Wednesday, May 26, 2010

Sebungkus nasi lemak secawan nescafe o ais

Pagi rabu tu aku bangun pukui 4 pagi, nak pi meeting tulih buku di kl. Patutnya check in petang sebelumnya tetapi atas beberapa hal yang tak dapat dielakkan kena pi pagi esoknya.

Bila dah masuk lebuh raya maka tekanlah minyak lebih kurang 120 km sejam. Jalan masih kosong lagi. Bila sampai di hotel dan check in, masih awai lagi kerana meeting jam 9.00 pagi, maka sambung la lena dulu.

Lebih kurang 7.30 pagi isteri telefon, "Bangun bang, meeting!" Lepas mandi dan bersiap aku pun turun jalan menuju ke tempat meeting. Oleh sebab meeting masih lambat, aku lepak la breakfast dulu kat warung orang kita yang terletak beberapa ratus meter sebelum bangunan tempat aku meeting.

Pagi tu pekena nasi lemak ikan bilis telur rebus yang dibungkus dalam daun pisang dan secawan nescafe o ais. Sedap la jugak nasik lemak tu dan sambal dia tak pedas. Dah menjangkau 31 tahun ni dan badan yang obes tak boleh makan banyak2 dan pedas2. Yang menariknya aku makan kat situ ialah plastik cover mejanya ada gambar strawberi.

Berapa aku bayar? RM 2 je. Cukup murah untuk taraf hidup di KL ni.

No comments:

Post a Comment