Bagi aku Pekan Pendang ni mula naik setelah PLUS bina exit Tol Pendang. Dulu2 sebelum ada exit ni, exit terhampir sebelum Alor Setar Selatan dari arah Seberang Perai ialah Tol Gurun. Bila ada exit Tol Pendang, ramai orang yang kerja di Alor Setar tinggal atau beli rumah di sini.
Yang aku rekemen kalau hangpa singgah di Pekan Pendang:
Kalau nak cari sarapan pagi boleh cuba roti canai di belakang Bangunan Majlis Daerah Pendang. Ni roti canai yang orang Melayu tebar. Satu keping seringgit. Kuah dia sedap. Servis dia cepat. Peniaganya peramah. Kat sini nasi lemak dibungkus daun pisangnya masih satu seringgit. Lauk telur rebus suku dan sambal ikan bilis. Nasi lemak sambal ayamnya juga seringgit.
Untuk sarapan pagi juga, bagi yang nak try nasi lemak kaler kuning boleh beli di depan Sekolah Menengah Agama Islah. Tapi gerai makcik ni tutup hari Ahad kalau tak salah. Yang ni nasinya sedap. Kalau kata bungkus lauk biasa kita akan dapat telur rebus setengah dan ikan bilis goreng. Tapi sambalnya bagi yang tak tahan pedas jangan bagi makcik tu bubuh banyak2. Lauk lain ialah ayam masak kicap yang sesuai untuk selera kanak2. Satu bungkus seringgit setengah. Kalau nak tambah nasi, tambah lima kupang kalau tak salah tapi nasi saiz standardnya pun dah banyak. Kat sini boleh beli bungkus saja, tak ada kerusi meja bagai.
Mukalu pi pagi Sabtu ada Nat (pasar pagi) kat Tasik Pendang. Kalau pagi hari Jumaat ada Pasar Kemboja.
Kalau aku pi pagi Nat hari Sabtu tu, lazimnya aku cari...
Kuih Dangai. Adunan tepung pulut dan isi kelapa parut yang dibakar di dalam bekas logam khas menggunakan api arang. Tapi la ni pakai api gas dah. Satu lima kupang.
Bihun sup. Bestnya bihun sup ni (boleh minta kuetiau atau mee juga, ikut kehendak anda) ada campuran semua 'perkakas' pada lembu. Selain daging boleh campur lemak, paru, tulang, isi ayam. Boleh minta sup campur juga. Jangan lupa, kalau nak bungkus, suruh bungkus cilinya asing, mungkin ada yang tak tahan pedas.
Apam balik. Ada kecik, ada besaq. Ini mana2 pun ada. Saja promote gerai pakcik tu kat blog ni.
Tapi bagi aku yang paling penting sekali ialah di Pekan Pendang ni ada Mak aku, serta adik-beradik aku ada di sini. Bila arwah Abah pindah ke sini bila bertugas sebagai Pentadbir Tanah Daerah Pendang dia macam nak settle down kat sini dah. Ni aku boleh nampak/rasa bila lepas tu walaupun diarah bertukar2 tempat kerja sehinggalah ke Kulim pun dia tak mau pindah2 rumah dah dan kekal menetap di sini.
Hanan bermain buaian di taman permainan berhampiran rumah Mak.
Hanim bermain bersama sepupu2nya.
Bermain jongkang-jongket.
Ini foto jamuan makan malam kami sekeluarga di rumah Lin @ Mak Chaq sebelum kami berempat pulang ke Seremban. Mak Chaq masak Bihun Pin Pekan Tokai malam tu. Boleh buka kedai dah. Juai Bihun Sup Special Pak Chaq sekali, mesti sold out. Lepas makan tup2 blackout! Kih, kih kih!