Wednesday, May 26, 2010

Majalah Kalbu SMPK Setapak

Malam ni tangan aku rasa gatal pulak nak menulis kenangan masa jadi penyelaras majalah sekolah SMPK Setapak dulu. Seingat aku, Majalah Kalbu yang pertama diterbitkan pada tahun 2007 dan aku sempat jadi penyelaras untuk 2008 hinggalah time pertukaran pada Jun 2009.

Masa dapat buku/takwim sekolah pada tahun 2007 berderau darah bila lihat nama aku jadi penolong penyelaras majalah sekolah. Kalau check dalam rekod semenjak perasmian sekolah oleh Dato Musa Hitam pada tahun 1978 (masa tu dia merupakan Menteri Pelajaran) tak pernah lagi terbit majalah sekolah dan ini merupakan kali pertama ianya dibuat.

Penyelaras majalah sekolah pada mulanya ialah Puan Masniah. Yang menjadi kelam-kabutnya ialah apabila beliau mendapat arahan pertukaran ke JPKhas, naya weh aku ni masa tu kerana masa passing tugas untuk jadi majalah sekolah aku apa pun tak tau, yang ada hanyalah senarai nama ajk saja.

Dengan berpandukan beberapa buah majalah sekolah yang dipinjam daripada pss maka bermulalah aku merangka susun atur majalah sekolah tu dengan bantuan beberapa orang ajk. Bermesyuaratlah ajk beberapa kali untuk siapkan majalah tu. Macam2 kerenah nak kumpulkan report persatuan, kelab dan sesi bergambar yang dilakukan bagi menyiapkan majalah. Part bergambar nasib baik ada Rafidi yang tolong, tak kuasa aku nak pegang kamera slr yang berat tu.

Tentang nak namakan majalah sekolah siap telah diadakan pertandingan di kalangan bebudak dan cikgu-cikgi untuk menamakannya. Maka terpilihlah nama Kalbu. Pastu ada pulak yang pandai2 check kamus pulak suruh tukaq jadi Qalbu. Maka, aku yang dah siap kumpul dan susun bahan dalam perisian pemprosesan perkataan (takleh tulih MS Word, nanti macam kempen suruh guna MS Word, sapa makan cili dia la kena buasir kah, kah, kah!) ubah la kepada Qalbu mana-mana perkataan Kalbu. Habih saja ubah kepada Qalbu, dapat pulak arahan tukar kepada Kalbu balik, hampeh sungguh! Nasib ada command find and replace, kalau tak jenuh nak cari satu-satu. Buat ajalah janji client puas hati.

Bila dah siap fail perisian pemprosesan perkataan yang aku edit cantik-cantik, aku kepada Kak Shuhada untuk dia tukaq kepada format Braille. Aku kira beruntung kerana ada Kak Shuhada yang jadi ajk Braille untuk majalah sekolah tu. Selain tukaq kepada format Braille dia jugak kira jadi checker / proof read untuk check mana-mana kesalahan ejaan. Telinga orang buta lagi tajam dari penglihatan manusia normal. Bila dah siap embos dan jilid bukan main tebal lagi majalah sekolah edisi Braille tu, macam buku telefon!

Tapi jerih-payah buat majalah sekolah part yang paling puas sekali ialah dapat melihat hasil cetakannya. Walaupun kulitnya agak tak best (tak tau la pasai apa jadi buruk benar kulitnya bila dah publish) bila aku lihat muka surat sepatah kata penyelaras tu memang bangga sungguh.

Sebab aku imbau jadi penyelaras majalah sekolah tu kerana beberapa bulan kebelakangan ni aku terlibat dalam penulisan sebuah buku yang Insya Allah akan diterbitkan oleh sebuah badan berkanun kerajaan tak lama lagi. Aku tak la tulih buku tu sorang2, ada dua orang penulis lain dibantu oleh beberapa pegawai daripada badan berkenaan. Masa tulih buku ni macam-macam pengalaman aku dapat. Yang penting sekali ialah pengalaman bahawa sesuatu benda tu macam-macam perspektif orang lain lihat. Kita rasa kita buat sesuatu benda tu dah betul tapi bila orang lain nilai dan komen benda tu rupa-rupanya pemahaman kita tentang benda tu adalah salah.

Tulih buku ni jugak ajaq aku tentang sabar. Dah tulih cantik-cantik satu bab, tup-tup buang semua dan tulih lain. Buat la balik.

Part kena buat balik dan kena tembak dengan pegawai-pegawai dan penilai-penilai tu aku boleh tahan lagi tapi part yang aku lemah sekali ialah apabila balik sekolah lepas mesorat budak-budak aku akan tanya, "Cikgu Lan pergi mana tak datang sekolah?" "Apasal Cikgu Lan tak datang sekolah hari Khamis tu, kami teringin nak dengar lagu henset cikgu" Kesian budak-budak aku kat sekolah tu, selalu kena tinggal masa aku mesorat. Ada sekali tu cikgu sekolah aku cerita budak-budak tu bising bila time yang patutnya aku masuk mengajaq cikgu lain pulak yang relief.

Harap-harap nanti bila dapat duit royalti nanti dapat la cover duit minyak dan tol aku berulang-alik ke badan kerajaan tu serta beli notebook baru untuk gantikan notebook adik aku yang dah nyawa-nyawa ikan ni. Kalau ada lebih lagi harap-harap boleh settle hutang pinjaman pelajaran aku masa mengaji U dulu. Tu pun kalau ada la...

No comments:

Post a Comment