Monday, May 2, 2011

Kenapa kad kredit aku tak leh pakai...

| luahan perasaanku kepada emel contact centre bank kad kreditku |

Assalamualaikum.

Beberapa hari lalu (27.04.2011) saya telah menerima sms dari nombor 6**** yang berbunyi "RM0.00 KAD BANK *****: Kad anda masih belum diaktifkan bagi tujuan penggunaan. Sila hubungi 03******** untuk pengaktifan."
Apabila menghubungi nombor tersebut, habis prepaid saya kerana menunggu "semua operator kami sedang sibuk."

Saya kemudian tidak lagi menghubungi nombor tersebut kerana duit saya yang amat berharga itu boleh digunakan untuk membeli susu anak, bayar bil api, mengisi minyak kereta untuk ke Bank ***** cawangan seremban untuk membayar bil kad kredit serta bayaran untuk menggunakan tandas awam. Tambahan lagi kad visa saya boleh digunakan seperti biasa dan kad master pula memang tak pernah digunakan langsung.

Hari ini (01.05.2011) saya tidak dapat menggunakan kad visa saya di stesen minyak. Reject kata juruwang.

Soalan saya:
1. Adakah kad visa saya telah dinyahaktifkan, mengapa tiada amaran diberi?
2. Banyak sindiket penipuan sms berlaku, jika saya hubungi nombor 03*********, bagaimana saya boleh yakini bahawa tiada penipuan sedang berlaku?
3. Saya tidak suka konsep dihubungi melalui sms untuk apa2 perkara berkaitan dengan kad kredit, tak bolehkah Bank ***** berhubung melalui surat saja seperti penyata penggunaan kad kredit yang dihantar secara bulanan kepada saya?
4. Rekod pembayaran saya baik, kenapa kad saya dinyahaktifkan?

Dengan dasar baru kerajaan yang menghadkan bilangan kad kredit yang boleh dimiliki oleh rakyat, saya berasa sudah tiba masanya untuk saya bertukar kepada kad kredit yang ditawarkan oleh bank lain. Kad kredit tidak lagi penting kepada saya kerana dahulunya saya gunakan untuk mengisi minyak sewaktu berulang pergi balik kerja seremban-kuala lumpur-seremban setiap hari. Kerana sekarang saya bekerja di seremban saya boleh bayar tunai untuk mengisi minyak, apatah lagi ada bank yang sanggup memberi rebat jika menggunakan kad kredit mereka untuk mengisi minyak.

Oh ya, sebelum saya berhijrah ke kad lain saya memberi peluang kepada pihak tuan untuk menjernihkan keadaan dengan menghubungi saya di talian 019*******. Tetapi saya tidak akan memberikan nombor kad kredit saya kepada si pemanggil.

Noor Azlan b Abd Rahman,
*******,
Negeri Sembilan.

Terima kasih kerana menyukarkan hidup saya pada hari ini.

No comments:

Post a Comment