Sunday, January 27, 2019

Memasang Kotak Givi Pada Honda PCX

Setelah hampir 3 minggu menunggu akhirnya rak khas untuk memasang kotak Givi pun tiba. Area KL mungkin ada ready stock tapi untuk PCX Uncle ni, order kat Seremban saja. Order dengan NS Speed Motor Parts Accessories Sdn Bhd. Kedainya ni di 1438, Jalan Rasah. Dekat2 area rumah kedai nak sampai ke Hospital Tuanku Jaafar kalau kita dari bandar Seremban.

Harga rak ni RM135, kotak Givi pula RM145 dan upah pasang RM15. NS Speed cuma jual rak dan kotak Givi saja, tak ada servis pasang tapi jangan risau, selang dua buah kedai ada sebuah bengkel motor yang boleh melakukan kerja pemasangan.

Dulu masa pakai Honda Wave 125, Uncle pasang kotak Givi setelah hangin helmet Uncle dicuri kat Lowyat. Sungguh haram jadah. Sanggup pencuri kerat tali helmet. Berapa sen la dapat jual helmet usang Uncle tu? Kotak Givi pada Honda Wave dipegang oleh rak yang dipasang pada absorber belakang motor tetapi untuk PCX hanya terdiri daripada dua batang besi yang diskru pada lokasi khas di belakang skuter ni (nanti tengok dalam gambar di bawah).

Begini la rupanya bila dah pasang kotak Givi. Kalau ikut hati nak pasang yang besar lagi tapi untuk keperluan harian ni pun dah ok. Kalau nak pi konvoi atau kembara sorang2 macam Kino's Journey tu mungkin kena pakai kotak yang besar lagi.

Warna pemegang kuncinya merah. Ni masa mula2 kita masukkan kunci. Kalau perasan, kunci kita masukkan tegak.

Kemudian kita pusing kunci 90 darjah ke kanan. Tekan butang merah atas untuk buka penutup kotak Givi. Tekan butang merah bawah bawah untuk menanggalkan kotak Givi daripada rak.

Ada ruang yang mencukupi untuk helmet fullface. Ada kabel khas di sebelah kanan jadi penutup takkan boleh buka sehingga 180 darjah.

Ni dah masuk Samsung Tab 10, helmet Hanan dan botol coolant. Masih ada ruang nak letak jaket atau botol air kecik.

Kalau tekan butang merah bawah, kita boleh tanggalkan kotak Givi daripada rak.

Kotak Givi yang telah kita tanggalkan. Kalau ada tools seperti drill, boleh drill lubang pada almari atau kabinet di rumah dan pasang rak Givi padanya, jadi kita boleh pasang kotak ni dalam rumah.

Penutup plastik asal di skuter dibuat 4 lubang oleh mekanik. Kemudian barulah dua batang rak tu dipasang skrunya. Pastikan bahagian lurus kedua2 batang rak berada di sebelah dalam. Pada mulanya mekanik terpasang kedua2 bahagian lurus menghadap sebelah luar (terbalik). Setengah jam melengung pikiaq macam mana nak pasang tapak kotak Givi pada batang rak. 

Baru la matching dengan cover skuter Uncle :) 

Note: cover skuter tu Uncle beli di kedai bersebelahan Excel Bikers Sdn Bhd, selang beberapa pintu daripada NS Speed. Harga dah lupa tapi tak lebih RM50 rasanya.

Menambah sendiri coolant Honda PCX

Uncle (dah tua, bulan depan 40 tahun) lazimnya tambah sendiri coolant skuter Uncle nih. Jangan tanya macam mana nak tukar pulak, itu hangpa kena cari kat site lain.

Berikut ni Uncle senarai langkah2 kalau hangpa nak tambah coolant sendiri. Ini boleh bikin sendiri. Tak cukup coolant silap2 jem skuter kesayangan kita kat tepi jalan :(


Mula2 kena ada 2 benda. Pertamanya coolant. Yang ni cap Fuchs iaitu Silkolene Pro Cool. Harga dah lupa. Uncle beli tahun 2016 sampai la ni belum habih. Uncle beli dari Kedai Motor Maxima Senawang, tempat Uncle beli skuter ni dulu. Kata taukenya yang ni bagus, Yamaha pun pakai yang ni. Entah la kot2 hangpa ada tau brand yang lagi bagus, boleh bagitau kat Uncle.

