Wednesday, December 30, 2009

3 benda paling best dalam dunia

Hari ini aku ada sikit boring. Cuti sekolah pun dah nak habis. Ni tengah tunggu pulak kontraktor buat autogate rumah ni. Jadi ingin nak kongsi 3 benda paling best dalam dunia seperti yang dicakapkan oleh adik ipar aku.
1. Makan free. Tak kira la kat sekolah ka, kenduri kawin ka.
2. Naik basikal turun bukit, tak payah kayuh basikal tu. Tapi pastikan breknya bagus dan jalan tak licin. Aku pernah berguling jatuh pasal tu dulu.
3. Kita marah kat orang tu berdepan dia tapi dia tak marah balik. Tak kira la pasal dia sabar atau pasai dia memang salah.
Sekian untuk hari ini.

Sunday, December 27, 2009

Sedarlah wahai manusia


Takziah diucapkan kepada semua keluarga yg terlibat. Semoga bersabar dan kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Selepas kejadian ni berlaku byk la pihak2 yg bersuara mengeluarkan byk cadangan bg mengelakkan kejadian yg sama atau yg lebih buruk berlaku. Semua cadangan itu mmg benar dan betul tetapi yg paling penting adalah pemandu. Jika bermacam cadangan dan peraturan baru dibuat tetapi para pemandu xsedar diri dan xboleh berfikir dgn waras maka kemalangan seumpama ini mgkin boleh berlaku lg.
Bukan pemandu bas sahaja yg patut sedar diri tetapi semua pemandu kenderaan di Malaysia mesti buka mata, buka telinga, buka hati, buka minda fikirkan lah...
Semua org mmg tahu bila kita berada di hiway mmg boleh nampak kenderaan yg laju, ikut terlalu rapat, angkat lampu tinggu, berlumba, potong memotong, selit menyelit, tak sabar2 nak mampus cepat agaknye. Kalau sendiri yg mampus xpe tp bila melibatkan org lain yg xberdosa...Apa yg dituliskan ini bukannye melibatkan kereta sahaja tetapi termasuklah motosikal, bas, lori minyak, lori ayam, lori sampah, lori durian, lori hantu dan byk lg kenderaan berat lain.
Kita baru saje dikejutkan dgn lori tangki minyak yag merempuh rumah di Jelebu lalu terbakar hangus dan ada yg mati. Kemalangan ini berlaku kerana kenderaan berat ini dibawa laju dan hilang kawalan. Saya selalu ulang alik dari Seremban ke Jelebu menggunakan jln yg sama dan mmg selalu melihat kenderaan2 berat ini terlalu laju dan memandu dalam keadaan yg merbahaya. Adakah dgn mendengar dan melihat kemalangan2 ngeri yg berlaku ini xboleh menyedarkan manusia2. Atau adakah manusia2 ini xmembaca akhbar, xmelihat berita xmendengar cerita atau berada di dunia sendiri sahaja?
Satu lagi di kawasan perumahan. Ada juga manusia yg membawa kenderaan dgn laju di kawasan perumahan. Adakah manusia ini giler, tak ada otak dan tak boleh berfikir. Di kawasan perumahan sememangnya ada kanak2 yg bermain2 dan kadang2 terus berlari ke jln, ada kenderaan yg hendak keluar dari rumah, ada kucing2 & anjing2 yg bermain2. Saya harap manusia2 semua renung2kan fikir2kan lah.........

Thursday, December 17, 2009

Tahniah pasukan bola sepak Sukan SEA Malaysia

Tahniah kepada pasukan bola sepak kita. Lama sungguh rasanya menunggu 6 minit masa tambahan akhir tu. Pandai juga keeper kita lengahkan masa seperti yang dilengahkan oleh keeper Vietnam.
Nampaknya kedua-dua gol yang Malaysia jaringkan kali ini ke atas Vietnam ialah gol sendiri, satu pada peringkat kumpulan (kalah 3-1) dan satu lagi pada peringkat akhir.
Daripada siaran langsung dapat tidak dapat dinafikan penuh Stadium Nasional dengan penyokong Vietnam. Tapi depa menerima kekalahan dengan sporting, tak ada mercun (ada flare, tapi tak adalah baling2 mercun), bakar seat, baling air dan balik dengan tenang setelah tamatnya permainan.
Keeper kita telah beraksi dengan cemerlang terutama pada separuh masa pertama dan ke'cool'an seluruh pasukan menerima asakan lawan amatlah dipuji.
Pada separuh masa kedua banyak cameraman telah berkampung di belakang gol Malaysia malah pada suatu ketika saya perasan ada penyokong Vietnam berada di belakang gol tu. Apa cerita?

Wednesday, December 16, 2009

Cayalah

Cayalah boleh e-mel dari blog

Testing

Testing create post dari email

Makan gaji buta!!!

Detik cemas di Parlimen

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.

Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Dari segi komposisi, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat berbanding 82 pembangkang dan tiga anggota Bebas.

Justeru, apa yang dilalui BN itu harus membuka mata semua pihak terutama wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri untuk bersama-sama menyokong meluluskan bajet tersebut.

Mereka terdiri daripada barisan menteri dan timbalan menteri serta pemimpin utama parti komponen BN.

Kehadiran Perdana Menteri serta timbalannya pada saat genting malam tadi memberi mesej amat jelas tentang keseriusan menghadiri sidang terutamanya sesi pengundian sesuatu rang undang-undang itu.

Mengulas peristiwa itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kesal dengan kegagalan Ahli-ahli Parlimen BN hadir malam tadi dan mahu ia dijadikan pengajaran.

“Kita tidak boleh mengharap bernasib baik setiap waktu. Kita mesti berfikiran setapak ke hadapan dan sentiasa bersedia,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, beliau menyedari sesuatu yang penting akan berlaku apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen sehingga pukul 8 malam.

“Kebiasaannya pada waktu ini mereka sudah tiada tetapi yang anehnya ramai anggota pembangkang masih berada di Parlimen pada waktu itu.

“Oleh itu, saya meminta semua ahli Parlimen BN berada di Parlimen segera kerana mengesyaki pembangkang akan melakukan sesuatu ketika proses pengundian untuk meluluskan bajet,” katanya.

Menjawab satu soalan, Mohamed Nazri berkata:

“Saya berada di sini tiap-tiap hari, macam mana nak kata saya tak buat kerja?

“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja.”

Mengulas isu sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, hakikatnya kerajaan BN akan kehilangan kuasa sekiranya bajet itu tidak diluluskan Dewan Rakyat malam tadi.

