Waktu sampai tu pun parking penuh sampai ke tepi2 jalan. Nasib baik terjumpa tempat parking berbayar di Padang Waremart pada kadar dua ringgit sekali masuk. Boleh la dari kena saman parking tempat tak tentu hala. Padang Waremart ni kiranya bangunan baru la ni. Beberapa tahun mai dulu tak ada lagi.
Dua ringgit bolehlah.
Lama tak datang sini. Dah ada bangunan2 baru.
Menunggu Hanan & Hanim pakai kasut.
Makan pulut ayam dan juga sosej. Boleh la. Ni warung depan Padang Waremart.
Minum air kelapa muda.
Pusing2 dalam bazar utama. Hanim dah tak nak jalan sendiri. Kalau nak beli barang2, kat bazar utama ni mahal sedikit. Nak murah pi cari di pasar yang macam pasar malam kat luarnya (berbumbung kanvas) @ Padang Waremart @ kat tempat hentian bas atas bukit tu. Kat pasar tu beras pulut 4 ringgit sekilo, beras wangi 5 ringgit sekilo. Mungkin hangpa ada jumpa yang lebih murah tapi tak larat nak ronda2 dah kalau setakat nak jimat sekupang dua.
Ni kat tempat hentian bas atas bukit tu. Sini boleh la dapat mainan sepuluh ringgit satu. Hanim bergaya dengan topi barunya. Hanan dapat Milo tabur yang diingininya.
Bagi yang berkesempatan, cuba cari satu baris kedai makan di tepi bazar utama. Kami sempat bungkus tomyam yang dimasak bersama air dan isi kelapa muda. Ni beli kat kedai yang pertama. Selain daripada itu ada juga pulut ayam, pulut mangga dan pulut durian kalau nak cuba.
No comments:
Post a Comment