Berikut ni Uncle senarai langkah2 kalau hangpa nak tambah coolant sendiri. Ini boleh bikin sendiri. Tak cukup coolant silap2 jem skuter kesayangan kita kat tepi jalan :(
Mula2 kena ada 2 benda. Pertamanya coolant. Yang ni cap Fuchs iaitu Silkolene Pro Cool. Harga dah lupa. Uncle beli tahun 2016 sampai la ni belum habih. Uncle beli dari Kedai Motor Maxima Senawang, tempat Uncle beli skuter ni dulu. Kata taukenya yang ni bagus, Yamaha pun pakai yang ni. Entah la kot2 hangpa ada tau brand yang lagi bagus, boleh bagitau kat Uncle.
Benda yang kedua kena ada ialah pemutar skru kepala rata. Ada dalam beg toolkit di bawah seat skuter kita tu kalau hangpa tak keluarkan. Mana tau konon2 nak bagi ringan skuter nak bagi laju, hangpa buat weight modification :)
Kalau nak tau, tempat nak isi coolant Honda PCX disorok kat bawah getah pelapik kaki kanan skuter.
Mata Uncle dah kabur, jadi kalau Uncle tengok2 macam tu saja kat celah tu memang tak jelas coolant ada ka tidak lagi.
Cabut saja pelapik getah tu. Tak payah cabut sampai habih.
Plastik empat segi ni kita nak buka. Kita kena umpil pada ruang khas kat tengah2 bawah tu.
Kalau sayang body skuter tak nak calar, lapik la sikit kain ka, getah ka sebelum umpil. Ni Uncle lapik pakai getah tutup pelapik kaki skuter saja.
Jadi kita akan boleh lihat penutup berlabel COOLANT. Maknanya betul la apa yang kita tengah buat ni.
Buka penutup dan kita boleh isikan coolant.
Kemudian isikan coolant sehingga ke tahap yang bertanda. Uncle ni jenis malas nak buka banyak2 kali jadi Uncle tuang saja sampai dekat2 nak penuh.
Bagi yang cheapskate @ kedekut @ bakhil jangan tanya Uncle boleh tak kita isi air bateri kat sini? Setakat ni Uncle hanya isi coolant saja. Oh ya, tebuk lubang kecik saja kat penutup aluminium botol coolant tu jadi bila tuang tak ada la menderu turun macam air terjun.
Kalau terlebih tuang, coolant yang lebih akan menitik ke atas lantai. Jadi jangan lupa basuh lantai kerana coolant yang brand Uncle beli ni licin macam minyak. Nanti ada pula yang jatuh tergolek.
Dah selesai isi, tutup semula semua dengan sempurna. Simpan toolkit dan coolant di tempat yang selamat dan sepatutnya jauh daripada capaian kanak2. Anak2 Uncle yang 8 dan 5 tahun tu suka main repair2. Kalau dibiarkan habih bertabur dikerjakan nanti :)
Selamat mengisi coolant!
No comments:
Post a Comment