Ini kerana, katanya, kegagalan meluluskan bajet membawa makna yang kerajaan gagal mendapat mandat Parlimen atau dibaca sebagai mandat rakyat untuk mentadbir negara.

“Bagi menggerakkan sesebuah kerajaan ia memerlukan bajet dan sekiranya bajet tidak ada bagaimana kerajaan boleh berjalan.

“Katakanlah malam tadi bajet tidak lulus. Timbul persoalan bagaimana kerajaan hendak mentadbir negara untuk Januari hingga seterusnya,” katanya.

Pendedahan yang dibuat secara ringkas oleh Mohd. Shahrir itu sememangnya amat memeranjatkan.

“Secara peribadi saya kesal mengapa Ahli-ahli Parlimen tidak faham betapa pentingnya hari meluluskan bajet.

“Mereka sepatutnya membatalkan semua program sebaliknya menumpukan kepada proses pengundian bajet,” katanya.

Komen: Tak yah suruh orang kerja kuat la, 1Malaysia ka, ahli2 parlimen BN pun tuang hadiri sidang...


Sunday, December 13, 2009

Eksiden di Jelebu

Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa kejadian.

Jalan utama di Jelebu memang banyak selekoh yang merbahaya dan juga lopak besar (kolam air atas jalan, boleh bela ikan air tawar dalam tu) serta kejadian tanah runtuh. Tak tau la macam mana engineer dia buat buat jalan dulu. Boleh jadi kerajaan sayang nak bayaq duit pampasan yang mahal kepada pemilik tanah atau pemilik tanah tak nak jual tanah masa buat jalan dulu maka terpaksa buat selekoh. Semoga jalan2 yang baru nak buat tak ada lagi selekoh merbahaya. Isteri saya sendiri eksiden di selekoh merbahaya masa sebelum Deepavali dulu, kereta menggelongsor turun bukit melanggar kereta nazir sekolah. Nasib terlanggar kereta nazir tu kalau tidak tentu terjun gaung. Berhampiran tempat isteri saya eksiden ada lagi satu kemalangan di mana kereta (cikgu jugak) terjun gaung tapi tiada kehilangan nyawa.
Jalan Bukit Tangga yang baru memang lebih baik dari yang lama tetapi masih boleh dibaiki dengan pemasangan lampu jalan, bila berkabus memang tak nampak apa. Ada juga bahagian yang perlu dilebarkan lagi jalannya kerana sempit, malam pergi makan malam di SMKUJ hari tu nyaris berlanggar lori datang dari arah bertentangan yang makan jalan. Tak boleh salahkan lori jugak kerana banyak dahan pokok yang tak bercantas. Kalau tak jawabnya "Tinggal Kenangan" aku...

Taman Melati Kawasan 8 dalam kenangan






Ini lah gambaq rumah sewa bujang aku dulu di Taman Melati Kawasan 8 masa 2005 hingga 2008 dulu. Mulanya duduk berdua dengan adik aku yang yang mengaji lawyer kat UM. Bila dia kerja kat Sabah 2007 tinggal la aku sorang2 sehingga la aku kahwin akhir 2008.
Aku ni jiran yang baik, tak kacau orang cuma slacknya sekali tu jam 3 pagi masa aku nak turun pi tengok adik aku sakit kat spital aku tutup pintu grill tu bunyi kuat sikit saja terus orang tulis nota marah aku tutup pintu kuat pagi esoknya. Hampeh sungguh, orang depan, atas dan bawah tutup pintu dan grill kuat sampai macam nak roboh flat tak pernah kena pulak. Penakut punya Melayu (semua yang tinggal kat tangga aku orang Melayu ), tak berani berdepan face to face.
Waktu tinggal situ paling best aku racunkan kucing yang berak depan pintu rumah. Sekali, dua kali boleh gagah lagi, kena kali ketiga gaul ikan rebus dengan racun tikus. Tau mesti mati punya pasai ikan tu habis dan tak pernah kena berak lagi.
Terima kasih pada Pak Cik Ahmad Mohamad serta Kak Siti yang telah banyak menolong saya semasa menyewa di sana.

Dua piring Astro


Kelmarin baru saja kami pasang satu lagi Astro kat rumah ni. Pemilik pertama Taman Bukit Galena Fasa 4 yang ada dua piring Astro. Ha ha ha..
Ini bukan buat satu akaun lagi. Kebetulan ada satu set yang tak pakai kat kat tumah mak di PJ jadi pasang la. Upah pasang baru RM80. Kad tetap satu. Tapi bestnya malam2 boleh la tengok cerita P Ramlee kat master bedroom. Kata Haji Bakhil, "Apa saja Si Manisah tu, dah tengah malam pun asyikkk gedek gedek gedek gedek."

Setahun di Taman Bukit Galena Seremban

Pejam celik pejam celik dah setahun aku dan isteri menetap kat Taman Bukit Galena. Macam2 jugak la yang berlaku kat perumahan aku ni.
Yang pastinya walaupun dah setahun duduk di sini dan bayaq cukai pintu dan cukai tanah yang mahal, longkang tetap kami kena cuci sendiri, koman sungguh kerajaan tempatan kat sini, tak macam Pendang dan Taman Melati Fasa 8, Kuala Lumpur, ada orang cuci parit keluarkan sampah. Baru la berbaloi bayaq cukai mahal. Ini cekik darah namanya. Yang aku nampak yang cepat depa buat, tukaq signboard dan tanam bunga tepi jalan, puihhh...
Itu hari berminggu2 sampah tak kutip saja ulat2 beranak pinak dalam tong sampah. Jiran aku pun heran apa masalahnya. Mungkin ada yang kata,"Longkang rumah kita, kita la cuci sendiri. Boleh keluar peluh." Bukan itu masalahnya, dulu aku duduk Taman Melati Kawasan 8, dengan bayaran kepada Perbadanan Penduduk Taman Melati Kawasan 8 sebanyak RM30 dah ada servis sapu sampah sekitar taman, potong rumput, cuci longkang dan kutip sampah. Boleh kalau biar longkang keliling rumah tenggelam dengan pasir, sampah, rumput dan lalang tapi kalau air bertakung nanti kena denggi semua orang susah.
Jiran aku selang satu rumah belakang ni baru saja kena pecah masuk rumah dia. Apa yang pencuri tu dapat tak tau la tapi cara dia masuk memang terer, dia panjat bumbung belakang rumah sebelah, lepas kopek grill pintu bilik belakang tingkat atas tu.
Penyamun sekarang kalau dia nak pecah masuk pasang la berapa lapis kunci pun dia tetap akan dapat pecah masuk. Satu lagi jiran aku kena potong dua2 telinga mangga dia, lepas pintu grill dia kopek. Waktu siang pulak tu.
Waktu nak pergi kerja pun ada yang kena, bagi yang bukak pagaq manual bila bukak saja terus kena hantam dia punya kepala. Cikgu sekolah aku bila bini turun saja kereta nak bukak pagaq terus kena rompak. Duit boleh cari tapi kad pengenalan, kad kredit dan kad atm berhari2 kena uruskan. Ada bank tutup akaun kena beli dan matikan pulak setem hasil. Orang yang buat jenayah macam ni patut hukum sula macam cerita P Ramlee, Semerah Padi. Kurung buat apa dalam jel tu, makan tiduq kita tanggung bayaq cukai.
Bayar sekuriti kat rumah aku ni ada dalam RM40, itu pun kadang2 depa mengelat. Bila sekuriti dah naik lemak, pagar untuk membolehkan orang luar masuk dari jauh lagi dia dah angkat, tapi tak sehampeh sekuriti yang developer Taman Bukit Galena upah masa aku mula2 tinggal sini, tengah malam boleh dia membuta atas kerusi kat pondok jaga tu, jadi Taman Guard Lena. Heh heh heh... Haji Bakhil kata, "Bodoh, bodoh, bodoh!"

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi-Yusri

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerana sayang seistimewamu
Berhak untuk dicinta dalam hidup

Sayang… tiada apa yang kekal dalam dunia ini
Namun yang pasti walaupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi

ulang

Ku berharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi di sana nanti
Jika ku tak bangun…..esok pagi
Jika ku tak bangun esok pagi

Komen aku: Nice song, gitu2..


Friday, December 11, 2009

Kereta terjunam di KB Mall dibawa ke Puspakom

KOTA BHARU 10 Dis. - Kereta jenis Ford Laser TX3 yang terjunam dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall Ahad lalu sehingga meragut dua nyawa telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan tersebut dibuat bagi memastikan sama ada kereta tersebut mengalami masalah teknikal atau sebaliknya.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan kereta itu akan diketahui dalam tempoh tiga hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pemeriksaan teliti perlu bagi mengetahui kerosakan yang dialami kenderaan itu sebelum berlaku kemalangan.

''Ini hanya prosedur biasa kerana kita mengesyaki kereta tersebut telah dilakukan beberapa pengubahsuaian selain hasil siasatan awal yang mendapati enjinnya telah ditukar.

''Pemeriksaan lanjut ini adalah sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan oleh polis dan ia perlu dijalankan dengan teliti.

''Kita perlu periksa keadaan tayar, sistem brek dan 'badan' kereta ini sama ada ia mendapat kelulusan daripada Puspakom atau tidak,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kereta dari tempat letak kenderaan di tingkat atas kompleks beli-belah itu merempuh dinding ruang pengudaraan sebelum terjatuh ke aras bawah.

Dua sahabat, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diyanah Azman, 23, yang merupakan pelajar kolej kejururawatan swasta di sini maut dipercayai terkena serpihan runtuhan bangunan.

Seorang lagi rakan mereka, Rashidah Latfi, 18, serta pemandu kereta, Nor Ain Said, 17, cedera parah.

-Petikan Utusan Malaysia Online 11 Disember 2009

Dulu Perdana bapak aku pernah juga abih bateri atas KB Mall tu, ada momok main bateri ka atas tu? Nasib baik la Perdana tu tak boleh jump start macam Ford Laser TX3 yang budak tu bawak (tukaq bateri baru kat situ la), kalau tidak mungkin Perdana tu yang rempuh dinding KB Mall. Banyak faktor yang mungkin menyebabkan tragedi ni: 1. Tak reti maintain kereta, bateri tak pernah check kot? 2. Budak pompuan yang duduk driver seat tu tak dak lesen @ tak tau bawak kereta, bila kereta dah hidup dia panik tertekan pedal minyak dengan kuat. 3. Kontraktor bangunan yang hampeh, tak letak besi dalam struktur konkrit tu, sama la macam kat Kuala Dipang tuh.

Khidmat guaman terbaik untuk bela guru besar

Khidmat guaman terbaik untuk bela guru besar

IPOH 10 Dis. - Kementerian Pelajaran akan menyediakan khidmat guaman terbaik bagi membela dua guru besar dalam tuntutan saman RM105 juta oleh tiga bapa mangsa tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang, Kampar pada 26 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan dan SJKT Gopeng itu tidak perlu bimbang dan gelisah.

''Serahkan urusan tersebut kepada kementerian. Saya ingin nyatakan bahawa Kementerian Pelajaran bertanggungjawab membantu guru besar terbabit yang dinamakan sebagai defendan kes itu.

''Saya telah maklumkan kepada mereka supaya tidak perlu bimbang dengan writ saman berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan perjumpaan dengan 55 guru yang terlibat dalam penganjuran kem perkhemahan 1Malaysia ketika tragedi berkenaan berlaku.

Pada 26 November lalu, tiga bapa kepada tiga pelajar yang meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh terbabit memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

K. Mageswaran, K. Vasudevan dan T. Nathan menamakan dua guru besar berkenaan, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komandan Kem 1Malaysia Kuala Dipang sebagai defendan.

Pihak lain yang disaman adalah penderma jambatan gantung iaitu syarikat GS Synergy Sdn. Bhd., syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan kerajaan Malaysia.

Mohd. Puad berkata, pada masa sama, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah memindahkan tiga guru yang terlibat dalam tragedi berkenaan ke sekolah lain.

--- Petikan Utusan Malaysia Online 11 Disember 2009

Kesian cikgu-cikgu tu kena tukaq sekolah...

Bahayanya lawak hindraf yang racist


Semenjak ada Internet ni bila aku boring2 selalu jugak aku pi kat web YouTube. Aku suka cari klip yang lawak2. Sekali tu naik la klip "lawak TV3", aku pun bukak la. Hoh, gila lah abih dikutuknya Hindraf kat situ. Tak ada sapa2 ambik tindakan ka?

Selagi Ada Rindu


Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long


Memang best betul lagu ni. Aku dengaq kali pertama lagu ni masa kat rumah mak aku di PJ. Dengar cerita lagu ni dah lama dah dalam market. Tapi tu la bila dengaq radio Hot FM tak penah la pulak main lagu tu, balik2 lagu 1 Israel, eh silap 1 Malaysia yang DJ2 dia mainkan. Tah lah pasai apa bila pagi2 pi sekolah atau bila2 terpasang saja lagu 1 Malaysia tu telinga aku geli sikit dengaqnya, teghuih tukaq channel radio yang lain.

Tapi bestnya lirik lagu ni dia ada positive attitude kerana banyaknya ulangan perkataan "Selagi..."



Wednesday, December 2, 2009

Asalnya nama serikinda

Dulu kecik2 selalu aku naik kereta Proton Saga 1.5S putih abah aku ke mana2 selalu dia pasang kaset wayang kulit Seri Asun ni. Pak Majid nama tukang karutnya. Memang layan habih lah. Lawak Etong dan Ekeng naik motor bila eksiden terlanggar anjing sampai tercabut tayarnya dalam misi mencari anak raja Serikinda yang dirindui bondanya. Anak raja yang bernama Serikinda itu diceritakan Pak Majid sebagai anak raja yang merantau jauh mencari pengalamannya untuk hidup sendiri. Serikinda turut berkenalan dengan Mak Iman yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Memakai nickname serikinda sememang reflect diri aku sendiri yang kerap berjauhan dengan keluarga sejak tingkatan dua lagi. Masa tingkatan dua tu duduk kat asrama Kolej Sultan Abdul Hamid, zaman pengetuanya Pak Hasan dan Pak Shuib.
Kemudian lepas PMR berjauhan lagi dari keluarga di Baling dan aku kat MRSM Taiping, zaman Cikgu Ahmad Roslan pengetuanya.
Lepas tu terus matrik dan menuntut di USM , Penang. Mengenal hakikat dunia sebenarnya. Apa itu assignment, apa itu ditiru meniru. Heh...
2nd year eksiden, huh, mencabar sungguh hidup dan sebagai oku. Tapi best, asrama senang dapat, tak yah aktif gila2 untuk dapatkan unit desa.
Habih mengaji, menganggur pulak. Pegi temuduga sana sini. PTD, KCS, UPSI semua pi.
Kendian, apply KPLI Teknologi Maklumat SM, belajaq di Maktab Perguruan Perlis. Di situ berjumpa dengan orang yang betul2 nak jadi cikgu dan orang yang tah macam tah tiba2 kena jadi cikgu. Well, jadi cikgu mungkin bukan pilihan pertama tetapi bila dah jadi cikgu, aku buat betul2 macam nak jadi cikgu.
Abih latihan kena posting ke SMPK (Buta) Setapak, lama juga terkial2 mencari tapak, mencari kaedah macam mana nak ajaq IT untuk oku penglihatan. Aku tak la terer tapi apa yang ada itu la yang aku cuba ajaq. Tak boleh lupa betapa susahnya nak baca kod Braille jawapan periksa budak2 dan bingitnya bunyi menatang Embosser tu, sampai sekarang kadang2 terngiang2 dan telinga aku pun kadang2 ada sikit pekak. Bila minta budak namakan 3 jenis mikroorganisma, memang nangislah bila budak tu jawab Ronaldo, Roberto Carlos, Zidane.
Pun tak boleh lupa bila kena kursus Braille, usung mesin Braille yang gedabak tu dari KL ke Langkawi, sampai Langkawi mesin Braille meragam. Dot tak timbul.
Tapi paling best jaga pameran untuk Jabatan Pendidikan Khas. Merata aku pi, Putrajaya, Mid Valley sampai la ke Labuan, Sabah. Boleh salam Menteri Pelajaran, Timbalan Menteri Pelajaran,.. Macam2..
Tahun 2008 sampailah timenya tamatkan zaman bujang. Memang best jadi orang bujang, tapi bila adik aku grad dan kerja kat sabah, tinggai sorang2 kat Taman Melati Kawasan 8, aku mula terpikiaq, there is more in life than work, than blind people, than JAWS, than DBT, than white cane, than school magazine, than school powerpoint show, than school, than money, than sleep, than Chelsea (that the fact that John Terry misses the damn penalty kick in the Champions League final against Manchester United, terminated my sport channel), than my Proton Wira 1.5 automatic so aku pun mencari cinta.
Sebelum Deepavali 2008 aku pun kawin. Bertambah tanggungjawab tapi hidup lebih bermakna dengan kasih sayang.
Kemudian menjelang sebelum buka sekolah 2009, kami (aku dan isteri) berpindah ke Seremban. Keluar dari 'sarang' kami yang selesa, mengurus rumah tangga sendiri. Enam bulan pertama masa berulang-alik Seremban-KL setiap hari sungguh mencabar fizikal dan kewangan. Hari2 bawa 130 km sejam ke atas pagi2. Bila tengok orang lain eksiden, terdetik pulak entah bila aku pulak.
Bila apply tukaq Seremban, Alhamdulillah dapat. Tak ada pakai 'kabel' letrik ka terowong ka, semua kuasa dan takdir Allah.
Bila mengajaq budak2 LD ni rasa kasihan pun ada. Aku ingat ada antaranya nanti bila kat Padang Mahsyar sana tak ada hisab2 dah, terus straight saja masuk syurga. Yang kita yang waras ni siap label2 lagi orang ni kafir lah, orang tu masuk neraka lah, pangkah parti kafirlah, lompat parti jatuh talak lah.
Tak nak mengarut dah serikinda ni..

Info gambaq kepala blogspot ni

Kalau nak tau gambaq saya dan isteri saya yang ada di kepala blog ni dirakam oleh adik kecik saya di Alor Belat, kampung arwah datuk dan nenek sebelah bapa saya. Ia dirakamkan di tepi sawah kepunyaan keluarga kami. Kalau tengok sebelah kiri lagi ada nampak pokok-pokok kelapa dan buluh tu di situlah kampung kami. Rumah arwah datuk dan nenek dah lama tak dak, dah diroboh dan dibakar kerana dimakan anai-anai. Yang sedihnya koleksi Dragon Ball saya pun turut kena bakaq. Ish, ish...

Kata mutiara adik aku di kota kinabalu, sabah...

saudara dan saudari, oleh kerana ketiadaan klien sejak pagi, maka saya berikan kata2 mutiara lagi untuk anda..semoga ia dapat menjadi azimat di hari muka, bukan dihari pembalasan.
1) jika botol syampu saudari sudah 1/3 mau abis, jangan lupa terbalikkan botol itu ke bawah bagi memudahkan individu lain dan anda untuk mandi di sesi seterusya..ini memudahkan anda kerana anda perlu tunggu syampoo anda turun ke tapak tangan..ia terpakai juga untuk ubat gigi anda
2) pastikan anda menutup mulut ketika membersihkan ikan hidup kerana saya khuatir ikan tersebut akan melompat masuk ke rogga mulut anda
3) jika bertandang ke rumah orang janganlah anda bertanyakan pendirian politik orang tersebut kerana hak mengundi adalah rahsia.,.saya rasa anda pun sudah tahu akan perihal ini.
4) pastikan sampah dibuang secepat mungkin apabila adanya isi perut ikan atau ayam atau kulit udang..ini kerana ia akan mengundang kehadiran lalat yang sudah pastinya akan membawa penyakit berjangkit
5) janagn sesekali membunyikan hon kereta apabila datang ke rumah orang, manalah tau orang itu sakit jantung atau sakit gigi, nescaya anda yang akan disalahkan kelak, mahu begitu ?
6) ketika menghidupkan enjin kereta, pastikan gear adalah neutral..tak perlulah saya memberi tahu apakah kesan jika ia dalam gear 1, 2 atau gostan, dah tentu anda akan ditimpa malapetaka yang maha dahsyat
7) makanlah dikedai yang pelayanya potong kuku, gosok gigi, pakai apron kerana pengalaman saya kedai sedemikian masakannya pasti sedap dan gurih.
8)jangan lupa silent handphone ketika sedang menguruskan dan memandikan jenazah. bukankah menguruskan jenazah lebih penting daripada membalas mesej cinta yang tidak berbalas?
8)jika masuk jungle trekking pastikan anda memakai kasut getah yang bersesuaian, stoking yang panjang bagi mengelakkan lintah merayap ke kaki anda..tidakkah itu menguntungkan sang lintah?
oklah sampai sini saja,..insyaalah saya akan email lagi..gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, perut gendut..tatatititutu

Thursday, November 26, 2009

Menimba telaga di Alor Belat



Selain daripada menggunakan jala, pukat dan bubu (tuba pun ada), kita juga boleh menimba telaga untuk menangkap ikan.

Saturday, November 21, 2009

Selamat bercuti sekolah dan Selamat Aidil Adha

Kepada semua cikgu-cikgu sekolah selamat bercuti dan juga selamat berada "di luar kawasan liputan" telefon kepada yang betul-betul bercuti. Kepada yang jaga exam bolehlah menanam hobi membaca, boleh baca surat khabar, buku, majalah, Al-Quran, habis2 tidak pun berzikir. Saya (Noor Azlan) sendiri pun kena jugak jaga periksa. Time jaga ada juga tertidur, kroooohhh.... Beginilah orang yang teraniaya, tak tanya pun dulu nak calon nama untuk jaga SPM. Tapi tak pa doa orang teraniaya Tuhan mudah makbulkan. Kepada yang tanda kertas periksa SPM, selamat menanda. Ada sapa-sapa di sekitar Seremban, Rembau nak tanda kertas Fizik? Boleh hubungi kami. Ada ruang untuk tambah pendapatan. Kepada yang kena kursus masa cuti, selamat berkursus.
Kepada semua yang beragama Islam, selamat menyambut Raya Haji. Saya (Noor Azlan) baru buka akaun Tabung Haji, ada RM100, entah bila la boleh pi haji.

Tuesday, November 17, 2009

Selamat menduduki SPM!


Kepada pelajar-pelajar SMPK (Buta) Setapak, SMAP Labu, SMK Pendeta Za'ba dan SMK Undang Jelebu, selamat menduduki peperiksaan SPM.

Bila kereta mahal eksiden


Kelmarin saya pi betulkan/repair 4-5 benda pada keta saya yang masih belum siap lagi. Ada la 2 jam macam tu. Saya kemudian melihat2 sebuah Lancer 2.0 GT yang masih direpair bengkel ni. Keta tu masuk sebelum keta saya lagi. Kena depan dan belakang. Banyak yang masih belum siap. Mai dari Jepun agaknya spare part.

Friday, November 13, 2009

Kereta proton den dah keluaq bengkel


Setelah masuk bengkel sejak sebelum Deepavali lagi kerana eksiden dengan kereta nazir sekolah, akhirnya keta den dah keluaq bengkel.

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru SMPK (Buta) Setapak 12 Nov 2009


Terima kasih kepada Kelab Guru SMPK (Buta) Setapak yang telah menjemput saya ke jamuan berkenaan pada 12 Nov 2009.

Tempat lepak2 di SMPK Setapak


Ini la tempat saya lepak2 sambil melepaskan penat masa kat SMPK dulu. Boring-boring telefon tunang saya. Heh heh heh..

Tuesday, November 10, 2009

Proton Exora tiru CV 11 China ka?




Waktu merayau kat Internet terjumpa gambar2 ni di



Hoh, macam sama saja designnya, sapa tiru sapa agaknya.


Monday, November 9, 2009

Hujan di Kuala Lumpur



Sekarang ni musim hujan di Seremban. Tiap-tiap hari hujan. Bila datang mesyuarat di KL ni pun hujan jugak. Emm, teringat masa saya berkhidmat di SMPK Setapak dulu, zaman bermotor sahaja pergi dan balik sekolah. Time tu tak ada pening2 nak pikir servis kereta yang bermacam-macam sakitnya, alignment larilah, tayar bengkaklah, rim bengkoklah, tol mahallah, angin kuranglah, macam-macam tapi satu kelebihannya kalau hujan tak basah.
Tapi time bermotor dulu selalunya bila hujan dah tentu basah. Jarak dari rumah ke sekolah ada la 5 km. Pagi-pagi bila nak ke sekolah, tiba-tiba hujan. Menung la dulu depan tiwi, makan la apa yang ada. Telefon PAR sekolah, "Abang Rasid, ni cikgu Lan ni. Hari ni saya lambat sikit. Hujan." Abang Rasid pulak cakap, "OK, cikgu Lan nanti saya bagitau Puan Pengetua aaa."
Ada satu kali balik sekolah tu hujan lebat. Nak lepak kat sekolah dah nak Asar dah, redah la jugak. Sampai saja dekat persimpangan nak naik ke MRR2 tu baju hujan saya tersangkut pada cermin sisi motor Yamaha 125Z satu mamat ni. Jatuh bergulinglah mamat tu. Nasib baik dia tak dilanggar dari belakang. Basuh kuyup jugaklah dia pasal kat situ bila hujan air bertakung jadi kolam renang, sampai sekarang tak repair lagi aliran air yang turun dari simpang naik ke MRR2 tu. Tak caya tanyalah mat-mat motor yang selalu guna jalan tu.
Depan simpang turun dari Kolej TAR sebelum simpang naik MRR2 tu pun kerap berlubang, memang c*l*k*l*h JKR yang tak maintain jalan tu elok-elok. Ada sekali tu tayar depan kereta saya terjun lubang, abih kena tukar tayar baru. Kalau mat motor jawabnya tayar motor sangkut dalam lubang dan dia jadi superman. Jalan itu sekarang masih teruk kalau datang dari arah Taman Melati Kawasan 8, kualiti turapan semula selepas kontraktor mengganti paip air sangat teruk.
Entah le..

