Wednesday, May 26, 2010

Sarjan Hasan

Petang2 Rabu yang ada ko-kurikulum sungguh membosankan di sekolah. Budak2 normal kat atas ada aktiviti ko-kurikulum waktu tu tapi budak2 ppki aku dah balik dah 2.40 petang dan untuk bagi keadilan kepada semua cikgu kat sekolah ni kena la balik pada time yang sama iaitu 4.30 petang.

Kalau korang nak tau aktiviti ko-kurikulum PPKI sini ialah bowling, pengakap dan kelab pendidikan khas. Bowling ada buat sebulan sekali pada hari rabu di pusat bowling sekitar Seremban ni. Cikgu-cikgilah yang jadi drivernya, tak apa untuk budak2 kita jugak, hari2 duduk sekolah pun boring jugak.

Aktiviti pengakap dan kelab dibuat pada hari Rabu. Start 2.00 petang sampai 2.40 petang. Itu pun budak2 dah penat dah. Budak2 ni jam 12 tengah hari saja dah mula out off coverage dah. Lebih kurang budak pra sekolah la jugak, takat pukui 12 saja tumpuannya. Kalau aku punya time matematik tengah2 hari tu kesian bila2 budak2 merungut dah penat dan panas. Bila la nak bubuh aircond yek?

Budak2 balik 1.20 petang pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Rabu 2.40 petang pada hari ada ko-kurikulum. Jumaat 12.00 tengah hari. Cikgu-cikgi balik 2.30 petang pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Rabu 4.30 petang pada hari ada ko-kurikulum. Jumaat 12.00 tengah hari.

Dan pada suatu hari Rabu tu setelah budak2 balik, kerja aku semua dah siap, aku pun layan Sarjan Hasan. Lama sungguh nak tunggu 4.30 petang tu, macam kerja pejabat. Dah abih cerita Sarjan Hasan pun masih ada baki 10 minit sebelum nak balik. Lain kali kena bawa cerita Hindustanlah pulak. He he he!

No comments:

Post a Comment