Benda yang kedua kena ada ialah pemutar skru kepala rata. Ada dalam beg toolkit di bawah seat skuter kita tu kalau hangpa tak keluarkan. Mana tau konon2 nak bagi ringan skuter nak bagi laju, hangpa buat weight modification :)


Kalau nak tau, tempat nak isi coolant Honda PCX disorok kat bawah getah pelapik kaki kanan skuter. 

Mata Uncle dah kabur, jadi kalau Uncle tengok2 macam tu saja kat celah tu memang tak jelas coolant ada ka tidak lagi. 

Cabut saja pelapik getah tu. Tak payah cabut sampai habih.

Plastik empat segi ni kita nak buka. Kita kena umpil pada ruang khas kat tengah2 bawah tu.

Kalau sayang body skuter tak nak calar, lapik la sikit kain ka, getah ka sebelum umpil. Ni Uncle lapik pakai getah tutup pelapik kaki skuter saja. 

Jadi kita akan boleh lihat penutup berlabel COOLANT. Maknanya betul la apa yang kita tengah buat ni.

Buka penutup dan kita boleh isikan coolant.

Kemudian isikan coolant sehingga ke tahap yang bertanda. Uncle ni jenis malas nak buka banyak2 kali jadi Uncle tuang saja sampai dekat2 nak penuh.

Bagi yang cheapskate @ kedekut @ bakhil jangan tanya Uncle boleh tak kita isi air bateri kat sini? Setakat ni Uncle hanya isi coolant saja. Oh ya, tebuk lubang kecik saja kat penutup aluminium botol coolant tu jadi bila tuang tak ada la menderu turun macam air terjun.

Kalau terlebih tuang, coolant yang lebih akan menitik ke atas lantai. Jadi jangan lupa basuh lantai kerana coolant yang brand Uncle beli ni licin macam minyak. Nanti ada pula yang jatuh tergolek.

Dah selesai isi, tutup semula semua dengan sempurna. Simpan toolkit dan coolant di tempat yang selamat dan sepatutnya jauh daripada capaian kanak2. Anak2 Uncle yang 8 dan 5 tahun tu suka main repair2. Kalau dibiarkan habih bertabur dikerjakan nanti :)

Selamat mengisi coolant! 

Friday, January 25, 2019

Jalan2 Di Cameron Highland (catatan lewat) Bahagian 4

Setelah check out dari Ros Chalet kami menuju ke taman tema permainan bersebelahan Nova Highland Resort. Parking di dalam bangunan Nova Highland Resort. Bayaran parking tak sampai RM5 pun sekali masuk. OK la tu dari kena saman parking tempat tak tentu hala.

Kat taman tema permainan ni banyak juga permainannya. Senang cerita isi la RM50 dalam kad pra bayarnya tu. Ada penjaga di tiap2 permainannya. Tak cukup boleh top up lagi. Baki lebihan akan dipulangkan setelah anda memulangkan kad pra bayar.


Naik keretapi lalu depan Nova Hotel.




Ada Arale, watak kartun Dr Slump oleh Akira Toriyama. 

 
Ini naik merry go round. Apatah istilahnya dalam BM?




 
Hanan naik bumper car.

Adik nak tangkap itik.

Bila nak balik dari CH selalu akan timbul persoalan jalan mana kita pilih untuk turun? Adakah melalui Simpang Pulai atau Tapah? Hari tu aku pilih Simpang Pulai kerana kalau pilih Tapah jalannya agak lama dan tak sebaik jalan Simpang Pulai tambahan pula cuaca yang hujan.

Tapi petang itu agak set back kerana sebaik sahaja sampai berhampiran Hentian Sebelah Gunung Tempurung tiba2 nampak sesak di hadapan. Kerana belum solat, aku pun turun solat dulu. Agak hairan juga kenapa hentian ni tak dibangunkan sebaik hentian2 yang lain oleh PLUS? Tandasnya nun jauh di atas bukit, kena naik tangga. Surau pun tak ada. Kedai makan jauh sekali, hanya ada dua lori food truck yang menjual pilihan makanan yang agak terhad.

