Bagi aku sebilangan pemandu di seremban ni amat biadap. Paling banyak aku jumpa ialah tak bagi signal bila nak membelok ke kiri atau ke kanan serta menukar lorong sesuka hati. Mungkin kelemahan aku yang sangat menjaga jarak kereta aku dengan kenderaan di hadapan mengakibatkan ada yang berani masuk secara tiba2 ke lorong aku tanpa bagi isyarat atau pandang rendah bila nampak lambang oku yang aku tampal belakang bonet aku tu dan mengandaikan aku akan mengalah saja.
Aku punya respon tengok angin jugak la, guru oku cemerlang pun manusia biasa jugak. Pernah satu pagi tu tiba2 ada kereta potong kereta aku dari kiri tanpa bagi signal. Bukan main terkejut lagi, aku bagi highbeam dari lampu keta aku yang lebih cerah daripada standard tu dan follow betul2 rapat belakang dia. Kalau tak salah aku hari tu Honda Civic Type R. Memang dia boleh tekan minyak untuk lari pi jauh ke depan tapi bila ada keta2 lain kat depan dia jugak dan sangkut dalam jem tak leh ke kiri atau kanan. Haaa, padan muka hang kena lampu tinggi dari belakang. Buruk2 wira den ni kalau takat dalam town kena hormat la orang di depan, kita sama2 nak pi kerja.
Kalau pasai parking pulak aku dulu masa kerja kl suka pi carrefour wangsa maju kerana ada parking oku disediakan dan dikawal oleh pengawal keselamatan agar bukan pemandu yang 'cacat otak' dan 'buta hati' merampas tempat letak kereta tersebut. Di seremban ni walaupun terdapat tempat letak kenderaan khas untuk oku disediakan tetapi ia tidak dikawal selia sewajarnya oleh pihak berkenaan dan pihak berkenaan juga cetek minda dan juga malas untuk menguatkuasakannya.
Sebagai contohnya pihak jusco seremban dua memang menyediakan banyak parkir untuk oku tetapi parking oku di hadapan starbucks itu selalunya dirampas pemandu oku 'buta hati' yang memandu kereta mewah. Adakah pihak jusco takut kepada orang2 berkereta besar? Buang saja papan tanda parkir oku tu dan gantikannya dengan papan tanda, "Untuk Vellfire saja", "Untuk Murano saja", atau "Untuk kereta berharga RM150000 ke atas saja".
Bagi parkir oku juga pihak jusco telah menggunakan batang2 besi yang dihubungkan setiapnya dengan rantai yang dasarnya ialah rim tayar besi yang berat. Mana mungkin pemandu berkerusi roda turun dari keretanya untuk mengubah batang besi tersebut?
Bercerita tentang pemandu Proton Saga hitam NCH 5256 atau NCH5256 dan kawan2nya yang bodoh, petang tadi jam 7.00 sewaktu menunggu giliran nak parking di depan bistro mamak seremban parade aku tiba2 dipintas oleh pemandu Proton Saga hitam NCH 5256. Sungguh kurang ajar kerana walaupun telah memberi isyarat lebih awal untuk masuk ke parking berkenaan aku tak sangka sungguh berani hang buat macam tu. Hang kira nasib baik hari ni pasai kalau aku bawak wira aku dan aku sorang hari ni memang aku langgar hang dah bodoh!
Hang bukan setakat buta mata tak nampak signal, hang jugak buta hati. Hang punya kalut nak lari dengan kawan2 hang pi minum kat bistro mamak tu sampai pintu keta hang pun tak kunci. Kalau aku orang jahat, aku dah sapu beg2 tangan awek hang kat seat belakang tu. Bila bagi tau keta hang tak kunci, ucap terima kasih pun tidak. Memang bodoh la hang ni, hang ambik lesen kat mana dulu?
Pemandu Proton Saga hitam NCH5256 sorilah brader, hari ni satu dunia tahu hang ni bodoh dan kurang ajar. Cepat2 la jual Proton Saga hitam NCH5256 tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment