Wednesday, March 21, 2018

Tahun baru, cabaran baru (dah nak abih bulan 3 baru nak cerita?)

Redeployment ke SMK Panchor
Kepada yang kadang2 buka blog ni tetapi heran kenapa lama tak update, sesungguhnya tuan punya blog ni still alive and kicking. Ha, ha, ha bukan mudah tahun persekolahan sesi 2018 bermula. Or should I say it was a little bit hard before even the school starts?

Pagi2 semasa tiba di SMKPZ untuk menghadiri mesyuarat guru kali pertama SMKPZ aku dikejutkan khabar angin bahawa beberapa guru PPKI PZ (four to be exact) akan diredeployment ke sekolah2 lain. Terkejut tu tidak la sangat, memang ada mimpi2 juga nak kena tukar sekolah sejak seminggu dua sebelumnya. Lagi pun kita ni dah dari 2009 di sini.

Apabila nak ditukarkan perlu la buat serah tugas kan? Mujur pengetua sekolah baru memahami dan memberi kelonggaran agar pada minggu pertama tu boleh berada di PZ. Kena la siapkan dan latih kawan2 untuk ambik alih APDM, Return Bulanan PPKI, Jadual Waktu, Blog PPKI PZ dan lain2 yang dirasakan patut.

Setelah meninggalkan PZ, ada dua kali jamuan perpisahan dibuat. Satu oleh pihak PPKI SMKPZ manakala satu lagi Koperasi SMKPZ. Orang panggil makan free, rugi kita tak pi. Masih menunggu jemputan oleh Kelab Staf Dan Guru SMKPZ kalau2 depa masih ingat kat kita. Kalau free, kita mesti pi punya la.

Abdul Hanan kini di Sekolah Sri Seremban
Dalam kesibukan dia banyak bermain dari belajar tu tak sangka lepas juga temuduga untuk masuk ke Sekolah Sri Seremban. Bulan2 kena bayar lebih la sikit daripada masuk ke sekolah kebangsaan tetapi kalau kita congak balik untuk pengangkutan, makan, upah pengasuh rumah transit, keselamatan, nampaknya sama saja bayarannya. Maka bersekolahlah Hanan dari pagi hingga ke petang di Sekolah Sri Seremban. Di sekolah baru ni Hanan masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Kasut selalu hilang di surau sekolah (besoknya Insya Allah jumpa semula), seluar sukan habis digunting, dilubang2kan sendiri, masih belum pandai berkawan tetapi bila jemput petang2 ada saja kenakalannya yang diadu kawan2nya. "Pakcik, Hanan cucuk2 saya." "Pakcik, Hanan gunting kertas tampal kat songkok saya." "Pakcik, tak ada orang nak kawan dengan Hanan." Hmmm, begitulah budak2. Tapi petang2 memang RM2.20 dah tentu Hanan minta untuk beli Milo kotak di kedai koperasi sekolahnya.

Milo boleh, Dutchlady coklat pun boleh.

Ainul Hanim kini di Tadika Little Caliph
Kalau ikutkan tahun ni baru empat tahun tapi kerana kesian dia hanya keseorangan di rumah Wan setelah abangnya masuk tahun satu, kami pun mengambil keputusan untuk hantar Hanim ke tadika yang sama abangnya bersekolah tahun lalu. Perkembangan yang nampak jelas ialah dah kenal a, ba, ca, da, sa. Lagi dengar lagu head, shoulder, knee and toes. Dengar baca doa makan, Al-Fatihah. Hebatkan cikgu2 tadika?
Tapi tahun ini juga Hanim dah masuk HTJ dua kali. Bulan Januari sekali, bulan Februari sekali. Dua2nya kerana jangkitan kuman di paru2. Kemasukkan kali pertama sehingga ke PICU (wad ICU untuk kanak2). Buat masa sekarang perlu pakai pam (inhaler) oren dua kali sehari. Yang ubat kaler biru tu jarang2 pakai. Semasa temujanji dr beberapa hari lepas, nampaknya semua positif. Insya Allah akan bertambah sihat.

Pagi2 sibuk nak bawa beg sekolah sendiri.

Syukur dalam banyak2 perubahan tu Umi masih di SMK Seremban Jaya 2 lagi. Tak tau la kot2 esok, lusa naik pangkat kena pindah ke sekolah baru pula.

No comments:

Post a Comment