Alhamdulillah pada hari ini berpeluang untuk balik ke pengkalan balak bagi menghadiri majlis kenduri kawin sepupu mawar. Bertolak dari Seremban pada jam 11.00 pagi, rasa mengantuk masih ada sementelah tiba di rumah lewat malam kerana menghadiri perayaan hari guru di rembau malam tadi. Tak tau kenapa cepat letih sekarang ni, mungkin faktor usia kot.
Syukur dapat hadir kenduri ni kerana telah miss banyak kenduri-kendara akibat tuntutan tugas yang kadang2 berjalan pada hari sabtu dan ahad. Sampai suatu peringkat terasa pelik pulak apabila tiba hari minggu tak bekerja kerana jam badan dah konfius bila selalu minum livita, tongkat ali atau pun red bull untuk menjana tenaga tambahan untuk bekerja hingga ke tengah malam.
Sambung balik, Alhamdulillah, perjalanan adalah lancar dan kami tiba jam 12.00 tengah hari. Memandu Exora kena sabau sikit kata orang melake kerana ia dibuat untuk cruise dan relax, tak boleh gopoh ketika memotong atau mengambil selekoh tajam. Kena pandai main gear.
Setelah tiba kami pun makan terlebih dahulu untuk menunggu ketibaan pengantin pada jam 1.45 petang. nasi beriani, ayam masak cabai, dalca dagin dan nenas masak lemak merupakan sajian serba-sederhana tetapi sedap yang disediakan tuan rumah.
Selesai makan kenduri, kami bertandang sebentar ke rumah nenek mawar. Dapat la merasa tapai pulut sarimah yang popular di masjid tanah tu. Rasa tapainya konsisten walaupun kita sedia maklum nak buat tapai ni banyak pantang-larangnya.
Setelah itu, kami singgah sebentar pekena ayaq nyok satu telaga, buah jambu, bihun goreng dan limau ais kat pantai pangkalan balak tu. Angin bukan main kuat lagi, sesuai untuk main layang2. Ramai pengunjung yang baru tiba sempena cuti sekolah dan juga duit gaji yang baru dapat 24 hb hari tu masih banyak lagi dalam poket.
Aku dan mawar kemudian ke kubur ayah mawar. Pada petang itu kami sama2 baca surah Yassin di situ. Selesai bacaan Yassin kami pulang ke seremban untuk shopping baju bakal baby di Seremban Parade.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment