Kalau saja2 nak berhimpun ramai2 begini agak susah, tapi perhimpunan kali ini ialah bagi meraikan majlis aqiqah anak sulung sepupu aku iaitu Auni dan juga majlis puja umur (macam cerita P Ramlee pula) anak ketiga sepupu aku juga iaitu Aaron (ka Harun?), tak tau la nama, anak buah dah terlampau ramai.
Kami sampai petang tu dah Maghrib (wah, datang makan saja ekau ni Jang. tak tolong apo2 ko?) Ha ha ha! Bila dah ada budak2 kecik ni susah nak tolong2 dah, tunggu besar, cerdik sikit lagi den boleh balik awal tolong2. Kenduri aqiqah Hanim hari tu pun dari pasang khemah, masak, hidang, ambik gambaq, kambing golek, kemas, semua upah orang.
Sesudah solat Maghrib, ada majlis bacaan doa selamat diikuti barbeque dan juga sambutan harijadi. Aku malam tu cuba spend selama mungkin untuk update perkembangan terkini dengan semua saudara mara ku yang hadir malam tu.
Menjelang pukul 10.30 malam, Hanan yang sibuk main dengan saudara2 yang sebayanya pula telah diserang alahan. Bengkak2 seperti gigitan nyamuk mula tumbuh di sana-sini. Kena la balik kerana kebetulan terlupa pula bawa ubat malam tu.
Saksikan rakaman yang sempat dirakam wartawan lokasi.
Bacaan doa selamat.
Sungguh syahdu.
Sesi barbeque.
Siap ada khemah untuk makan2.
Terima kasih atas kambing bakar yang sedap. Moga2 perhimpunan Waghih Abdul Hamid Rauf dan Siti Amrah Lahum akan terus diadakan lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment