Wednesday, May 26, 2010

Dekat2 pulak nombor moto den dan keta isteri den

Dengan gaji pertama aku terima pada tahun 2005 pada bulan Mac 2005 aku telah membeli sebuah Honda Wave 125. Satu penhijrahan yang besar daripada Honda C70 yang aku eksiden pada 1999. Mula-mula bawak gayat jugak pasai bawa motor yang sekali ganda cc nya.

Dengan plat pendaftaran W** 4945 (budak cina buta sekolah aku time tu kata Mati Hidup Mati Miskin, heh!) motor tu tak banyak meragam kecuali tayarnya belakangnya pecah dua kali kena paku yang ditabur puaka celaka di lorong motor. Sekali masa aku bawa kena di MRR2 dekat Zoo Negara dan sekali lagi oleh adik aku di Lebuh raya PLUS masa nak pi dating jumpa tunangnya di UPSI. Tapi lepas tu bila dah tukar tayar tubeless Alhamdulillah tak pecah dah tapi kena pastikan angin sentiasa penuh sebelum jalan.

Pernah aku buat gila sekali naik motor tu balik Pendang dari KL. Sorang2, tak konvoi ddengan sapa2 dan memang jentera Honda cukup gagah. Bila sampai Pendang cuma tukaq sproket saja kerana ikut buku servis memang dah masanya pun.

Minggu lepas sebuah kereta baru dah keluar di Seremban, isteri aku punya la. Punya la susah nak keluar dari kedai, JPJ Seremban offline dari hari Jumaat sampai la Isnin. Selasa baru keluar. Kalau tak betul orang JPJ boleh call saya, saya boleh bagi nama salesman yang kata JPJ offline tu. Komanlah sistem komputer kerajaan sampai berhari-hari offline. Baik kita pakai sistem fail macam zaman Abrahah menyerang Kaabah.
Mula-mula salesman tu minta cadangkan beberapa nombor untuk di 'bid' di JPJ. Aku cakap tak payah, pasai dah la interest pinjaman bank tinggi (3.9 peratus, makan la duit bunga tu banyak2 setan!) nak kena tambah pulak duit lagi untuk beli nombor. Baik makan kenyang atau beli stok gula yang la ni takdak kat Seremban ni. Aku cakap kat salesman tu aku nombor apa pun boleh. Angka giliran PMR aku dulu siap ada nombor 13 lagi hujungnya tapi dapat jugak straight A's. Ha ha ha! Karut dan syiriklah kepercayaan tentang nombor ni.

Dan pada malam selasa tu dapatlah aku dan isteri membawa kereta baru. Tapi sempat la jugak merasa bawa test drive unit kedai tu sehari kerana aku bising pada hari sebelumnya tak dapat2 lagi keta baru. Tengok saja nombor kereta baru terkejut juga kerana nombor platnya miss semata saja di hujung, N** 4946. Ha ha ha! Tak sangka nombor nak sama nombor motor den.

No comments:

Post a Comment