Mesyuarat di Hotel Putra KL











Kerana lama dah tak dapat perkhidmatan wifi free di hotel kali ni saya nak paparkan gambar-gambar di dalam bilik saya semasa saya menginap di Hotel Putra, KL pada 9 - 12 November yang lalu. Hotel-hotel yang masih charge extra guest untuk perkhidmatan wifi, please wake up, benda macam ni patut dah masuk dalam sewa bilik lah. Bilik di Hotel Putra kira antara yang tercantik pernah saya menginap setelah 5 tahun acapkali saya berkursus dan bermesyuarat.




Mari kita ke ladang hoi!




Belakang rumah kami ni ada la tanah sekangkang kucin. Hujung-hujung minggu bila tak ke mana-mana sempat la jugak kami tanam sayuq. Ada la pokok pandan, halia, kangkung, sawi, bendi, serai, limau nipis, cabai dan pisang. Boleh dapat hasilnya serba sikit untuk makan kami dua orang. Tanah ada part yang subur dan ada yang tidak. Bila digembur tanah banyak sisa batu konkrit yang tertanam.


Komputer Nurain


Dulu masa mengaji peringkat degree di USM harga komputer sungguh mahal, RM2500. Tak ada spec yang murah macam sekarang ni. Budak-budak sekolah zaman sekarang sungguh beruntung kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan ict yang baik di sekolah. Kalau kita hanya ada desktop, sekarang ni budak kecik pun dah ada komputer riba sendiri.

Sempena harijadinya yang ke 11 adik kami yang paling kecik sekali telah dihadiahkan sebuah komputer oleh kami. Beli desktop saja, kalau tidak nanti berjalan merata menatang tu cepat lingkup.

Saturday, November 7, 2009

Hobin Jang Hobin!

Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia malam ini (7 November 2009). Cuti kot Isnin ni? Lupa nak bagi tau, kampung emak saya kat Sungai Ayer Jerneh, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Akhirnya kena jugak broadband

Sewaktu berkhidmat di Kuala Lumpur, perkhidmatan Sch**l N*t merupakan salah satu cara saya mengakses internet.
Boleh dikatakan perkhidmatan yang disediakan oleh KPM ini agak baik tetapi bila hujan turun saya cukup takut. Kalau petir menyambar jawabnya 50% kemungkinan short lah router tu. 4 tahun 6 bulan ada lah dalam 10 biji rasanya kena tukar pihak kontraktor.
Bila berkhidmat di sekolah baru, rasa lain macam bila tak dak akses Internet di blok saya mengajar, merayaulah saya ke makmal ict sekolah.
Maka, akhirnya saya menyerah kalah, kena lah jugak langgan Celcom Broadband. Ronda2 Terminal One Seremban tak banyak pilihan seperti di Plaza Lowyat atau Plaza Imbi tapi dapatlah satu deal RM68 setiap bulan dengan harga modemnya RM99.

Wedding Anniversary




Bagi meraikan ulangtahun perkahwinan yang pertama, pada petang 25 Oktober 2009 kami berdua telah pergi makan steamboat sea food di Restoren Nelayan, Titiwangsa. Untuk RM30 seorang boleh balun udang cukup-cukup. Lama jugak makan malam tu. Last sekali makan di situ ialah tahun lepas sewaktu isteri saya membawa saya untuk jamuan makan malam perpisahan rakan-rakan kursus KSPKnya. Bila balik rumah malam tu tak boleh tidur habis satu badan alergik makan udang keh, keh, keh..


Kereta Peminat Chelsea Accident




Tak tau la macam mana nak cerita, isteri saya yang drive pagi yang hujan 14 Oktober tu nak pi sekolah. Pukui 7 pagi dia telepon kata dah eksiden. Langgar kereta nazir sekolah pulak tu, heh heh heh. Pi tengok kat bengkel Jumaat (6 November) baru ni dah nak siap, tinggal nak cari sport rim sepadan. Tak apalah insurans yang bayarkan dan Alhamdulillah isteri saya tak apa-apa.


Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti

Saya dan Rasidah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti kepada semua yang mengenali kami.
Tahun ni kami akan pulang beraya ke Pengkalan Balak, Melaka dan Pendang, Kedah untuk menyambut hari yang mulia ini.
Kepada yang ingin bertandang untuk beraya, pintu rumah kami sentiasa terbuka.
Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah bahawa heptana berkarbon 7 itu lebih mudah terbakar berbanding oktana berkarbon 8.
Isilah minyak Shell V Power untuk lebih kuasa.

Saturday, August 29, 2009

Selamat berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga kita semua berusaha meningkatkan amal di bulan Ramadhan ini.

Sunday, July 5, 2009

Lawatan ke Zoo Negara


Kalau tadi anda dah baca pasai lawatan isteri saya dan romobongannya ke Pusat Sains, ni saya pulak nak cerita pasai lawatan sambil belajar budak2 PPKI SMK Pendeta Za'ba ke Zoo Negara.
1 Julai yang lalu, kami telah membuat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Dengan menyewa dua buah bas, kami pun bertolak dari sekolah pada jam 8.30 pagi.
Ini merupakan lawatan yang kedua pada tahun ini. Sebelum ini (sebelum saya bertukar ke sekolah ini) dikhabarkan bahawa lawatan telah diadakan ke Melaka.
Perjalanan ke KL macam biasa saja dan berjalan lancar. Budak2 pun nampak excited nak berjalan2. Emm, sama saja macam budak-budak SMPK Setapak, sungguh gembira kalau hari tu boleh keluar jalan-jalan dari sekolah.
Sampai saja di Zoo Negara aktiviti pertama sekali yang dibuat ialah makan bihun. Sesudah makan bihun maka berbondong-bondonglah semuanya masuk ke dalam Zoo Negara. Bagi yang tak tau, budak-budak semua masuk free pasai ada kad OKU, saya pun masuk free jugak pasai ada kad OKU.
Masuk saja dalam Zoo Negara kami telah ke bahagian pertunjukkan dahulu iaitu yang bermula pada jam 11.00 pagi. Ada pertunjukkan singa laut dan burung kakak tua. Paling best sekali ialah pertunjukkan burung kakak tua yang pandai terbang ke tangan penonton untuk mengambil duit sumbangan RM10.
Selepas itu kami pun jalan-jalanlah dalam Zoo Negara. Ada badak sumbu, ungka, lebah, macam-macam termasuklah babi hutan. Keh, keh, keh busuk sungguh kandang menatang tu. Kalau Zoo Negara diambil-alih untuk projek perumahan, sapa dapat tanah kubang babi tu mesti busuklah.
Habis saja ronda-ronda kami pun bertolak balik ke sekolah. Sampai kat sekolah lebih kurang pukul 4.00 petang. Tahun depan boleh pi lagi, maklumlah tiket free untuk OKU. Heh, heh, heh...

Saturday, July 4, 2009

LAWATAN KE PUSAT SAINS DAN PETROSAINS


1 Julai yang lalu sempena Minggu Sains dan Matematik SMKUJ saya telah menganjurkan satu Lawatan ke Pusat Sains dan Petrosains. Pada pandangan saya Petrosains merupakan satu tempat yang menarik untuk dilawati oleh pelajar sekolah. Servis pun ok. Tempat pun ok. Sebagai seorang cikgu saya galakkan cikgu2 yg lain pun kalau tengah mencari2 tempat yang sesuai untuk dilawati saya cadangkan Petrosains adalah salah satu tempat yang sesuai. Saya rasa untuk lawatan sehari pegi Petrosains saje pun dah cukup. Banyak yang boleh pelajar2 belajar dan tengok dat Petrosains. Lawatan kali ini kami terpaksa kejar masa kerana kami merancang melawat dua tempat dalam masa satu hari. Memang tak cukup untuk tengok dan mentelaah bahan2 kat Petrosains dalam masa 2 jam.
Pusat Sains pun ok cuma banyak bahan pameran dah rosak tak dibaiki. Ni bukan komen tapi untuk kebaikan bersama saya berharap semoga apa yang rosak/hilang Pusat Sains dapat baiki atau ganti supaya semua yang datang melawat dapat kebaikan bersama. Semoga dengan bayaran yang dikenakan semua pihak yang masuk ke pameran akan keluar dengan tersenyum puas. Ini juga menjamin supaya lawatan ke tempat yang sama boleh dianjurkan dengan membawa pelajar2 yang lain. Saya juga nampak bukan pelajar sekolah saje yg dtg ke Pusat Sains tapi ada juga pelawat dari luar negara berminat untuk melawat ke sini. Seperti kata Nabil "Lu Fikirlah Sendiri".

Bertukar ke SMK Pendeta Za'ba

Alhamdulillah, akhirnya permohonan pertukaran saya mengikut isteri telah diluluskan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertukaran tersebut. Terima kasih kepada warga SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak yang selama ini telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu.
Tempoh 3 Januari 2005 hingga akhir Jun 2009 memang suatu tempoh yang singkat tetapi banyak memberikan kenangan manis dan pahit yang akan saya ingat sepanjang hayat saya.
Di SMK Pendeta Za'ba saya menjadi guru di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Cabaran yang dihadapi berbeza sedikit daripada yang dihadapi di SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak tetapi misinya tetap sama iaitu mendidik anak-anak istimewa agar menjadi warga negara yang berguna.
Perjalanan dari rumah ke sekolah tidak lagi sejauh dahulu dan saya lebih fokus terhadap tugas saya berbanding perlu fokus adakah ada kereta yang telah rosak di lorong laju atau ada kereta gila yang nak potong dari lorong kecemasan atau ada kereta Kancil tak nak pi ke tepi walaupun bawak macam siput di lorong laju.

Tuesday, June 16, 2009

Perkhemahan di Pulau Perhentian







Minggu pertama cuti sekolah saya bersama isteri saya telah berpeluang untuk turut bersama rombongan perkhemahan murid-murid SMPK (Cacat Penglihatan) Setapak. Kami telah pergi bekhemah di Pulau Perhentian, Terengganu. Rombongan dari sekolah sebanyak satu bas bertolak dari sekolah manakala kami suami isteri bertolak menaiki kereta dari Seremban. Kami semua telah berjanji untuk berjumpa di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot bersama-sama.
Tidak kami menduga di dalam keseronokan kami menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian dari Jeti Kuala Besut, tiba-tiba kami di tahan oleh polis marin. Kami igtkan kat jalan raya je yg ada road block rupa-rupanya kat tengah2 laut pun ada 'ocean block'. Kami semua ditahan kerana melebihi muatan. Sepatutnya sebuah bot hanya boleh memuatkan 12 penumpang tetapi pengusaha bot tersebut telah memuatkan sebanyak 15 penumpang. Dalam kesibukan menyaman pemandu bot tersebut sempat juga pihak polis tersebut memberi ceramah dan nasihat terutama kepada para guru yang mengiringi pelajar-pelajar buta. Kami pun tak tau sebenarnya berapa penumpang sepatutnya dimuatkan di dalam bot tersebut. Memang ada tulis kat situ 'Bot ini hanya boleh memuatkan -- orang penumpang sahaja'. Kat bahagian sepatutnya dia tulis bilangan penumpang tu dibiarkan kosong, so manalah kami tau. Yg kami tau kami dah amik pakej kami dah bayar. Pengusaha bot suruh naik kami pun naik.
Disebabkan tragedi tu kami terpaksa balik semula ke jeti untuk mendapatkan sebuah lagi bot supaya hanya 12 orang penumpang dimuatkan dalam satu bot. Kami lewat hampir satu jam dari masa yang kami rancang. Kita hanya merancang Allah yang tentukan.
Perkhemahan kami berjalan lancar seperti yang dirancang. Alhamdulillah semuanya selamat dan semua yang terlibat nampaknya mampu tersenyum lebar kerana semua program berjaya dijalankan. Antara program yang kami telah jalankan adalah Snorkling, Absailing, Jungle Traking, Burung Hantu dan banyak lagi. Tahniah kepada semua yang telah terlibat.

