat bersama keluarga Pak Andak telah berkunjung ke D'Qnut Chalet, Kuala Sungai Baru, Melaka. Lokasi tempat ni adalah bersebelahan dengan Chalet Umang-Umang. Konsep D'Qnut ialah kontena2 lama diberi nafas baru dengan cat baru di luarnya. Di bahagian dalam pula dinding kontena didindingi dengan papan lapis.

Ada penyaman udara, bilik air pun ok. Katil (chalet yang kami sewa) diperbuat daripada kayu palet. Tilam, cadar dan bantal memuaskan sahaja.

Bagi yang malas untuk keluar boleh tempah makan malam dan sarapan pagi daripada pihak chalet. Bagi aku pula, walaupun jalan tanah merah keluar ke jalan besar agak menakutkan kalau drive sorang malam2, banyak pilihan boleh didapati seperti kedai2 makan, gerai burger yang dibuka pada waktu malam sepanjang jalan menuju ke Pangkalan Balak. Malam tu aku beli burger di sebuah gerai berdekatan dengan Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Tentang sarapan pagi pula, besoknya kami makan di sebuah gerai yang berdekatan dengan gerai burger yang aku beli pada sebelah malam sebelumnya. Roti canai dan nasi lemaknya best. Nak cari senang saja, belok kanan ke Pangkalan Balak dari jalan keluar chalet. Jalan terus sehingga nampak sederet rumah kedai di sebelah kanan. Belok ke kanan. Ada sebuah warung. Itulah warungnya. Kalau anda dah mula nampak ALAM di sebelah kanan, dah terlepas la tu :) .

Ok di bawah dipaparkan gambar yang dirakam sepanjang kunjungan kami di Q'Nut tanpa menurut kronologi.

Memunggah barang masuk ke dalam chalet. Pokok hijau beracun tu tak sesuai ditanam sebenarnya di tempat awam walaupun nampak cantik.
 
 Atas tu chalet juga. Kerana ada budak2, sewa yang bawah je la.

 Hanim tertidur di buaian di tepi pantai.

 Pemandangan laut di kala senja.

 Ada reban arnab dan burung merak.

 Tanah kosong ni boleh dijadikan tapak perkhemahan.

 Ini main buaian pula.

 Menaiki jambatan tali.

 Laju2 buaiku laju.

 Pakat buai Abah.

 Boleh main pasir dari pagi ke petang.

 Mandi dengan apungan pelampung.

Nak buat rumah.

Tahun baru, cabaran baru (dah nak abih bulan 3 baru nak cerita?)

Redeployment ke SMK Panchor
Kepada yang kadang2 buka blog ni tetapi heran kenapa lama tak update, sesungguhnya tuan punya blog ni still alive and kicking. Ha, ha, ha bukan mudah tahun persekolahan sesi 2018 bermula. Or should I say it was a little bit hard before even the school starts?

Pagi2 semasa tiba di SMKPZ untuk menghadiri mesyuarat guru kali pertama SMKPZ aku dikejutkan khabar angin bahawa beberapa guru PPKI PZ (four to be exact) akan diredeployment ke sekolah2 lain. Terkejut tu tidak la sangat, memang ada mimpi2 juga nak kena tukar sekolah sejak seminggu dua sebelumnya. Lagi pun kita ni dah dari 2009 di sini.

Apabila nak ditukarkan perlu la buat serah tugas kan? Mujur pengetua sekolah baru memahami dan memberi kelonggaran agar pada minggu pertama tu boleh berada di PZ. Kena la siapkan dan latih kawan2 untuk ambik alih APDM, Return Bulanan PPKI, Jadual Waktu, Blog PPKI PZ dan lain2 yang dirasakan patut.

Setelah meninggalkan PZ, ada dua kali jamuan perpisahan dibuat. Satu oleh pihak PPKI SMKPZ manakala satu lagi Koperasi SMKPZ. Orang panggil makan free, rugi kita tak pi. Masih menunggu jemputan oleh Kelab Staf Dan Guru SMKPZ kalau2 depa masih ingat kat kita. Kalau free, kita mesti pi punya la.

Abdul Hanan kini di Sekolah Sri Seremban
Dalam kesibukan dia banyak bermain dari belajar tu tak sangka lepas juga temuduga untuk masuk ke Sekolah Sri Seremban. Bulan2 kena bayar lebih la sikit daripada masuk ke sekolah kebangsaan tetapi kalau kita congak balik untuk pengangkutan, makan, upah pengasuh rumah transit, keselamatan, nampaknya sama saja bayarannya. Maka bersekolahlah Hanan dari pagi hingga ke petang di Sekolah Sri Seremban. Di sekolah baru ni Hanan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Kasut selalu hilang di surau sekolah (besoknya Insya Allah jumpa semula), seluar sukan habis digunting, dilubang2kan sendiri, masih belum pandai berkawan tetapi bila jemput petang2 ada saja kenakalannya yang diadu kawan2nya. "Pakcik, Hanan cucuk2 saya." "Pakcik, Hanan gunting kertas tampal kat songkok saya." "Pakcik, tak ada orang nak kawan dengan Hanan." Hmmm, begitulah budak2. Tapi petang2 memang RM2.20 dah tentu Hanan minta untuk beli Milo kotak di kedai koperasi sekolahnya.

