Tuesday, December 25, 2018

Jalan2 Di Alor Setar Part 2

Setelah rest sehari di rumah mak, hari ni kami nak pi melawat Menara Alor Setar. Bulan puasa hari tu nak naik tak dapat. Tutup untuk penyelenggaraan katanya. Jadi hari ni jom kita ke sana.

Menara Alor Setar ni kalau ada kad OKU, kita boleh beli tiket pada harga lapan ringgit (sama dengan harga tiket kanak2). Dewasa punya berbelas ringgit. Hilang pulak nak tunjuk kat hangpa semua.

'Privilege' untuk tiket OKU sebelah kiri tu.

Menikmati pemandangan semasa menaiki lift ke tingkatan pemandangan.

Para pengunjung boleh mengetahui maklumat berkaitan tempat2 di sekitar Alor Setar seperti Wisma Negeri, Balai Besar dan Balai Nobat melalui skrin2 interaktif yang disediakan. Maaf pengguna JAWS, tak ada screen reader.

Dah puas teropong2 Alor Setar melalui kamera2 Nikon, ada pengalaman virtual reality yang boleh anda nikmati tapi kena beratur la tunggu giliran.

Ada kafe kecil juga kat sini. Ada jual minuman ringan, biskut Tiger, mee segera.

Dekat sejam lebih juga ka atas tu sebelum turun.


Tak sah kunjungan kalau tak sepak ikan tu dulu sebelum balik :)

Hmmm, yang ni juga yang depa minat. Ni kat bawah Menara Alor Setar tu. Setengah jam sepuluh ringgit kalau tak salah.

Nak kejar kereta bomba dan kereta polis kena la sewa skuter satu. Kat Nilai 3 ada jual ni. Kelmarin tengok harganya dalam RM400. Kalau pi hari yang 'sunyi' boleh dapat RM250 kot?

Lori bomba siap ada hailer.

Ne no ne no!

Ne no ne no!

Ni berenti sat di parking depan Wisma Negeri. Di kirinya Balai Besar, di kanannya Balai Nobat manakala di seberang jalannya seperti yang kita boleh lihat di dalam gambar ni ialah Masjid Zahir.

No comments:

Post a Comment