Friday, March 27, 2015

Terima kasih Tuan Mohamad Radzi

Kali pertama saya bertemu beliau ialah di Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada pertengahan tahun 2009 semasa urusan pertukaran ke Negeri Sembilan. Tuan Mohamad Radzi bin Haji Abd Wahab pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Boleh dikatakan beliaulah bertanggungjawab menempatkan saya di SMKPZ. Terima kasih kerana tidak postkan saya ke daerah-daerah yang mungkin lebih jauh di Negeri Sembilan ini.
Pada tahun 2012 beliau ditempatkan pula sebagai pengetua di SMK Seremban Jaya 2 sekaligus menjadi ketua pula kepada isteri saya yang berkhidmat sebagai guru di situ. Menurut isteri saya, Tuan Mohamad Radzi merupakan seorang ketua yang bertimbang rasa, memberi peluang seluas-luasnya kepada orang bawahan beliau untuk memajukan kerjaya serta mudah untuk berurusan dengannya.
Maka seperti mana-mana pegawai kerajaan yang lain, selama mana pun berkhidmat akan tiba masanya dipaksa untuk berhenti berkhidmat iaitu pencen. SMK Seremban Jaya 2 telah mengadakan suatu majlis makan malam bagai meraikan bersaranya Tuan Mohamad Radzi. Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti telah diadakan pada malam 13 Mac 2015 di Hotel Royale Bintang, Seremban.
Selamat bersara Tuan.




Monday, March 9, 2015

Bye bye Honda Wave, Hello Honda PCX!

Setelah bertahun2 berkhidmat dengan setia, siap balik ke Kedah dengannya, maka pada tahun ini dengan berat hatinya aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada Honda Wave 125 cc aku yang mendapat tuan yang baru. Tak jauh pun, berpindah ke rumah bapa saudara aku yang mana isterinya mengasuh Hanan dan Hanim.
Kalau ikut hati tak mau dijual tetapi kerana malas nak merepair itu dan ini (takut ditipu pomen) maka aku lepaskan kepada bapa saudaraku, dia kata pelan2 dia repair.
Kali ini, dengan menggunakan wang simpanan yang kononnya nak digunakan bagi membeli Kawasaki Ninja 250 Z tahun lepas (sebelum tahu nak dapat Hanim itu hari), aku telah membeli secara tunai skuter Honda PCX 150 cc. Ada la dekat2 RM sebelas ribu. Selagi boleh elakkan riba tak ada salahnya kan?
 Design skuter ni yang aku berkenan ialah pada lampu depannya. LED, sekali tengok dari jauh ingatkan superbike, rupa2nya skuter. Ceh, ceh...
Untuk beli skuter ni banyak cabarannya. Tak ramai orang pakai, tak tau macam mana la ragamnya nanti. Dah order, sebulan tunggu baru dapat. Dah la tu, order warna putih, dapatnya warna merah. Sama dengan warna motor lama. Tapi tak nak tunggu lagi, nanti naik pula harga kerana GST kata tokey kedai.
Untuk pindahkan NCD insurans motor lama ke skuter baru dan tukar nama di geran semua aku urus sendiri, tak ada pakai runner.
Kalau nak buat sendiri senang saja. Mula2 pi JPJ dengan owner baru. Bawa geran dan road tax. Tukar nama di geran (RM3 saja kot, tak ada keluar geran baru, ada salinan bayaran saja) dan matikan road tax. Motor dah tak boleh naik atas jalan dah sehingga owner baru buat insurans dan road tax baru.
Lepas tu bawa geran (dan salinan bayaran yang ada nama owner baru)serta polisi insurans ke pejabat utama polisi insurans, (dalam kes aku ni kat Takaful Ikhlas di Taipan Senawang). Cakap kat orang insurans tu kita nak surrender polisi. Dia akan proses dan keluarkan satu surat menyatakan kita nak transfer NCD yang kita perlu serahkan kepada tokey kedai di mana kita beli motor baru kita. Siapkan juga nombor akaun bank untuk orang insurans tu pulangkan baki bayaran insurans motor kita kalau ada. RM10 pun duit juga, boleh guna isi minyak.
Dah dapat surat untuk transfer NCD tu baru la kita serahkan geran kepada owner baru untuk dia buat insurans dan road tax baru. Baru la betui2 habih hubungan kita dengan motor lama kita tu secara rasmi. Tak ada la kita kena saman kalau owner baru tu naik motor tak pakai helmet.
Tentang pengalaman bawa Honda PCX ni aku sambung di lain kali, esok sekolah...

Himpunan Waghih Abdul Hamid Rauf dan Siti Amrah Lahum

Bertarikh 21 Februari 2015 (Sabtu) bertempat di rumah arwah atuk dan arwah wan aku di Kampung Sungai Ayer Jernih, Gemencheh telah berhimpunnya waghih-waghih Abdul Hamid Rauf dan Siti Amrah Lahum.

Kalau saja2 nak berhimpun ramai2 begini agak susah, tapi perhimpunan kali ini ialah bagi meraikan majlis aqiqah anak sulung sepupu aku iaitu Auni dan juga majlis puja umur (macam cerita P Ramlee pula) anak ketiga sepupu aku juga iaitu Aaron (ka Harun?), tak tau la nama, anak buah dah terlampau ramai.

Kami sampai petang tu dah Maghrib (wah, datang makan saja ekau ni Jang. tak tolong apo2 ko?) Ha ha ha! Bila dah ada budak2 kecik ni susah nak tolong2 dah, tunggu besar, cerdik sikit lagi den boleh balik awal tolong2. Kenduri aqiqah Hanim hari tu pun dari pasang khemah, masak, hidang, ambik gambaq, kambing golek, kemas, semua upah orang.

Sesudah solat Maghrib, ada majlis bacaan doa selamat diikuti barbeque dan juga sambutan harijadi. Aku malam tu cuba spend selama mungkin untuk update perkembangan terkini dengan semua saudara mara ku yang hadir malam tu.

Menjelang pukul 10.30 malam, Hanan yang sibuk main dengan saudara2 yang sebayanya pula telah diserang alahan. Bengkak2 seperti gigitan nyamuk mula tumbuh di sana-sini. Kena la balik kerana kebetulan terlupa pula bawa ubat malam tu.

Saksikan rakaman yang sempat dirakam wartawan lokasi.

Bacaan doa selamat.

Sungguh syahdu.

Sesi barbeque.

Siap ada khemah untuk makan2.

Terima kasih atas kambing bakar yang sedap. Moga2 perhimpunan Waghih Abdul Hamid Rauf dan Siti Amrah Lahum akan terus diadakan lagi pada masa akan datang.

Sunday, March 8, 2015

Destinasi Cinta 1/2015: Grand Lexis Port Dickson

Itu hali selasa sebelum laya cina, gua dan keluaga peligi jalan2 makan angin sana grand lexis port dickson. aiya manyak best ooo! Kepada pelawat berbangsa cina jangan marah, aku hanya bergurau.

Seperti yang aku katakan awal2 tadi, pada hari selasa yang merupakan salah satu hari sekolah aku cuti pada minggu sambutan tahun baru cina baru2 ini aku telah membawa keluarga aku bercuti ke grand lexis port dickson. Cuti kali ini walaupun panjang tapi aku tak balik ke kedah, kesian budak2 yang kecik2 lagi tu takut meragam dalam perjalanan. Tengok dalam berita di tv memang kesian, jamn berpuluh2 kilometer. Aku pun rasa dah terlalu tua untuk drive lama2 dalam kereta sambil menyumpah2 apakah gerangan halnya yang menyebabkan jamn tu?

Kalau ikut mahal sewa bilik mungkin tak berani nak menyewa di sini tapi sesekali apa salahnya kita menggunakan resources yang ada untuk menghiburkan yang tersayang. Sewa RM700 lebih, boleh murah lagi kalau tempah seminggu lebih awal atas tiket kakitangan kerajaan kata petugas kaunter tu.

Aku ambik bilik yang dekat air tu. Dihantar ke bilik dengan buggy. Sua la RM5, sedekah penat2 orang tu susun dan angkat barang kita. Masuk saja dalam bilik, wah begini ghupanya bilik hotel lima bintang. Ada katil king, ada cermin kat lantai kita boleh tengok ayaq pasang, ada astro banyak channel, ada kipas, ada aircond, ada wifi (laju) untuk bilik kita, ada mikrowave, ada peti ais, ada shower, ada tandas dan palinggggggggggggggggggg best ada kolam mandi private sedalam 4 kaki. Ohhh, apakah imaginasi jahat yang korang bayangkan tu? Ha ha ha!

Ni antara gambar yang sempat disnap.

Hanim dan aku tepi kolam dalam bilik.

Ini kat kolam public.

Hanan dan aku dalam kolam di bilik.

Hanim melihat air laut yang mulai pasang melalui cermin di lantai bilik.
 
Ronda2 sekitar Grand Lexis sebelum matahari terbenam.

Breakfast yang mewah. Orang2 yang datang makan tak ada yang huru-hara dan tamak. Budak bawah 12 tahun makan free.

Secara keseluruhannya memang berbaloi bayaq RM700 lebih untuk destinasi cinta kali ni. Bagi yang nak berbulan madu atau menyemai semula bibit cinta dalam perkahwinan atau nak tambah sorang anak lagi atau nak berehat saja tak nak keluaq2 bilik, ini pun satu option yang baik, ambik yang kat laut punya. Malam2 memang sunyi. Ha ha ha!

Jom Tanak Minyak Masak Sendiri






Pada masa kini, daripada bising2 akan kenaikan harga barang itu dan barang ini kita harus kreatif dan mencari alternatif. Salah satu alternatif yang aku ingin cadangkan di sini ialah kita menyediakan minyak masak kita sendiri iaitu menanak minyak kelapa.
Kecik2 dulu di kampung, tuk aku selalu menyediakan makanan dengan menggunakan minyak ini. Baru tadi ni sebelum mula mengarang blog ni aku goreng telur dadar dengan menggunakan minyak ini yang ditanak sendiri. Dia punya rasa sedap tak terkata, tak sama seperti menggunakan minyak kelapa sawit, karotena atau minyak zaitun.
Satu kilo santan di Pasar Besar Seremban berharga RM6.50 mungkin dikatakan mahal jika ditambah kos gas masak untuk menanak pula dalam kuali, hanya dapat setengah bekas taufu fah tapi yang sedapnya ialah usaha menyiapkan minyak tersebut.
Selamat menanak!