Aku mengaji di sini mulai 1997 masa masuk matrik. Depa panggil matrik ekspress, setahun berbanding yang ambik mod dua tahun. Setahun di sekolah, setahun lagi di U. Aku ada pengalaman melihat kawan2 aku sendiri yang walaupun baru masuk matrik tapi dah hanyut ingat dah berjaya mula mengaji first degree. Last2 lingkup. Aku pun nyaris2 juga tapi Allah kurniakan kawan2 yang baik. Ada sorang tu nama Saiful Bahari, orang Balik Pulau. Dia siap tumpangkan aku di rumahnya masa minggu study. Mana la dia pi? Last yang aku dengaq, tak habih mengaji juga katanya untuk first degreenya dalam Management. Semoga dalam lindungan Allah walaupun di mana berada.
Well, hari ini kami ke USM untuk melawat Nurain yang sat saja dah nak abih first sem di sini. Selain daripada tu nak pi Padang Kota Lama, nak makan pasembur. Adik aku Onn yang pernah kerja kat mahkamah di sini pernah kata dia sendiri bertahun kerja kat situ tak pernah pi makan kerana katanya pisau yang digunakan oleh sebilangan peniaga di situ tumpul. Ha ha ha! Yang faham, faham la. Yang tak faham tak apa, tak masuk exam pun.
Depan Pusat Pengajian Ali Setan Hantu Balik Pagi Housing, Buliding & Planning yang arwah Abah pernah mengaji di sini.
Di Pusat Mahasiswa. Singgah memerut di tandas OKU :) Belakang tu prop konvo baru2 no kot.
Wah, Purple Republic. Warna rasmi OKU juga tu.
Akhir tiba di desasiswa tempat Mak Su Ain menginap. Sini wafflenya sedap.
Dah sampai di Medan Makan Padang Kota Lama. Mawar tengah beratur nak beli Pasembur Hussain. Kenapa kuahnya kali ni manis pulak? Tukar tauke atau resepi ka?
Nasib baik penjual Jeruk Madu ni nak tolong snap, dapat la promosi free kat blog ni.
Hanim bermain gelongsor di taman permainan kanak2 berhampiran medan makan.
Hanan cuba bergayut di palang.
Seronok bermain.
Menikmati aiskrim Milo dan strawberi.
Dewan Sri Pinang di belakang tu pernah menjadi tempat upacara konvokesyen untuk graduan2 USM di awal penubuhan USM. Arwah Abah konvo first degreenya di sini. Gambar arwah menerima skrol daripada Raja Perlis tu tah hilang pi mana tak tau.
Ada taman mini haiwan kat dewan ni. Ada burung, kura2, ayam, iguana. OK la free apa?
Permintaan pertama aku kepada MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG @ Penang Island City Council ialah mewujudkan satu petak parking OKU yang lebih hampir dengan Medan Makan Padang Kota Lama. Yang aku jumpa hari tu hanya di depan pintu pagar Dewan Sri Pinang, kira2 100 meter jauhnya dari medan makan tu. Tu untuk pengguna OKU berkerusi roda adalah satu jarak yang agak jauh.
Yang kedua, adakan operasi pembersihan burung gagak. Selain mengotorkan persekitaran, burung2 ni boleh menjadi agresif tanpa diduga.
Tahniah diucapkan kepada pihak majlis dengan kemudahan tandas awam yang memuaskan. Semoga usaha2 penambahbaikan kemudahan di medan ini akan diteruskan.
No comments:
Post a Comment