Friday, May 22, 2009

Susahnya parking Parcel E, Putrajaya

19 hingga 21 Mei 2009 baru ni saya telah ke Parcel E, Putrajaya kerana menghadiri satu mesyuarat di salah sebuah agensi kerajaan di sana. Saya drive keluaq dari rumah cukup awai, 6.30 pagi dah jalan. Dengan kelajuan 140 km/h boleh sampai dalam 7.30 pagi kat pintu masuk di Parcel E.
Sampai 7.30 pagi dah banyak tempat dah penuh parkingnya di Parcel E tu, sampai ke taman belakang KTAK pun ada orang parking atas rumput. Saya kiranya bertuah jugak dapat parking kosong betul-betul depan bangunan agensi di mana mesyuarat saya berlangsung.
Malang bagi saya ialah bila nak balik petang hari kedua dan ketiga kereta kena blok. Punya la luas dunia nak parking tempat lain, dia kira nak senang diri dia sahaja.
Masa kena blok hari kedua boleh tahan lagi kerana bila minta tolong sekuriti buat pengumuman nombor kereta, tuan punya kereta cepat-cepat turun ubah. Hari ketiga cukup malang, bukan satu tapi dua kereta blok. Yang kancil tu nombor plat dia PE*122* manakala yang vios tu WN*758*. B*d*h macam l*mb*!. Saya ada telefon sekuriti nombor 019-360404* beritahu dua-dua kereta tu blok saya.
Lepas call tunggu dekat 15 minit depan kereta, tengah-tengah panas matahari berserta hati yang panas tak ada perubahan. Nak buat macam mana ye?
Saya pergi perlahan-lahan belakang kancil tu, try tolak kancil tu. Wah, bergerak sedikit walaupun dalam keadaan hand brek ditarik. Apa lagi saya tolak perlahan-lahan sampailah boleh kereta saya keluar. Kepada tuan punya kancil sorilah kereta hang dah berlekuk di belakang.
Sungguh menyedihkan parking di putrajaya...

Monday, May 18, 2009

I got perfect vision!


Pagi kelmarin bila saya bangun tiduq, mula-mula mesti cari spek dulu. Pegang saja nak buka untuk pakai terus patah bilah sebelah kanan. Haru sungguh pagi-pagi jadi lagu tu.
Punya la lama nak tunggu pukul sepuluh. Isteri saya drive keta ke sebuah kedai cermin mata di Checkers, PJ. Bila nak beli frame baru untuk masukkan kanta cermin mata tuan kedai kata kena tunggu satu hari baru boleh siap.
Tak boleh nak tunggu, terus ke Old Town PJ pulak, pun sama juga. Kena tunggu minimum satu hari.
Lastnya beli la contact lense. Susah nak pakai weh. Nasib baik isteri ada boleh tolong pakaikan. Susah jugak nak jaganya. Kena rendam air, tak leh lasak-lasak. Sementara nak buat spek baru, pakai la dulu.

Sunday, May 17, 2009

Pernikahan Noor Azlan dan Rasidah 26.10.2008

Inilah gambar pernikahan kami pada 26.10.2008 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor

Selamat Hari Guru

Kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh pelusuk Malaysia. Selamat meneruskan perjuangan semoga berjuang dengan ikhlas sehingga titisan darah terakhir......

Friday, May 15, 2009

Kuala Tahan, Taman Negara
















Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuti Hari Pekerja yang baru lepas ni saya dan isteri telah ke Kuala Tahan, Taman Negara, Pahang. Kalau saja-saja nak pi memang tak ada pasal lah tapi kami telah bercuti ke sana kerana mengikuti LDP yang telah diadakan oleh sekolah isteri saya.

Kami bertolak ke sana dari Seremban pada jam 9.30 pagi. Jalan yang kami lalui ialah dari Seremban ke Jelebu, Simpang Pertang dan Karak. Dari Karak, kami konvoi dengan kereta –kereta rakan-rakan sekerja isteri saya menuju Temerloh, Mentakab dan sampailah ke Kuala Tahan.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan meminta agar semak-samun yang tumbuh melata di tepi jalan ke Kuala Tahan dibersihkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh. Wah tinggi sungguh lalang, jatuh imej negara di mata pelancong.

Tengah hari itu, konvoi empat kereta kami berhenti makan di suatu pusat R&R kira-kira 1500 meter dari Kuala Tahan. Makanan boleh tahanlah walaupun hanya ada dua kedai yang buka, salah satunya pun nasi nak makan pun dah habis. Yang itu tak apalah tapi di sini saya ingin mengambil kesempatan meminta agar pihak berkenaan menyelenggara tandas awam yang ada di situ kerana selain berkunci, baunya dari jauh pun dah boleh pengsan.

Lepas makan kami pun check in di T*r*s*k View. Well, untuk bayaran RM90 semalam, biliknya berdebu, tahi cicak banyak dalam bilik dan balkoni, suis adjust aircond tak dak, TV takdak, cerek masak air takdak, nak solat ruang bilik agak sempit, parking susah, malam-malam ada kucing melalak, no breakfast... Well bolehlah kot tapi lain kali mungkin tak menginap dah kat situ kecuali dibayar / atau sponsor.

Besok tengah harinya setelah tamat satu sesi LDP sekolah isteri saya, maka saya pun ikutlah rombongan warga sekolah isteri saya mengikuti rapid shooting. Basah habis weh. Setelah itu ikut pulak aktiviti canopy walk. Mula tunggu untuk naik jam 2.00 petang dan dapat naiknya 4.00 petang. Ok lah tu, ada satu group tunggu dari 9.30 pagi pukul 3.30 petang baru dapat naik. Senang cerita lain kali mai ada baik trekking saja atau mai time bukan time cuti sekolah. Masa nak naik tu guide kat pondok tiket tu panggil nama untuk turn naik banyak group yang dah give-up dan balik. Kiranya kumpulan sekolah isteri sayalah yang merupakan group last sekali dapat naik hari tu.

Last day, Ahad jam 10.00 pagi selepas tutup majlis LDP sekolah isteri saya, kami pun balik lah ke Seremban. Singgah sekejap kat satu R&R lagi 30 km sebelum Karak. Pekena ikan patin masak lemak cili api. Sodap sampai tak teceghito lah kek sini jang oi.

Lain kali kalau nak ke Taman Negara lagi saya nak pi time orang lain kerja, biar saya ambik cuti rehat khas yang 7 hari tu pun tak pa. Kali tu mungkin nak pi ke bahagian yang ada mandi dengan ikan-ikan tu pulak.