Setelah bertahun2 berkhidmat dengan setia, siap balik ke Kedah dengannya, maka pada tahun ini dengan berat hatinya aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada Honda Wave 125 cc aku yang mendapat tuan yang baru. Tak jauh pun, berpindah ke rumah bapa saudara aku yang mana isterinya mengasuh Hanan dan Hanim.
Kalau ikut hati tak mau dijual tetapi kerana malas nak merepair itu dan ini (takut ditipu pomen) maka aku lepaskan kepada bapa saudaraku, dia kata pelan2 dia repair.
Kali ini, dengan menggunakan wang simpanan yang kononnya nak digunakan bagi membeli Kawasaki Ninja 250 Z tahun lepas (sebelum tahu nak dapat Hanim itu hari), aku telah membeli secara tunai skuter Honda PCX 150 cc. Ada la dekat2 RM sebelas ribu. Selagi boleh elakkan riba tak ada salahnya kan?
Design skuter ni yang aku berkenan ialah pada lampu depannya. LED, sekali tengok dari jauh ingatkan superbike, rupa2nya skuter. Ceh, ceh...
Untuk beli skuter ni banyak cabarannya. Tak ramai orang pakai, tak tau macam mana la ragamnya nanti. Dah order, sebulan tunggu baru dapat. Dah la tu, order warna putih, dapatnya warna merah. Sama dengan warna motor lama. Tapi tak nak tunggu lagi, nanti naik pula harga kerana GST kata tokey kedai.
Untuk pindahkan NCD insurans motor lama ke skuter baru dan tukar nama di geran semua aku urus sendiri, tak ada pakai runner.
Kalau nak buat sendiri senang saja. Mula2 pi JPJ dengan owner baru. Bawa geran dan road tax. Tukar nama di geran (RM3 saja kot, tak ada keluar geran baru, ada salinan bayaran saja) dan matikan road tax. Motor dah tak boleh naik atas jalan dah sehingga owner baru buat insurans dan road tax baru.
Lepas tu bawa geran (dan salinan bayaran yang ada nama owner baru)serta polisi insurans ke pejabat utama polisi insurans, (dalam kes aku ni kat Takaful Ikhlas di Taipan Senawang). Cakap kat orang insurans tu kita nak surrender polisi. Dia akan proses dan keluarkan satu surat menyatakan kita nak transfer NCD yang kita perlu serahkan kepada tokey kedai di mana kita beli motor baru kita. Siapkan juga nombor akaun bank untuk orang insurans tu pulangkan baki bayaran insurans motor kita kalau ada. RM10 pun duit juga, boleh guna isi minyak.
Dah dapat surat untuk transfer NCD tu baru la kita serahkan geran kepada owner baru untuk dia buat insurans dan road tax baru. Baru la betui2 habih hubungan kita dengan motor lama kita tu secara rasmi. Tak ada la kita kena saman kalau owner baru tu naik motor tak pakai helmet.
Tentang pengalaman bawa Honda PCX ni aku sambung di lain kali, esok sekolah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment