Wednesday, March 21, 2018

Soal-Jawab EMK 2018

Soalan Lazim EMK 2018 (dijawab berdasarkan Taklimat Dan Bengkel Permohonan Elaun Murid Khas (EMK) Secara Atas Talian Daerah Seremban Tahun 2018, 14 dan 15 Mac 2018, Balai Wacana, Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek). Jawapan bukan muktamad. Sebarang kekeliruan sila rujuk PPD atau JPN masing2.

1. Tarikh Daftar Sekolah Tahun Semasa tu di mana nak kemasikini?
Jawapan: Guru kelas murid berkenaan kena login dan kemaskini. Kalau berjaya dikemaskini, Guru EMK boleh lihat tarikhnya. Kalau dah dikemaskini guru kelas tetapi medan berkenaan masih kosong, cuba kemaskini di komputer lain. Jika masih gagal juga, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di PPD atau JPN.

2. Tarikh Daftar Sekolah Tahun Semasa tu berapa hari bulan?
Jawapan: Kalau murid lama (masuk tahun 2017 dan ke bawah) ialah 2.1.2018 iaitu hari pertama persekolahan tahun ini. Kalau murid baru seelok-eloknya ialah tarikh di surat penempatan. Ada juga yang kata hari pertama murid datang sekolah. Boleh berhubung dengan JPN/PPD untuk tarikh sebenar.

3. Perlukah elaun dibuat untuk murid yang berhenti sekolah atau melanjutkan pelajaran ke institusi bukan di bawah KPM sebelum EMK Online dibuka?
Jawapan: Ya. Isi Lampiran A (ada di muka surat akhir Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2018 Pengurusan EMK. Lampirkan sekali surat rasmi penjaga yang menyatakan kenapa murid berhenti sekolah. Dihantar secara manual kepada Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing (Penyelia Pendidikan Khas).

4. Murid yang berpindah sekolah sebelum EMK Online dibuka, siapa kena buat elaunnya?
Jawapan: Dibuat oleh Guru EMK sekolah baru.

5. Semua maklumat murid dah lengkap tetapi kenapa bila Guru EMK tekan butang 'Hantar' di laman maklumat murid naik mesej 'INTERNAL SERVER ERROR 500'?
Jawapan: Cuba log keluar dan login kembali. Cuba hantar semula. Jika masih gagal cuba hidupkan semula komputer dan cuba lagi. Jika masih gagal, cuba di komputer lain. Jika masih gagal juga, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di PPD atau JPN.

6. Kenapa nama murid yang sama berulang dua kali di Senarai Layak Memohon?
Jawapan: Cuba ikuti langkah untuk Soalan 5 di atas.

7. Macam mana nak buat EMK untuk Murid Pra Sekolah?
Jawapan: Perlu dikunci masuk secara manual. Klik pautan Murid Pra Sekolah yang ada di sebelah kanan Senarai Layak Memohon. Kemudian klik pada Permohonan Baru.

No comments:

Post a Comment