Saturday, May 8, 2010

Jangan lari bila ditahan polis

Seminggu dua ni teruk jugak polis kena kritik. Kes pertama remaja kena tembak kerana dianggap cuba lari dari polis bila enggan menghentikan kenderaannya. Dalam kes ni pada pendapat aku jangan salahkan polis kerana remaja tu sendiri bawak keta tak dak lesen bawa keta kakaknya kalau tak salah. Mak bapak lah yang gagal mengawal anaknya atau memang merelakan anaknya bawa keta tak berlesen. Macam iklan sinar fm tu kata, "Biar ajo anak anda bawa motor kesayangan anda tu keghano yang kono saman bukan anak ando tapi ando. Alah, anak abah la katakan. Tapi kalau anak ando mati keghano motor anda, maso tu cakap apo pun tak guno laei."

Kes kedua pulak remaja kena tembak kat perut kerana tak berhenti kat road block. Ini pun memang patut kono tembak. Mana la tau kalau budak tu peragut, bawak dadah, bawak motor tak lesen, semuanyo mungkin. Nasib baik ditembak, ekau kono duduk spital tak lamo tu, kojap yo lopeh tu ekau boleh meghompit balik. Dulu ada remaja bawa girlfriend dengan motor tak nak berhenti kat road block kono kejar dengan polis, polis sepak motor budak tu bawak terbalik terbongkang langgar tiang letrik. Remaja tu lumpuh dari pinggang ke bawah, girlfriend pun lari. Kesian kek omak, dulu kocik2 basuh beghak kau pasal ekau tak boleh basuh sendiri, dah bosa pun kono basuh laei pasal kau dah tak leh bergerak.

Kes ketiga pulak yang baca hari ni pasal ketua polis negara kono saman 4 juta pasal tembak keta masa kejar mengejar. Apa punya bingai, dah beghonti pastu tibo2 lari. Kata pemandu dia lari pasal kena suluh dengan lampu suluh. Silau sangat ka sampai terus cabut? Lain kali sapa2 kena tahan dengan polis malam2 kat road block buka lampu kereta dalam kereta anda tu. Kalau polis tu suluh jugak anda boleh marah kat dia kata, "Saya dah bukak lampu dato, tak perlu suluh lagi."

No comments:

Post a Comment