Bila nak solat di wakaf baru aku perasan, wah, ada sungai rupanya kat hentian ni. Sewaktu berbual2 dengan pekerja kontrak pembersihan yang turut berteduh kerana hujan, dia menyatakan bahawa sungai tersebut turut menjadi tempat para pengunjung untuk mandi-manda. Tapi kerana hujan lebat petang tu, air sungai agak keruh dengan aliran arus yang deras. Tak ada la yang berani mandi. Next time boleh la celup2 kaki kat sini nih :)

PLUS kena bangunkan kemudahan yang lebih baik di sini.

Tandas agak jauh. Kalau perasan, kena parking di bawah tu kemudian naik tangga (di depan keta putih tu). Boleh jadi time naik tangga tu dah terkencing, terberak dulu. OKU berkerusi roda pula kena naik dari arah kiri laluan depan wakaf aku solat ni. 

Ada laluan kecil untuk turun ke sungai.

Alhamdulillah kami tiba di Seremban dengan selamat pada waktu tengah malam. Semoga kenangan jalan2 cuti sekolah kali ni akan terpahat kukuh di ingatan anak2 Abah kot2 di masa akan datang Abah tak mampu bawa hangpa semua pi jalan2 lagi. 

Sempat juga beli pokok strawberi, pokok bunga ros dan kaktus.

Pasu strawberi digantung di gril pintu rumah.

Sempat la makan dua tiga biji sebelum pokoknya mati.

Pokok strawberi dan pokok bunga ros dah mati beberapa minggu yang lalu. Hanya pokok2 kaktus yang masih hidup.

Jalan2 Di Cameron Highland (catatan lewat) Bahagian 3

Pagi2 dah bangun. Kalau tak ada shower yang ada air panas, memang tak mandi la jawabnya dalam kesejukan pagi di CH. Di Taman Sedia ni ada 200 Seeds Cafe @ Abang Strawberry. Kalau yang kaki makan mesti tau kat sini ada dijual nasi lemak bersambalkan Sambal Strawberi Ikan Masin keluaran syarikatnya.

Flyers yang sempat aku ambik. 

Pagi tu kami order nasi lemak sambal strawberi dan juga pancake. Nasi lemak ok, sedap juga. Memang ada rasa masam strawberi tu. Ada diletakkan lauk telur ayam dan ayam goreng. Pancake pula agak keras, tak tau la kerana dah sejuk atau pun adunan tak buat betul2 sebelum dimasak. 

Hanan tengah tulis order pada borang yang disediakan.

Lambat tulis order, lambat la dapat makan. 

Makan pancake. Macam orang putih :)

Ni di dalam kedainya. Sambar juga 2 botol untuk dijadikan oleh-oleh.

Bergambar depan banner kedai.

Di Abang Strawberry ni juga kita berpeluang untuk memetik sendiri strawberi di ladangnya. Di kaunternya tu kita akan diberi bakul dan gunting. Petik la yang berkenan di hati. Bayaran ikut berat strawberi yang kita petik. Memang bergumbira la Hanan dan Hanim petik strawberi pagi tu. 

Pilih yang merah2.

Nak beli satu pasu bawa pulang tanam di rumah.

Hanim dan strawberi yang dia petik.

Rambang mata nak memilih.

Best dapat petik strawberi.

Tiga biji saja ka?

Ha ha ha! Banyak depa petik. Banyak juga la bayarannya.

Decoration kat tempat masuk ladang ni baru ada ni. Dulu tak ada.

Ni kat belakang Ros Chalet. Ada sungai di belakangnya.

Ni di Kedai Ros Chalet Strawberry And Farm.

Kalau datang CH tak sah kalau tak makan strawberi celup dengan sos coklat. Sos coklat saja yang depa dua ni makan :) strawberinya Abah dan Umi la yang kena abihkan.

Best datang CH.

Best jalan2 hari Selasa @ Rabu. Tengok, meja2 lain pun kosong.

Ni kali pertama X-Trail aku sampai CH.