Setelah Mak Chaq berangkat pulang maka pada hari berikutnya kami memulakannya journey untuk balik ke Pendang. Nak balik dari Ogos lagi tetapi dengan kesihatan yang tidak mengizinkan maka cuti sekolah ni la baru berpeluang nak balik kampung.
Destinasi pertama nak dituju dalam perjalanan pulang ialah ke Ipoh. Nak ke Malaysia Animation Park Studio. Kalau nak masuk dari pagi mau sorang RM100 lebih. Tetapi rezeki cuti sekolah, boleh masuk lepas pukui 4 atau 5 petang macam tu pada kadar RM35 sorang. Boleh la tu. Tutup pukui 10 malam.
Tetapi tempahan kena melalui website rasminya, www. mapsperak.com, bayar menggunakan kad kredit. Selepas masuk semua info, dapat sms kod pengesahan dari bank bla, bla, bla dapat la 4 keping tiket. Kena print siap2 di rumah dan simpan siap2 dalam kereta malam tu juga takut besok lupa bawak.
Penginapan pakai booking.com saja. Senang, satu sen tak payah bayar cuma print maklumat tempahan, tunjuk dan bayar pada hari check in. Kali ni, hotel yang booking.com tu tolong pilih ialah Hotel Abby By The River. Semasa check in all goes well. Biliknya pun ok. Satu malam RM120 plus tambah RM50 sebagai cagaran. Bilik kami tempah ni ada dua katil. Satu katil double, satu katil single. Ada kemudahan aircond, tandas, tv Astro serta pemandangan jambatan.
Malam pun cantik juga pemandangan dari tingkap bilik hotel ni tapi tak ada la bot macam kat Melaka tu.
Simple je hiasannya tapi menarik.
Aku rakam gambar ni dari katil double. Notice tak katil single depan tu?
Oh ya, untuk air panas ada cerek di luar bilik, kira share pakai dengan penghuni lain. Bagus juga macam ni. Tak ada la yang gatal tangan merebus kondom, ikan (ikan jaket, pantri asrama lelaki Desasiswa Gemilang, 1997, sial sungguh, macam mana boleh lepas jadi student universiti?), sosej dan benda pelik2 kat dalam tu. Tapi kami kalau pi mana2 memang bawa kettle sendiri. Kettle hotel2 macam2 kami pernah jumpa, berkarat la, masak air berjam2 tapi tak masak2. Air hotel ni pula ada sistem bertapis jadi tak perlu la aku angkat botol air bertapis yang bawa dari rumah tu. Tunggu masa je nak beli karavan nih :)
Dalam Part 2 aku akan cerita tentang kunjungan ke MAPS. Jadi aku cerita sampai habih part hotel di Part 1 ni dulu. Oh ya, hotel ni tak ada parkingnya sendiri. Kita kena pakai kupon parking gores (dan menang he he he!) yang boleh dibeli di ejen2 seperti kedai2 7 Eleven di sini. Dah gores jangan lupa letak di dashboard.
Tak boleh pulak pakai scanner malam ni. Snap saja la.
Brosur2 yang Hanan & Hanim ambil di lobi hotel.
Breakfast pada esoknya ialah di bumbung. Naik lift tekan R untuk Roof. Breakfast tak la semewah hotel2 lain. Ada toast dengan kopi serta teh. Jadi la, nanti nak pekena Nasi Ganja pulak.
Rakaman dari bumbung hotel iaitu tempat breakfast pada pagi nak check out hotel.
Anak dara lepak dalam buai yang ada kat tempat breakfast nih.
Dua2 orang duk layan tab dalam tu.
Breakfast layan diri.
Tempat makan yang happening.
TQ Abby Hotel for the nice treat.
No comments:
Post a Comment