Milo boleh, Dutchlady coklat pun boleh.

Ainul Hanim kini di Tadika Little Caliph
Kalau ikutkan tahun ni baru empat tahun tapi kerana kesian dia hanya keseorangan di rumah Wan setelah abangnya masuk tahun satu, kami pun mengambil keputusan untuk hantar Hanim ke tadika yang sama abangnya bersekolah tahun lalu. Perkembangan yang nampak jelas ialah dah kenal a, ba, ca, da, sa. Lagi dengar lagu head, shoulder, knee and toes. Dengar baca doa makan, Al-Fatihah. Hebatkan cikgu2 tadika?
Tapi tahun ini juga Hanim dah masuk HTJ dua kali. Bulan Januari sekali, bulan Februari sekali. Dua2nya kerana jangkitan kuman di paru2. Kemasukkan kali pertama sehingga ke PICU (wad ICU untuk kanak2). Buat masa sekarang perlu pakai pam (inhaler) oren dua kali sehari. Yang ubat kaler biru tu jarang2 pakai. Semasa temujanji dr beberapa hari lepas, nampaknya semua positif. Insya Allah akan bertambah sihat.

Pagi2 sibuk nak bawa beg sekolah sendiri.

Syukur dalam banyak2 perubahan tu Umi masih di SMK Seremban Jaya 2 lagi. Tak tau la kot2 esok, lusa naik pangkat kena pindah ke sekolah baru pula.

Soal-Jawab EMK 2018

Soalan Lazim EMK 2018 (dijawab berdasarkan Taklimat Dan Bengkel Permohonan Elaun Murid Khas (EMK) Secara Atas Talian Daerah Seremban Tahun 2018, 14 dan 15 Mac 2018, Balai Wacana, Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek). Jawapan bukan muktamad. Sebarang kekeliruan sila rujuk PPD atau JPN masing2.

1. Tarikh Daftar Sekolah Tahun Semasa tu di mana nak kemasikini?
Jawapan: Guru kelas murid berkenaan kena login dan kemaskini. Kalau berjaya dikemaskini, Guru EMK boleh lihat tarikhnya. Kalau dah dikemaskini guru kelas tetapi medan berkenaan masih kosong, cuba kemaskini di komputer lain. Jika masih gagal juga, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di PPD atau JPN.

2. Tarikh Daftar Sekolah Tahun Semasa tu berapa hari bulan?
Jawapan: Kalau murid lama (masuk tahun 2017 dan ke bawah) ialah 2.1.2018 iaitu hari pertama persekolahan tahun ini. Kalau murid baru seelok-eloknya ialah tarikh di surat penempatan. Ada juga yang kata hari pertama murid datang sekolah. Boleh berhubung dengan JPN/PPD untuk tarikh sebenar.

3. Perlukah elaun dibuat untuk murid yang berhenti sekolah atau melanjutkan pelajaran ke institusi bukan di bawah KPM sebelum EMK Online dibuka?
Jawapan: Ya. Isi Lampiran A (ada di muka surat akhir Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2018 Pengurusan EMK. Lampirkan sekali surat rasmi penjaga yang menyatakan kenapa murid berhenti sekolah. Dihantar secara manual kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (Penyelia Pendidikan Khas).

4. Murid yang berpindah sekolah sebelum EMK Online dibuka, siapa kena buat elaunnya?
Jawapan: Dibuat oleh Guru EMK sekolah baru.

5. Semua maklumat murid dah lengkap tetapi kenapa bila Guru EMK tekan butang 'Hantar' di laman maklumat murid naik mesej 'INTERNAL SERVER ERROR 500'?
Jawapan: Cuba log keluar dan login kembali. Cuba hantar semula. Jika masih gagal cuba hidupkan semula komputer dan cuba lagi. Jika masih gagal, cuba di komputer lain. Jika masih gagal juga, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di PPD atau JPN.

6. Kenapa nama murid yang sama berulang dua kali di Senarai Layak Memohon?
Jawapan: Cuba ikuti langkah untuk Soalan 5 di atas.

7. Macam mana nak buat EMK untuk Murid Pra Sekolah?
Jawapan: Perlu dikunci masuk secara manual. Klik pautan Murid Pra Sekolah yang ada di sebelah kanan Senarai Layak Memohon. Kemudian klik pada Permohonan Baru.

Elaun Murid Khas 2018






















MULAI TAHUN 2019, SEMAKAN NOMBOR KAD OKU HANYA BOLEH DIBUAT OLEH PENJAGA SAHAJA.