Sunday, March 8, 2015
Jom Tanak Minyak Masak Sendiri
Pada masa kini, daripada bising2 akan kenaikan harga barang itu dan barang ini kita harus kreatif dan mencari alternatif. Salah satu alternatif yang aku ingin cadangkan di sini ialah kita menyediakan minyak masak kita sendiri iaitu menanak minyak kelapa.
Kecik2 dulu di kampung, tuk aku selalu menyediakan makanan dengan menggunakan minyak ini. Baru tadi ni sebelum mula mengarang blog ni aku goreng telur dadar dengan menggunakan minyak ini yang ditanak sendiri. Dia punya rasa sedap tak terkata, tak sama seperti menggunakan minyak kelapa sawit, karotena atau minyak zaitun.
Satu kilo santan di Pasar Besar Seremban berharga RM6.50 mungkin dikatakan mahal jika ditambah kos gas masak untuk menanak pula dalam kuali, hanya dapat setengah bekas taufu fah tapi yang sedapnya ialah usaha menyiapkan minyak tersebut.
Selamat menanak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment