Sunday, May 29, 2011

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2011 di Dataran Rembau

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Bertempat di Dataran Rembau pada malam 27 Mei 2011 yang lalu aku telah telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kategori OKU semasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2011 di Dataran Rembau. Majlis yang bermula 8:30 malam tu telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Alhamdulillah, tahun ini sambutannya sederhana tanpa kehadiran Mawi seperti tahun lepas yang mengakibatkan 'penonton' naik 'sheikh' meluru naik ke pentas untuk bersalam, bergambar dan berapa-apaan lagi dengan Mawi. Persembahan daripada murid2 daripada beberapa sekolah di daerah Rembau amat mengagumkan aku pada malam tersebut.
Duduk semeja bersama2 beberapa penerima anugerah daripada sekolah yang lain, meja kami betul2 bersebelahan errr, belakang meja YAB Menteri Besar pada malam tu.
Makan malam dinikmati sambil menonton persembahan oleh murid2. Ada ayam masak cabai, masak lemak daging salai (menu wajib kalau majlis2 rasmi kat n9 kot?), ikan keli goreng, sayur campur, buah oren, puding, sirap dan air mineral. Alhamdulillah sedap masakannya.
Isteri saya pula sangat beruntung kerana berpeluang untuk menjadi 'pengetua' pada malam tersebut kerana telah diarahkan oleh pengetua sekolahnya untuk mewakili beliau yang ada urusan lain pada malam tersebut. Mawar duduk semeja dengan pengetua2 lain dan mejanya di sebelah meja aku.
Selesai ucapan YBerusaha Pengarah Pelajaran, YAB Menteri Besar, gimik yang kreatif antaranya bunyi rakaman letupan bunga api yang dimainkan semula (bagus, dah jimat puluhan ribu duit kat situ) tibalah masanya penyampaian anugerah. Alhamdullilah dapat RM500 (cek akan diposkan kemudian ke sekolah), plak dan sijil penghargaan yang ditandatangani oleh YAB Menteri Besar sendiri.
Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelaras aku, Roslan Ibrahim, pegawai di unit khas, jpn ns, Encik Tumin dan mantan pengetua aku, Puan Hajah Nooraini bt Md Darus yang menyokong pencalonan aku. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar yang amat menghargai warga pendidik Negeri Sembilan. Sesungguhnya penerimaan anugerah ini memotivasikan aku untuk berkhidmat dengan lebih gigih lagi.

No comments:

Post a Comment